Penyu tempayan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penyu tempayan
Julat zaman: 40–0 Ma
Usia Kapur - Kini[1]
Penyu tempayan di dalam akuarium.
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Klad: Americhelydia
Keluarga: Cheloniidae
Genus: Caretta
Rafinesque, 1814
Spesies:
C. caretta
Nama binomial
Caretta caretta
Taburan Penyu tempayan
Species sinonim
  • Testudo caretta
    Linnaeus, 1758
  • Testudo cephalo
    Schneider, 1783
  • Testudo nasicornis
    Lacépède, 1788
  • Testudo caouana
    Lacépède, 1788
  • Chelone caretta
    Brongniart, 1805
  • Chelonia caouanna
    Schweigger, 1812
  • Caretta nasuta
    Rafinesque, 1814
  • Chelonia cavanna
    Oken, 1816
  • Caretta atra
    Merrem, 1820
  • Caretta cephalo
    Merrem, 1820
  • Caretta nasicornis
    Merrem, 1820
  • Chelonia caretta
    Bory de Saint-Vincent, 1828
  • Testudo corianna
    Gray, 1831
  • Chelonia pelasgorum
    Valenciennes in Bory de Saint-Vincent, 1833
  • Chelonia cephalo
    Gray, 1829
  • Chelonia (Caretta) cephalo
    Lesson in Bélanger, 1834
  • Chelonia caouanna
    Duméril & Bibron, 1835
  • Chelonia (Thalassochelys) caouana
    Fitzinger, 1836
  • Chelonia (Thalassochelys) atra
    Fitzinger, 1836
  • Thalassochelys caretta
    Bonaparte, 1838
  • Chelonia (Caouanna) cephalo
    Cocteau in Cocteau & Bibron in Ramon de la Sagra, 1838
  • Halichelys atra
    Fitzinger, 1843
  • Caounana caretta
    Gray, 1844
  • Caouana elongata
    Gray, 1844
  • Thalassochelys caouana
    Agassiz, 1857
  • Thalassochelys corticata
    Girard, 1858
  • Chelonia corticata
    Strauch, 1862
  • Thalassochelys elongata
    Strauch, 1862
  • Thalassochelys caouana
    Nardo, 1864
  • Eremonia elongata
    Gray, 1873
  • Caretta caretta
    Stejneger, 1873
  • Thalassochelys cephalo
    Barbour & Cole, 1906
  • Caretta caretta caretta
    Mertens & Muller, 1928
  • Caretta gigas
    Deraniyagala, 1933
  • Caretta caretta gigas
    Deraniyagala, 1939
  • Caretta caretta tarapacana
    Caldwell, 1962
  • Chelonia cahuano
    Tamayo, 1962
  • Caretta careta
    Tamayo, 1962[3]
Genus sinonim
  • Caretta
    Rafinesque, 1814
  • Caretta (Thalassochelys)
    Fitzinger, 1835
  • Thalassochelys
    Bonaparte, 1838
  • Caouana
    Cocteau in Ramon de la Sagra, 1838
  • Halichelys
    Fitzinger, 1843
  • Eremonia
    Gray, 1873
  •  ?Pliochelys
    Portis, 1890
  •  ?Proganosaurus
    Portis, 1890[4]

Penyu tempayan (Caretta caretta) ialah sejenis penyu[5] yang tersebar di seluruh dunia. Ia adalah reptilia lautan dari keluarga Cheloniidae. Ukuran purata penyu tempayan adalah sekitar 90 cm (35 in) panjang apabila matang, sungguhpun spesimen yang lebih besar hingga 280 cm (110 in) telah ditemui. Penyu tempayan dewasa mempunyai berat kira-kira 135 kg (298 paun), dengan spesimen terbesar seberat lebih dari 450 kg (1,000 paun). Kulit bewarna dari kuning ke coklat, dan kerapasnya biasanya berwarna coklat kemerahan. Tiada perbezaan luaran antara jantina yang dilihat sehingga penyu menjadi dewasa, perbezaan yang paling ketara ialah penyu jantan dewasa mempunyai ekor tebal dan plastrons yang lebih pendek berbanding penyu betina.

Penyu Tempayan boleh ditemui di lautan-lautan Atlantik, Pasifik dan Hindi, serta Laut Mediterranean. Ia menghabiskan sebahagian besar kehidupannya di habitat air masin dan muara, dengan penyu betina secara ringkas naik ke darat untuk bertelur. Penyu tempayan mempunyai kadar pembiakan yang rendah; Penyu betina bertelur purata empat rangkap telur dan kemudian menjadi mandul, tidak menghasilkan telur selama dua hingga tiga tahun. Penyu tempayan mencapai kematangan seksual dalam tempoh 17-33 tahun dan mempunyai umur 47-67 tahun.

