Perak FA
| Perak FA | |||||||||||||||||||||||||||
| Nama penuh | Persatuan Bola Sepak Perak | ||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Gelaran | Seladang | ||||||||||||||||||||||||||
| Ditubuhkan | 18 April 1951 (asalnya 1921) | ||||||||||||||||||||||||||
| Lokasi | Stadium Perak Ipoh, Perak Malaysia (Kapasiti 42,000) |
||||||||||||||||||||||||||
| Pengerusi | |||||||||||||||||||||||||||
| Pengurus | |||||||||||||||||||||||||||
| Jurulatih | |||||||||||||||||||||||||||
| Liga | Liga Super Malaysia | ||||||||||||||||||||||||||
| 2011 | Ke-6 | ||||||||||||||||||||||||||
| Laman web | Laman rasmi kelab | ||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||
Persatuan Bola Sepak Perak (Perak Football Association) merupakan persatuan bola sepak yang mewakili negeri Perak Darul Ridzuan untuk menyertai Liga Malaysia. Pasukan ini tersenarai dalam kelompok elit Liga Malaysia iaitu Liga Super Malaysia.
Persatuan Bola Sepak Perak telah dibentuk pada 18 April 1951[1] untuk mengawasi kegiatan bola sepak di seluruh daerah negeri Perak. Walaupun sebuah persatuan formal hanya ditubuhkan pada tahun 1951, Perak FA telah benar-benar mempunyai pasukan bola sepak sejak tahun 1921,[2] yang menyertai Piala Malaya (kemudian Piala HMS Malaya, sekarang dikenali sebagai Piala Malaysia). Mereka juga salah satu ahli pengasas Persatuan Bola Sepak Malaya (yang wujud lebih awal daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang berlaku pada tahun 1926.
Mereka adalah pasukan ketiga paling berjaya dalam pertandingan Piala Malaysia dengan 7 kali kemenangan dan 11 kali menjadi naib juara. Mereka memenangi piala terakhir dari 7 piala mereka pada tahun 2000 dan naib juara terakhir pada edisi 2007. Perak FA telah menjadi pasukan yang konsisten dalam bola sepak Malaysia, di mana mengakhiri liga di kedudukan lima teratas di dalam Liga Super Malaysia setiap tahun sejak awal. Selain itu, Perak FA adalah satu-satunya pasukan di Malaysia yang belum pernah diturunkan ke divisyen lebih rendah sejak era profesional diperkenalkan pada tahun 1989.
Perak FA mengumumkan bahawa Stadium Perak yang berkapasiti 42,500 kerusi sebagai stadium rasminya, walaubagaimanapun mereka akan menjalankan beberapa perlawanan di Stadium Lumut yang berkapasiti 15,000 kerusi (di dalam Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak) pada bila-bila masa ketika Stadium Perak tidak dapat digunakan. Stadium Perak terletak di berhampiran Fair Park di Ipoh di mana pejabat pasukan berada.
Nama gelaran bagi pasukan Perak FA adalah Seladang yang adalah nama Melayu untuk Gaur. Sautu slogan kegemaran penyokong Perak adalah Kejor Yeop Kejor, yang secara kasar diterjemahkan menjadi "kejar, saudara, kejar". Slogan tersebut diterima pakai oleh pasukan selepas Kerajaan Negeri Perak menggunakan slogan tersebut pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun 1996. Pada tahun 2007, pasukan Perak FA telah memperkenalkan lagu berjudul, 'Skor Yeop Skor'.
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah
Perak FA telah menghabiskan musim 2006 bagi Liga Super Malaysia di tempat kedua, belakang Kedah FA. Perak FA, bermain baik di sepangjang musim, telah menjadi pendahulu liga dan menjadi favourites memasuki baki dua perlawanan, tetapi seri 2–2 dengan Terengganu FA membolehkan Kedah FA merampas gelaran tersebut.
Pada akhir musim, pengurusan pasukam mengumumkan bahawa mereka akan melepaskan beberapa pemain senior yang pada asalnya mempunyai kontrak sehingga Oktober 2007 disebabkan oleh kekangan kewangan.[3]
[sunting] Pemain
[sunting] Skuad (musim 2011)
Nama di dalam tulisan gelap adalah pemain antarabangsa terkini yang aktif.
