Perang Balkan Kedua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perang Balkan Kedua
Sebahagian daripada Perang Balkan
Balkan troubles1.jpg
The Great Powers under the terror of explosion in Balkans. Except for the United Kingdom and Italy, no Great Power's throne would survive the results of the next Balkan crisis of 1914, which ignited World War I.
Maklumat am
Tarikh 29 Jun, 1913 – 10 Ogos, 1913
Lokasi Semenanjung Balkan
Hasil Kekalahan Bulgaria
  • Bulgaria memohon gencatan senjata
  • Tamat apabila Romania menerima perjanjian damai yang membawa kepada Perjanjian Bucharest, 1913
Pihak yang berperang
Kerajaan BulgariaBulgaria Kerajaan SerbiaSerbia
Kerajaan RomaniaRomania
GreeceGreece
Kerajaan Beraja MontenegroMontenegro
 Empayar Uthmaniyyah
Komander dan pemimpin
Kerajaan Bulgaria Mihail Savov
Kerajaan Bulgaria Vasil Kutinchev
Kerajaan Bulgaria Nikola Ivanov
Kerajaan Bulgaria Radko Dimitriev
Kerajaan Bulgaria Stiliyan Kovachev
Kerajaan Bulgaria Stefan Toshev
Kerajaan Serbia Radomir Putnik
Romania Crown Prince Ferdinand
Romania Alexandru Averescu
Greece Constantine I
Empayar Turki Uthmaniyyah Ahmet Izzet Pasha
Kekuatan
Kerajaan Bulgaria 500,221–576,878 Kerajaan Serbia 348,000[1]
Romania 330,000[1]
Greece 148,000
Kerajaan Beraja Montenegro 12,802[1]
Empayar Turki Uthmaniyyah 255,000[2]
Jumlah : 1,093,802
Kerugian dan kehilangan
Kerajaan BulgariaBulgaria:[3]
7,583 terbunuh
9,694 hilang
42,911 cedera
3,049 mati
140 pucuk artileri ditawan atau musnah

Jumlah:
65,927 terbunuh atau cedera
Kerajaan SerbiaSerbia:
9,000 terbunuh
36,000 cedera
5,000 mati akibat penyakit[4]
GreeceGreece:
5,851 terbunuh
23,847 cedera
188 hilang[5]
Kerajaan Beraja MontenegroMontenegro:
240 terbunuh
961 cedera[4]
RomaniaRomania:
mangsa perang diabaikan
6,000 mati akibat penyakit[6]
Empayar Turki UthmaniyyahEmpayar Uthmaniyyah:
mangsa perang diabaikan
4,000 mati akibat enyakit[7]

Jumlah:
~76,000 terbunuh
~91,000 jumlah kehilangan jiwa
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Perang Balkan Kedua adalah sebuah konflik yang meletus apabila Bulgaria yang tidak berpuas hati dengan pembahagian wilayah selepas tamatnya Perang Balkan I, telah menyerang bekas sekutunya Serbia dan Greece, pada 29 Jun 1913. Bulgaria telah membuat persetujuan pra-perang berkenaan dengan pembahagian wilayah Macedonia. Tetapi Serbia, yang kecewa apabila dipaksa oleh Kuasa Besar untuk mengosongkan Albania, enggan untuk melepaskan lebih banyak wilayah taklukan. Bulgaria kemudian mengistiharkan perang ke atas Serbia. Tidak lama kemudian, pertikaian kecil meletus di sepanjang sempadan dalam zon diduduki di antara Bulgaria, Serbia dan Greece. Serbia mula berunding dengan Greece, yang mana mula curiga akan niat Bulgaria. Tentera Serbia dan Greek serta merta mengundurkan serangan Bulgarian. Romania juga menyerang Bulgaria sebagai tindak balas atas serangan terdahulu di sempadan. Empayar Uthmaniyyah mengambil kelebihan situasi ini untuk mendapatkan semula beberapa wilayah yang hilang semasa Perang Balkan Pertama.

