Perang Enam Hari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perang Enam Hari
(Konflik Arab-Israel)
Soldiers Western Wall 1967.jpg
Askar-askar IDF di Tembok Barat Jerusalem tidak lama selepas penawanannya.
Tarikh 5 Jun 196710 Jun 1967
Lokasi Timur Tengah
Hasil Kemenangan Israel
Perubahan Wilayah
Israel menawan Jalur Gaza dan Semenanjung Sinai daripada Mesir, Tebing Barat (termasuk Jerusalem Timur) daripada Jordan, dan Bukit Golan daripada Syria.
Yang berperang
Flag of Israel.svg Israel Flag of United Arab Republic.svg Mesir
Flag of Iraq (1963-1991); Flag of Syria (1963-1972).svg Syria
Flag of Jordan.svg Jordan
Flag of Iraq (1963-1991); Flag of Syria (1963-1972).svg Iraq
Komander dan pemimpin
Flag of Israel.svg Yitzhak Rabin,
Flag of Israel.svg Moshe Dayan,
Flag of Israel.svg Uzi Narkiss,
Flag of Israel.svg Israel Tal,
Flag of Israel.svg Ariel Sharon
Flag of United Arab Republic.svg Abdel Hakim Amer,
Flag of United Arab Republic.svg Abdul Munim Riad,
Flag of Jordan.svg Zaid ibn Shaker,
Flag of Iraq (1963-1991); Flag of Syria (1963-1972).svg Hafez al-Assad,
Flag of Jordan.svg Omar Hamid al-Sheikh
Kekuatan
50,000 askar (264,000 termasuk askar simpanan yang disuruh bersiap sedia); 197 pesawat penempur 280,000 askar (Mesir 150,000; Syria 75,000; Jordan 55,000); 812 pesawat penempur
Kerugian
779 kematian,
2,563 kecederaan,
15 tawanan
(pengorbanan rasmi)
21,000 kematian,
45,000 kecederaan,
6,000 tawanan
melebihi 400 pesawat dimusnahkan
(anggaran)

Perang Enam-Hari (B. Ibrani: מלחמת ששת הימים Milkhemet Sheshet HaYamim, B. Arab: حرب الأيام الستة ḥarb al-ayyām al-sittaṯ), juga dikenali sebagai Perang Arab-Israel 1967, merupakan peperangan antara Israel dan negeri-negeri Arab, iaitu Mesir, Jordan, dan Syria.

Apabila Mesir mengusir keluar Pasukan Kecemasan PBB dari sempadan Mesir-Israel dan menambahkan bilangan angkatan tenteraannya dekat sempadan, Israel melancarkan serangan terhadap pangkalan angkatan tentera udara Mesir kerana bimbang serangan akan dilakukan oleh Mesir. [1] [2][3] [4] [5] [6] [7] Jordan pula menyerang bandar Israel Baitulmuqaddis dan Netanya. [8] [9] Pada akhir perang, Israel berjaya menguasai Jalur Gaza, Semenanjung Sinai, Tebing Barat, dan Bukit Golan. Kesan perang ini mempengaruhi geopolitik kawasan Timur Tengah sehingga hari ini.


Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Akibat Peperangan Suez 1956[sunting | sunting sumber]

Peperangan Suez 1956 merupakan satu kekalahan ketenteraan bagi Mesir, tetapi juga satu kemenangan politik kepada mereka. Tekanan diplomatik daripada kedua-dua Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet memaksa Israel untuk berundur daripada Semenanjung Sinai. Selepas peperangan 1956, Mesir bersetuju untuk meletakkan pasukan pengaman PBB di Sinai,U.N.E.F. (United Nations Emergency Force), untuk memastikan kawasan sempadan tersebut bebas tentera, dan juga menghalang kumpulan gerila daripada menyeberang sempadan ke dalam Israel. Hasilnya, keadaan sempadan antara Mesir dan Israel tenang untuk seketika.