[sunting] Perpindahan (musim 2012)
Masuk
|
|
Keluar
|
|
Untuk perpindahan terkini, sila lihat Senarai perpindahan bola sepak 2012
[sunting] Penjaring terbanyak liga
- 1995 -
Marshall Soper (11 gol) - 1996 -
- 1997 -
Laszlo Repasi (19 gol) (Pemenang Kasut Emas) - 1998 -
Laszlo Repasi (8 gol) - 1999 -
Azrul Amri Burhan &
M. Nagaraja (6 gol) - 2000 -
Muhamad Khalid Jamlus (7 gol) - 2001 -
Norizam Ali Hassan (13 gol) (Pemenang Kasut Emas) - 2002 -
Muhamad Khalid Jamlus (17 gol) (Pemenang Kasut Emas) - 2003 -
Muhamad Khalid Jamlus (9 gol) - 2004 -
Frank Seator (14 gol) - 2005 -
Keita Mandjou (11 gol) - 2005-06 -
Keita Mandjou (17 gol) (Pemenang Kasut Emas) - 2006-07 -
Keita Mandjou (21 gol) (Pemenang Kasut Emas) - 2007-08 -
Carlos Arturo Cáceres (17 gol) - 2008-09 -
Razali Umar Kandasamy (13 gol) - 2009-10 -
Mohd Nazri Mohd Kamal (6 gol)
[sunting] Anugerah individu pemain
- 2006-2007 -
Muhamad Khalid Jamlus (15 gol)
Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP)
- 2006-2007 -
K. Nanthakumar
Anugerah Kelab Penyokong Terbaik (Best Fan Club)
- 2007-2008 -
Kelab Penyokong Bola Sepak Perak - 2008-2009 -
Kelab Penyokong Bola Sepak Perak
Pemenang Kasut Emas Liga-M - Penjaring Terbanyak
- 1997 -
Laszlo Repasi: 19 gol - 2001 -
Norizam Ali Hassan: 13 gol - 2002 -
Muhamad Khalid Jamlus: 17 gol - 2005-2006 -
Keita Mandjou: 17 gol - 2006-2007 -
Keita Mandjou: 21 gol
[sunting] Bekas pemain terkenal
[sunting] Tempatan
|
|
[sunting] Luar negara
|
Eropah |
Afrika |
Asia |
Amerika Selatan |
[sunting] Pegawai pasukan
Di bawah pengurusan yang baru, jawatan Presiden diambil alih oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak, Yang Berhormat Datuk Zainol Padzi Paharudin pada 14 Jun 2010.
Staf Pengurusan
- Presiden:
Datuk Zainol Padzi Paharudin - Timbalan Presiden:
Dato' Seri Abdullah Hisan - Penolong Presiden 1:
Drs Mohd Nizar Haji Zakaria - Penolong Presiden 2:
Khairuddin Ahmad - Setiausaha Agung:
Abdul Aziz Yeop Jamaludin - Bendahari:
Khairul Izwan Dato' Harun - Ahli Eksekutif (15 ahli):
Zainal Anuar Abdul Rashid,
M. Subramaniam,
Haji Anuar Salim Abdul Moen,
Haji Baharin Khamis,
Ruslan Zainal Abidin,
Haji Joharuddin Johar Ali,
Nor Azizi Mohd Din,
Hashim Yeop Nordin,
G. Iruduanathan,
Staf Kejurulatihan dan Perubatan 2011
- Pengurus:
Khairul Azwan Dato' Harun - Penolong Pengurus:
Isham Shahruddin &
Ahmad Shahrul Azhar Sofian - Ketua Jurulatih:
Norizan Bakar - Penolong Jurulatih:
Chong Yee Fat - Jurulatih penjaga gol:
Abdul Talib Saidi - Jurulatih Piala Presiden:
Abu Bakar Fadzim - Penolong Jurulatih Piala Presiden:
Syamsul Mohd Saad - Ahli Fisioterapi:
Muhammad Faizal Abdul Rahim
[sunting] Senarai Presiden
| Tahun | Presiden |