Penyu Tempayan adalah maserba, makan terutamanya pada invertebrata hidupan dasar laut. Rahangnya yang besar dan berkuasa berfungsi sebagai alat yang berkesan untuk menceraikan mangsanya. Penyu tempayan muda dieksploitasi oleh banyak pemangsa; telur terutamanya sangat terdedah kepada organisma daratan. Apabila Penyu Tempayan mencapai usia dewasa, saiznya yang menggerunkan membatasi pemangsaan kepada haiwan marin yang besar, seperti jerung.

Penyu ini dianggap spesies terancam dan dilindungi oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam. Peralatan penangkapan ikan yang tidak diselenggara menyebabkan banyak kematian penyu. Penyu tempayan juga boleh mati lemas jika mereka terperangkap dalam pukat tunda. Peranti pengecualian penyu telah dilaksanakan dalam usaha mengurangkan kematian dengan menyediakan laluan meloloskan diri untuk penyu. Kehilangan pantai bersarang yang sesuai dan pengenalan pemangsa eksotik juga telah menjejaskan populasi penyu tempayan. Usaha untuk memulihkan bilangan mereka memerlukan kerjasama antarabangsa, karena penyu berkeliaran di laut lepas dan pantai tempat ia bersarang kritikal yang tersebar di beberapa negara.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Photo of the carapace of a loggerhead sea turtle.
Karapas penyu tempayan yang berwarna coklat kemerahan

Penyu Tempayan ialah penyu dengan cangkerang keras yang terbesar, berbanding penyu hijau dan Kura-kura Galapagos. Ia juga penyu kedua terbesar selepas Penyu belimbing.[6][7][8] Penyu dewasa mempunyai berat sekitar 80 ke 200kg dan panjang antara 70 ke 95cm.[6] Berat tertinggi pernah direkodkan adalah 545kg dengan panjang karapas 213cm.[6] Kepala dan karapas (tempurung) berwarna antara jingga kekuningan hinggalah coklat kemerahan, manakala bahagian plastron (perut) biasanya berwarna kuning pucat.[9] Leher dan bahagian tepinya berwarna coklat dan kekuningan.[10]

Cangkerangnya terbahagi kepada dua: karapas dan plastron. Karapas terbahagi kepada lima keping yang digelar skut.[9] Biasanya 11 atau 12 pasang skut marginal membentuk karapas.[11] Lima skut vertebral pada bahagian tengah karapas, sementara lima pasang skut kosta disekelilingnya.[12] Skut nukal terletak di dasar kepalanya.[12] Karapasnya disambungkan dengan cangkerang plastron (perut) oleh tiga pasang skut inframarginal yang membentuk penyambung antara tempurung belakang dengan cangkerang perutnya.[12] Plastronnya terdiri daripada sepasang skut gular, humeral, pektoral, abdominal, femoral, dan skut anal (dubur).[11] Cangkerangnya berfungsi sebagai perisai, walaupun penyu tempayan tidak boleh memasukkan kepala dan kesemua kakinya ke dalam cangkerangnya sendiri.[13]

Penyu dewasa mempunyai diformisme jantina. Penyu dewasa jantan mempunyai ekor dan kuku lebih panjang berbanding betina. Plastron jantan lebih pendek berbanding betina. Karapas jantan lebih luas dan rendah berbanding betina, dan biasanya kepala penyu jantan lebih besar berbanding betina.[14] Jantina anak penyu tidak boleh ditentukan dengan hanya melihat anatominya sahaja, tapi melalui diseksi (pembedahan), laparoskopi (pembedahan abdomen), analisis histologi (anatomi sel), dan radioimunologi iaitu melalui pelabelan isotop (radiolabeling).[14]

Kelenjar lakrimal terletak di belakang setiap mata membolehkan ia mengawal proses osmosisnya sendiri dengan menyahkan lebihan garam dari air laut. Di darat, penyu yang dilihat sedang menangis sebenarnya adalah proses perkumuhan lebihan garam dari badannya.[15]

Taburan[sunting | sunting sumber]

Peta taburan Penyu Tempayan sepanjang Lautan Atlantik, Pasifik, dan Laut Hindi, serta Laut Mediterranean
Taburan Penyu Tempayan

Penyu Tempayan mempunyai distribusi kosmopolitan berbanding spesies-spesies penyu lain. Mereka mendiami sekitar Lautan Atlantik, Lautan hindi, dan Lautan Pasifik serta Laut Mediterranean.[16]

Di Lautan Atlantik, kebanyakan Penyu Tempayan mendiami sepanjang tenggara perairan Amerika utara dan Teluk Mexico. Hanya sedikit dijumpai berada di sepanjang Eropah dan perairan Afrika.[17] Florida menjadi pusat pembiakan utama dengan lebih 67,000 sarang dibina setahun. Selain itu, kawasan sarangnya juga dijumpai dari utara Virginia hinggalah sejauh ke selatan Brazil, serta ke kawasan timur di Kepulauan Tanjung Verde yang menjadi pusat pembiakan utama dari sebelah timur Atlantik.