Akibat peperangan 1956 menyaksikan kawasan berkenaan kembali kepada ketidakseimbangan tanpa apa-apa resolusi daripada kesulitan. Pada masa itu, tiada negara Arab yang telah mengiktiraf Israel. Syria, bersekutu dengan blok Soviet, telah mula untuk menaja serbuan-serbuan gerila ke atas Israel pada awal 60-an sebagai sebahagian daripada "peperangan pembebasan rakyat", dirangka untuk mengalihkan sokongan pembangkang ke Parti Ba'ath. [10]

Pengangkut Air Kebangsaan Israel[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1964, Israel telah mula untuk mengalihkan air daripada Sungai Jordan kepada Pengangkut Air Kebangsaan. Tahun berikutnya, negara-negara Arab mula membina Pelan Pengalihan Punca Air, apabila siap nanti akan mengalihkan punca air Dan Banias supaya air berkenaan tidak boleh memasuki Israel, dan Laut Galilee, tetapi mengalir masuk ke dalam satu empangan di Mukhaiba bagi Jordan dan Syria, dan mengalihkan air daripada Hasbani ke dalam sungai Litani, di Lubnan. Kerja-kerja pengalihan ini akan mengurangkan kapasiti pengangkut Israel sebanyak 35 peratus. Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menyerang kerja-kerja pengalihan di Syria dalam bulan Mac, Mei, dan Ogos 1965, mengekalkan satu rantai keganasan di sepanjang sempadan yang bersambung terus dengan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada peperangan. [11]

Israel dan Jordan: Peristiwa Samu[sunting | sunting sumber]

Pada 12 November, 1966 seorang askar sempadan Israel telah melanggar satu periuk api, membunuh tiga askar dan mencederakan enam yang lain.Pihak Israel percaya bahawa periuk berkenaan telah ditanam oleh pengganas daripada Es Samu di Tebing Barat. Pada awal pagi 13 November, Raja Hussein, yang telah mengadakan mesyuarat rahsia dengan Abba Eban dan Golda Meir bagi tiga tahun berkaitan dengan keamanan dan keselamatan sempadan, menerima mesej yang tidak diminta daripada kenalan Israel menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai niat untuk menyerang Jordan[12] Walau bagaimanapun, pada 5:30 a.m. dalam apa yang Hussein lihat sebagai suatu tindakan "di bawah preteks 'tindakbalas terhadap aktiviti-aktiviti P.L.O.' pasukan Israel menyerang Es Samu, satu perkampungan Jordan yang mempunyai 4,000 penduduk, kesemuanya pelarian Palestin yang mana Israeli menuduh mereka sebagai tempat pelabuhan pengganas-pengganas dari Syria". [13]

"Operasi Shredder", operasi ketenteraan Israel terbesar sejak 1956 dan hingga ke konflik 2006 Israel-Lebanon, satu pasukan sekitar 3,000-4,000 askar yang disokong oleh kereta kebal dan kapalterbang ini dibahagikan kepada pasukan simpanan, yang mana masih tinggal di bahagian sempadan Israel, dan dua pasukan penyerbu, meyeberang ke Tebing Barat. Pasukan yang lebih besar, lapan kereta kebal Centurion diikuti oleh 400 pemayung terjun yang dimuatkan dalam 40 separuh trak dan 60 jurutera dalam 10 separuh trak lagi menghala ke Samu, manakala satu pasukan kecil terdiri daripada 3 kereta kebal dan 100 pemayung terjun dan jurutera-jurutera menghala ke dua kampung yang lebih kecil , Kirbet El-Markas dan Kirbet Jimba, dalam satu misi untuk meletukan rumah-rumah. Di Samu, askar-askar Israel menghancurkan satu-satunya klinik kampung, satu sekolah perempuan,pejabat pos, perpustakaan, satu kedai kopi dan rumah sekitar 140 buah. Laporan berbeza mengenai peristiwa ini telah dibuat. Merujuk kepada buku Terrence Prittie, Eshkol: The Man and the Nation 50 buah rumah telah diletupkan tetapi penghuni-penghuni rumah berkenaan telah dipindahkan beberapa jam sebelumnya. Batalion Infantri tentera Jordan ke-48, yang diarahkan oleh Major Asad Ghanma, lari ke pasukan tentera Israeli di barat laut Samu dan dua kompeni mendekati daripada timur laut telah diserbu oleh Israeli, manakala satu platun Jordan yang bersenjatakan dengan dua 106 mm recoilless guns memasuki Samu. Dalam pertempuran 'ensuing' tiga rakyat awam Jordan dan limabelas askar telah terbunuh; lima puluh empat askar lain dam sembilan puluh enam orang awam telah tercedera. Komander batalion paratroop Israel, Colonel Yoav Shaham, telah terbunuh dan sembilan askar lain telah tercedera. [14] [15] Merujuk kepada kerajaan Israel, lima puluh tentera Jordan telah terbunuh tetapi bilangan sebenar telah dirahsiakan demi menjaga moral dan keyakinan dalam rejim Raja Hussein.[16]

