Per Teodor Cleve

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Per Teodor Cleve
Cleve Per Theodor.jpg
Kelahiran 10 Februari 1840
Stockholm, Sweden
Kematian 18 Jun 1905
Uppsala, Sweden
Kerakyatan Sweden
Alma mater Gymnasium Stockholm (1858)
Universiti Uppsala (1863)
Dikenali kerana Penemuan holmium dan tulium

Per Teodor Cleve (10 Februari 1840 - 18 Jun 1905) adalah seorang ahli kimia dan geologi Sweden.

Selepas lulus daripada Gimnasium Stockholm pada tahun 1858, Cleve masuk matrikulasi di Universiti Uppsala pada Mei 1858, di mana beliau menerima PhD pada 1863. Selepas beliau bekerja dengan universiti di Uppsala dan mengembara ke Eropah dan Amerika Utara, beliau menerima jawatan professor bagi kimia am dan agrikultur di Uppsala pada tahun 1874. Beliau telah dilantik sebagai ahli Akademi Sains Diraja Sweden pada 1871 dan menerima Pingat Davy Royal Society pada 1894 "atas kajian-kajiannya tentang kimia nadir bumi". Mineral kleveit telah dinamakan sempena namanya pada tahun 1878 oleh ahli geologi dan peneroka Adolf Erik Nordenskiöld. Cleve merupakan bapa kepada ahli botani dan kimia]] Astrid Cleve dan datuk kepada anaknya, Ulf von Euler yang merupakan ahli fisiologi dan farmakologi yang memenangi Hadiah Nobel.

Pada tahun 1874, beliau telah menyimpulkan bahawa didimium sebenarnya adalah dua unsur berbeza yang kini dikenali sebagai neodimium dan praseodimium. Beliau juga telah menemui unsur holmium dan tulium pada 1879.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]