Di Lautan hindi, Penyu Tempayan mencari makan sekitar perairan Afrika, Semenanjung Arab, dan sepanjang Laut Arab.[18] Di sepanjang perairan Afrika, penyu ini membina sarang di Kepulauan Bazaruto, Mozambique hingga ke muara St Lucia di selatan Afrika .[19] Selain itu, kawasan sarang utamanya dari Lautan hindi terletak di Oman, berhampiran Semenanjung Arab, iaitu terdapat lebih 15,000 sarang, menjadikan ia pusat pembiakan Penyu Tempayan kedua terbesar di dunia. Manakala, di Australia barat, sekitar 1,000–2,000 sarang dihasilkan setahun[18]

Penyu tempayan Pasifik tinggal di kawasan bersuhu tropika.[19] Kawanan-kawanan penyu jenis ini mencari makanan sehingga ke Laut China Selatan, barat daya Lautan Pasifik, dan sepanjang Semenanjung Baja California. Timur Australia, Jepun dan Terumbu Sawar Besar yang menjadi kawasan bertelur utama.[20] Penyu-penyu di lautan ini biasanya membina sarang telurnya di Vanuatu dan Tokelau. Pulau Yakushima ialah kawasan penting, dengan tiga tapak sarang yang sering dikunjungi oleh 40% Penyu tempayan sekitarnya.[18] Selepas bertelur, penyu betina akan mencari kawasan kediaman habitatnya di Laut China Selatan, sementara wilayah Kuroshio menjadi tempat penyu-penyu muda mencari makanan.[19] Populasi dari timur Pasifik pula lebih tertumpu di perairan Baja California, tempat yang mempunyai sumber tumbuh-tumbuhan bagi penyu muda. Kawasan sarang bertelurnya ialah sepanjang timur Lembangan Pasifik. Kajian jujukan analisis polimorfisme mtDNA menyatakan 95% daripada populasi di sepanjang perairan Amerika menetas di Kepulauan Jepun di barat Pasifik.[21]

Penyu-penyu ini berhijrah dibawa arus lautan yang merentasi utara Pasifik dalam jalan migrasi antara yang terpanjang diambil oleh haiwan marin.[21] Perjalanan kembali ke pantai Jepun telah dijangka, walaupun laluan itu terpaksa melalui air jernih yang tiada sumber makanan.[22] Bukti perjalanan kembali datangnya dari seekor penyu betina yang digelar Adelita, pada tahun 1996, yang dilengkapi dengan alat penjejak satelit, telah membuat perjalanan sejauh 14,500 km (9,000 mi) iaitu dari Mexico melalui Lautan Pasifik. Adelita ialah haiwan pertama yang dijejaki melalui lembangan lautan.[23]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan spotila59 tidak disediakan
  2. ^ Casale, P.; Tucker, A.D. (2017). "Caretta caretta". The IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2017: e.T3897A119333622. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-2.RLTS.T3897A119333622.en. Dicapai pada 27 December 2017. Unknown parameter |last-author-amp= ignored (bantuan)
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan dodd1 tidak disediakan
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan dodd2 tidak disediakan
  5. ^ http://infopenyu.blogspot.my/2009/12/jenis-dan-morfologi-penyu-laut.html
  6. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ernst37 tidak disediakan
  7. ^ Dodd Jr, C. K. (1988). Synopsis of the biological data on the loggerhead sea turtle Caretta caretta (Linnaeus 1758) (No. FWS-88 (14)). FLORIDA COOPERATIVE FISH AND WILDLIFE RESEARCH UNIT GAINESVILLE.
  8. ^ Wood, Gerald (1983). The Guinness Book of Animal Facts and Feats. ISBN 978-0-85112-235-9.
  9. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan turtleguide104 tidak disediakan
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan noaa tidak disediakan
  11. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan seaturtlebook7 tidak disediakan
  12. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan turtleguide110 tidak disediakan
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan anatomy tidak disediakan
  14. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan valente22 tidak disediakan
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan peaker231 tidak disediakan
  16. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan spotila164 tidak disediakan
  17. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan spotila165 tidak disediakan
  18. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan spotila166 tidak disediakan
  19. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan seaturtlebook8 tidak disediakan
  20. ^ C.Michael Hogan. 2011. Coral Sea. Encyclopedia of Earth. Eds. P. Saundry & C.J.Cleveland. National Council for Science and the Environment. Washington DC
  21. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Bowen3731 tidak disediakan
  22. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Bowen3733 tidak disediakan
  23. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan PBSNature tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]