Perahu jalur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perahu jalur yang diperbuat daripada kulit kayu.
Perahu jalur dari batang pokok yang ditarah dan ditebuk.

Perahu jalur merupakan perahu kecil yang biasanya sempit tetapi panjang yang digunakan bagi bergerak sepanjang sungai oleh orang persendirian. Terdapat pelbagai jenis perahu jalur tetapi yang biasanya ia diperbuat daripada batang pokok yang ditarah dan diukir menjadi bentuk perahu.

Selain itu terdapat juga perahu jalur yang diperbuat daripada kulit kayu.

Sejarah [sunting]

Perahu jalur dipercayai antara kenderaan di air yang terawal dibina oleh manusia untuk tujuan pengangkutan. Apabila penegtahuan mengenai penggunaan alatan batu atau benda tajam telah berkembang di dalam masyarakat dahulu kala, mereka mula membuat kenderaan pengangkutan di air dengan menggunakan sebatang kayu dan dikeruk atau ditebuk.