|---|---|
| 2010 | |
| 2008-2010 | |
| 2008-2008 | |
| 2007-2008 | |
| 1999-2006 | |
| 1957-1972 |
[sunting] Pengurus
| Tahun | Pengurus |
|---|---|
| 2010- | |
| 2008-2010 | |
| 2007-2008 | |
| 2001-2006 | |
| 1998-2000 |
[sunting] Ketua Jurulatih
| Tahun | Jurulatih |
|---|---|
| 2010-Current | |
| 2009-2010 | |
| 2008-2009 | |
| 2005-2008 | |
| 2002-2005 | |
| 2001 | |
| 2000 | |
| 2000 | |
| 1999 | |
| 1999 | |
| 1997-1999 | |
| 1996 | |
| 1995 | |
| 1993 | |
| 1992 | |
| 1991 | |
| 1990 | |
| 1989 |
[sunting] Sokongan
Seperti pasukan lain, negeri Perak juga mempunyai lagu penyokong dan liriknya digunakan untuk menaikkan semangat pemain. Versi popular lagu penyokong Perak adalah dalam versi When The Saints Go Marching In.
Ipoh Mali, Ipoh Mali, Ipoh Mali,
Talak Sombong,
Ipoh Mali Talak Sombong,
Ipoh Mali Talak Sombong.
Khabar angin mengatakan lagu ini mula kedengaran apabila Perak muncul juara Piala FA Malaysia pada 1990. Sejak itu, laungan Kejor Yeop Kejor menjadi sinonim kepada penyokong Perak. Pada perlawanan akhir Piala FA 1990, Perak ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama dan pada masa rehat, penyokong Selangor bersuara kepada penyokong Perak dengan laungan Kejor Yeop Kejor.
Pada masa separuh masa kedua, Perak berjaya mengikat kedudukan kepada 2-2 dan penyokong Perak mula melaungkan Kejor Yeop Kejor. Lauangan tersebut menjadi semakin kuat apabila Perak berjaya menjaringkan dua lagi gol untuk mencatat kemenangan 4-2 ke atas Selangor.
[sunting] Pencapaian
| Kejohanan | Pencapaian |
|---|---|
| Kejohanan Kelab Asia / Liga Juara-Juara AFC | Juara:- Naib Juara:- Ke-3:- Ke-4:- |
| Piala AFC | Juara:- Naib Juara:- Ke-3:- Ke-4:- |
| Kejohanan Kelab ASEAN | Juara:- Naib Juara:- Ke-3:- Ke-4:- 2003 |
| Piala Malaysia | Juara:- 1926, 1931, 1957, 1967, 1970, 1998, 2000 Naib Juara:- 1923, 1951, 1959, 1960, 1961, 1964, 1971, 1972, 1974, 2001, 2007 |
| Divisyen 1/Perdana 1/Liga Super | Juara:- 2002, 2003 Naib Juara:- 2007 Ke-3:- 2000, 2006 Ke-4:- 2004 |
| Divisyen 2/Perdana 2/Liga Perdana | Juara:- Naib Juara:- 1989 |
| Piala FA Malaysia | Juara:- 1990, 2004 Naib Juara:- 1991, 2002, 2005 |
| Piala Sumbangsih | Juara:- 1999, 2005, 2006/2007 Naib Juara:- 2001 |
[sunting] Pencapaian Peringkat Asia
[sunting] Kejohanan Kelab Asia
[sunting] Piala AFC
- 2004 = Suku Akhir (tewas kepada
Geylang United FC 3-5 keseluruhan)
- 2005 = Peringkat kumpulan
[sunting] Rujukan
- ↑ Komuniti Rasmi Penyokong Maya Bolasepak Perak
- ↑ Liga Super Malaysia
- ↑ Football: Cash-strapped Perak forced to let go of imports. Thestar.com.my (2007-09-15). Retrieved on 2011-09-12.
- ↑ Australian Player Database - SO
[sunting] Pautan luar
|
|||||