Perang Ain Jalut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perang Ain Jalut
Sebahagian dari Peperangan Islam-Mongol
Tarikh 3 September 1260M
Lokasi Ain Jalut, Palestin
Hasil Kemenangan tentera Islam Mamluk
Perubahan Wilayah
Wilayah Palestin dikuasai semula oleh empayar Mamluk
Yang berperang
Empayar Mongol Empayar Mamluk
Komander dan pemimpin
Kitbuqa Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz, Baibars
Kekuatan
Sekitar 20,000 Sekitar 18,000
Kerugian
Sekitar 19,000, hampir keseluruhan pasukan termasuk Kitbuqa terkorban Sekitar 5,000

Pertempuran Ain Jalut (atau Ayn Jalut, Bahasa Arab: عين جالوت‎, "Mata Air Jalut") terjadi pada 3 September 1260 di antara Mamluk Mesir dan Mongol di Palestin, di Lembah Jezreel di Galilee.

Keadaan semasa [sunting]

Ketika ini, Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz baru saja memegang takhta kerajaan Mamluk sejak bulan Januari 1260M dan keadaan kerajaan Mamluk adalah berada di dalam tidak stabil akibat pergeseran yang berlaku di antara dua puak Mamluk yang bertelagah iaitu Mamluk Bahriah dan Mamluk Mu'izziah. Namun krisis politik ini dapat diselesaikan oleh beliau.

Waktu itu, para pemerintah berebut kuasa. Saifuddin Qutuz kata: "Biar aku jadi pemerintah. Hanya untuk melawan Mongol. Dah menang perang nanti, korang ambillah pemerintahan." Bagus juga idea ini. Pemerintah lain tak nak perang. Nak kuasa saja.

Persediaan [sunting]

Sebagai langkah persediaan menghadapi peperangan, Qutuz melantik Baibars sebagai panglima bagi mengetuai pasukan utama tentera berkuda Mamluk.