Perak FM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perak FM ialah sebuah stesen radio negeri dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ia bersiaran dari Jalan Dariry, Ipoh dari jam 06:00 hingga 00:00 setiap hari. Ia menyiarkan berita tempatan dan muzik Malaysia.

[sunting] Sejarah

Stesen radio khusus untuk Negeri Perak mula bertapak bila Radio Malaya Stesen Ipoh ditubuhkan pada 1956 di satu tapak berhampiran Lapangan Terbang Ipoh. Pada tahun 1966, sebuah bangunan stesen radio yang lengkap hasil ilham arkitek Iversen Van Sitteran didirikan di atas kawasan seluas 14 ekar di Jalan Dairy, Ipoh. Kontraktor yang mengendalikan pembinaannya ialah Syarikat Teoh Tay & Son dari Sungai Siput, Perak.

Radio Malaya Stesen Ipoh telah memulakan operasinya daripada bangunan baru di Jalan Dairy, Ipoh dengan anggota seramai 50 orang. Selain ruang pejabat, bangunan ini memuatkan 5 studio radio, auditorium dengan kapasiti 500 penonton dan bengkel kejuruteraan.

Hari ini, RTM Perak mempunyai 92 orang kakitangan termasuk yang bertugas di Stesen Pemancar Gerik dan Teronoh. RTM Ipoh sahaja mempunyai 60 orang anggota.

[sunting] Frekuensi

  • 95.6 MHz Bukit Keledang, Ipoh meliputi Perak Tengah, Hilir Perak, Manjung, Lembah Kinta dan bahagian utara Selangor (Sabak Bernam dan Sungai Besar)
  • 104.1 MHz Bukit Larut meliputi Perak Utara, Taiping, Kerian, Selama, Perak Utara, Pulau Pinang dan bahagian selatan Kedah (Kulim, dan Sungai Petani)
  • 94.7 MHz Gunung Berinchang meliputi Cameron Highlands, Pahang
  • 96.2 MHz dan 657 KHz Gerik
  • 97.3 MHz Changkat Rembian, Tapah meliputi Tapah, Bidor, Sungkai & Trolak
  • 89.6 MHz Bukit Asa, Tanjong Malim meliputi Perak Selatan (Slim River & Tanjung Malim)
  • 94.2 MHZ Ladang Teh Lenggong (Lenggong)
  • 657 kHz (Pengkalan Hulu, Perak & Baling, Kedah)

[sunting] Laman Web