Perampasan pesawat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perampasan pesawat ialah penyitaan sesebuah pesawat, baik oleh seorang perorangan mahupun oleh sekumpulan orang. Dalam kebanyakan kes, juruterbangnya dipaksa terbang mengikut arahan perampas. Bagaimanapun, terdapat juga kes bahawa perampas sendiri memandu pesawat. Dalam sekurang-kurangnya satu kes, sebuah pesawat dirampas oleh juruterbang rasmi sendiri.[1][2]

Berbeza dengan perampasan kenderaan darat atau kapal, perampasan pesawat biasanya tidak dilakukan untuk merampas barang muatan. Kebanyakan perampasan pesawat dilakukan untuk menggunakan penumpangnya sebagai orang tebusan. Niatnya berbeza-beza daripada menuntut pembebasan banduan yang tertentu (contoh yang paling terkenal merupakan Penerbangan 814 Indian Airlines) hingga menonjolkan ketidakpuasan hati sesuatu komuniti (misalnya Penerbangan 8969 Air France). Ia juga boleh dilakukan supaya menggunakan pesawat sebagai senjata bagi menyasarkan sesuatu lokasi (yang paling terkenal ialah serangan 11 September 2001). Perampas yang lain juga menahan orang tebusan untuk mendapatkan wang tebusan.

Kebanyakan perampasan yang melibatkan orang tebusan menyebabkan satu siri perundingan antara perampas dan pihak berkuasa, disusuli oleh sesetengah bentuk penyelesaian. Bagaimanapun, penyelesaian itu tidak selalu memenuhi apa yang dituntut oleh perampas pada asalnya. Jika perampas masih tidak ingin menyerahkan diri, pasukan khas yang bersenjata sering digunakan oleh pihak berkuasa untuk menyelamatkan orang tebusan (misalnya Operasi Entebbe).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Air China pilot hijacks his own jet to Taiwan". CNN. 1998-10-28. Diperolehi pada 2007-01-25. [pautan putus]
  2. B. Raman (2000-01-02). "PLANE HIJACKING: IN PERSPECTIVE". South Asia Analysis Group. Diperolehi pada 2007-01-25. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]