Selepas banyak pertempuran ganas yang membawa kematian yang sama tinggi kepada kedua-dua pihak, keadaan diperbatasan Serbia mula reda. Greece melancarkan serangan balas dan berjaya menembusi wilayah kawalan Bulgaria dengan pantas, mengundurkan tentera Bulgaria kembali kedudukan sempadan sebelum perang dan memutuskan mereka dengan Laut Aegean. Walaubagaimanapun, Raja Constantine dari Greece, percaya bahawa Bulgaria telah dikalahkan, memerintahkan tentera Greek mara lebih jauh ke ibu negara Bulgaria, Sofia. Constantine mahukan sebuah kemenangan muktamad, meskipun dihalang oleh Eleftherios Venizelos. Apabila tentera Greek mara tanpa berhati-hati, ia telah diserang hendap di Kresna oleh Tentera Pertama dan Kedua Bulgaria yang mana membuat kedudukan pertahanan di sana. Pertempuran Greek dan Bulgaria menemui jalan buntu dan kedua-dua pihak mengalami kemalangan jiwa yang besar. Akhirnya, kedua-dua kerajaan Bulgaria dan Greek mahukan keamanan dan menamatkan pertempuran. Perang tamat apabila Romana, Bulgaria meminta gencatan senjata, yang mana dipersetujui oleh Romania dan menamatkan perang. Satu gencatan senjata umum dipersetujui pada bulan Julai dan wilayah tawanan dibahagikanpada 10 Ogos 1913 dalam Perjanjian Bucharest dan Perjanjian Constantinople.

Dengan sokongan diplomatik kuat dari Rusia, Bulgaria berjaya mengekalkan Thrace Barat, sebuah laluan keluar ke Laut Aegean, dan pelabuhan-pelabuhan di Dedeagach (Alexandroupolis), dan sebahagian Macedonia. Oleh itu, wilayah Bulgaria membesar sehingga 16% dibandingkan sebelum Perang Balkan I, dan meningkatkan jumlah penduduknya dari 4.3 kepada 4.7 juta orang. Bulgaria hilang hampir kesemua wilayah yang didapatinya dalam Perang Balkan I, termasuk selatan Dobrudja (kepada Romania), kebanyakan Macedonia, dan Thrace Timur (kepada Empayar Uthmaniyyah). Serbia berjaya mendapatkan utara Macedonia, sementara Greece mendapat separuh wilayah di kawasan selatan. Penyelesaian sempadan dalam Perjanjian Bucharest dan Constantinople adalah sementara; tidak sampai 10 bulan kemudian, Perang Dunia I meletus.

Perang Balkan Kedua membawa kepada perpecahan dalam persekutuan Bulgaria-Rusia, oleh itu memberi kelebihan kepada Serbia sebagai satu-satunya sekutu Rusia di Balkan. Berani ekoran sokonga Rusia, Serbia mencetus Krisis Julai 1914, dan kemudian mengekalkan kedudukan tanpa kompromi menentang Austria-Hungary yang mana menyebabkan Perang Dunia I.[8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Hall (2000), p. 117.
  2. Edward J. Erickson, Defeat in Detail, The Ottoman Army in the Balkans, 1912–1913, Westport, Praeger, 2003, p. 323.
  3. http://www.bulgarianartillery.it/Bulgarian%20Artillery%201/T_OOB/Troops%20losses_1912-13.htm
  4. 4.0 4.1 Hall (2000), p. 135.
  5. Calculation (PDF) (dalam bahasa Greek), Greek Army Staff, ms. 12, diperoleh pada 2010-01-14 .
  6. Hall (2000), p. 118.
  7. Hall (2000), p. 119.
  8. "Second Balkan War — June 29, 1913 – August 10, 1913" (Blog). Wordpress. August 27, 2008. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Erickson, Edward J.; Bush, Brighton C. (2003). Defeat in Detail: The Ottoman Army in the Balkans, 1912–1913. Greenwood Publishing Group. ISBN 0-275-97888-5. 
  • Hall, Richard C. (2000). The Balkan Wars, 1912–1913: Prelude to the First World War. Routledge. ISBN 0-415-22946-4. 
  • Schurman, Jacob Gould (2004). The Balkan Wars 1912 to 1913. Kessinger Publishing. ISBN 1-4191-5345-5.