Penyulitan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Contoh Enkripsi

Penyulitan atau enkripsi (bahasa Inggeris: encryption) ialah proses mengaburkan maklumat secara mencampuradukkan data supaya tidak dapat dibaca sebarang penerima yang tidak mempunyai pengetahuan atau kunci khusus.[1] Sedangkan penyulitan telah digunakan untuk melindungi komunikasi selama berabad-abad, hanya pertubuhan-pertubuhan dan individu-individu yang mempunyai keperluan menyimpan rahsia yang luar biasa pernah menggunakannya. Bagaimanapun, pada pertengahan dekad 1970-an, penyulitan muncul daripada domain tunggal agensi-agensi kerajaan perahsia dan memasuki domain awam. Proses ini kini dipergunakan untuk melindungi sistem-sistem yang digunakan secara meluas, seperti e-perdagangan Internet, rangkaian telefon bimbit dan mesin juruwang automatik (ATM) untuk perbankan.

Walaupun penyulitan boleh digunakan untuk memastikan kerahsiaan, teknik-teknik lain masih diperlukan untuk memastikan keselamatan komunikasi, khususnya untuk menentusahkan kesempurnaan dan kesahan perutusan; umpamanya, kod pengesahan perutusan (MAC) atau tandatangan digit. Lagi satu pertimbangan ialah perlindungan terhadap analisis trafik.

Penyulitan atau pengeliruan kod perisian juga digunakan untuk perlindungan daripada sebarang penyalinan oleh kejuruteraan balikan, analisis aplikasi tanpa kebenaran, pemecahan kod perisian, dan cetak rompak perisian yang digunakan oleh pelbagai perisian penyulitan atau pengeliruan.


   Teks kosong -> Algoritma Penyulitan -> Teks Sifer -> Algoritma Pemerihalan -> Teks kosong
       Pengguna A |                                                         | Pengguna B
                   |----------------------- Kekunci -----------------------| 

Contoh-contoh penyulitan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "enkripsi". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 17. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]