Dua hari kemudian dalam satu memo kepada Presiden Johnson, penolong khasnya, Walt Rostow telah menulis "tindakan balas bukan keutamaan bagi kes ini. Serangan 3000 orang dengan kereta-kereta kebal dan kapalterbang-kapalterbang telah lebih melebihi nisbah kepada provokasi dan telah ditujukan kepada "sasaran yang salah" dan terus menggambarkan kemusnahan kepada kepentingan Amerika Syarikat dan Israel:"Mereka telah memusnahkan satu sistem kejasama yang bagus di antara Hussein dan pihak Israel... Mereka telah mematahkan Hussein. Kita telah membelanjakan $500 juta untuk membina beliau sebagai satu faktor kestabilan pada sempadan Israel yang terpanjang dan melalui Syria dan Iraq. Serangan dari kerajaan Israel meningkatkan tekanan terhadap beliau untuk menyerang balik bukan hanya dari kerajaan Arab yang radikal dan juga orang Palestin di Jordan tetapi juga daripada tentera, yang mana menjadi sumber sokongan kepada beliau dan mungkin memaksa satu peluang untuk mendapatkan kembali kekalahan pada hari Ahad...Mereka telah menetapkan kembali kemajuan ke belakang terhadap kompromi dengan orang-orang Arab. Mereka mungkin telah memujuk Syria yang merupakan pengacau utama, bahawa Israel tidak berani menyerang Syria yang dilindungi oleh Soviet tetapi boleh menyerang Jordan yang disokong oleh Amerika Syarikat tanpa apa-apa hukuman." [17] Menghadap satu ribut of kritisisme daripada orang Jordan\, Palestinians 320 November, jiran-jiran Arabnya neighbours for failing to protect Samu, Hussein kerana diarahkan untuk menggerakkan satu mobill bbordered a nation-wide mobilization on 20 November. [18] Pada 25 November, Majlis Keselamatan PBB menggunapakai Resolusi 228 sebulat suara menyesali "kehilangan nyawa dan kerosakan besar kepada harta benda hasil daripada tindakan kerajaan Israel pada 13 November 1966", mengecam "Israel kerana tindakan ketenteraan berskala besar dalam mencabuli Piagam PBB dan Perjanjian Ketenteraan Awam di antara Israel dan Jordan" dan menekankan "kepada Israel bahawa tindakan balas ketenteraan tidak boleh diterima dan bahawa, jika mereka mengulangi lagi,Majlis Keselamatan akan mempertimbangkan langkah-langkah efektif seperti yang dibayangkan di dalam Piagam untuk memastikan pencegahan terhadap pengulangan tindakan yang sedemikian." [19]

Dalam satu telegram kepada Jabatan Negara pada 18 Mei, 1967 Duta A.S. di Amman, Findley Burns, telah melaporkan bahawa Hussein telah sudah pun menjelaskan pandangannya dalam satu perbualan sehari sebelumnya bahawa "Jordan hanyalah satu sasaran dalam jangka pendeka dan, dalam pandangan beliau lagi, ia pasti berlaku dalam jangka panjang....Israel mempunyai julat keperluan tradisi ekonomi dan ketenteraan yang panjang serta tradisi agama dan aspirasi sejarah yang tertentu yang mana pada pandangan beliau mereka masih lagi belum berpuas hati dan sedari. Cara tunggal yang membolehkan matlamat ini dijayakan, kata beliau adalah dengan mengubah status Tebing Barat, Jordan. Oleh itu pandangan Raja itu lagi, adalah sesuatu yang semulajadi bagi Israel untuk mengambil kelebihan daripada apa-apapeluang dan memaksa apa-apakeadaan yang mana membolehkan mereka lebih dekat kepada matlamat berkenaan. Apa yang dikhuatirkan oleh beliau adalah keadaan-keadaan masakini membolehkan mereka dengan hanya peluang-peluang keganasan, penyeludupan dan ketidaksatuan di kalangan orang-orang Arab adalah sangat jelas," dan mengenangkan peristiwa Samu "Hussein telah nyatakan bahawa jika Israel melancarkan serangan berskala Samu terhadap Jordan beliau mungkin tiada pilihan untuk menyerang balas atau menghadapi satu pemberontakan dalaman. Jika Jordan menyerang balas, tanya Hussein, adakah ini akan memberikan Israel suatu helah untuk menakluk dan memegang wilayah Jordan? Atau, kata Hussein lagi, Israel mungkin menyerang jenis serangan tembak-dan-lari hanya untuk menakluki dan memegang wilayah dalam kejadian pertama. Beliau telah berkata beliau tidak mungkin mengeluarkan kemungkinan-kemungkinan ini daripada pengiraan beliau dan mendesak kami supaya jangan berbuat demkian walaupun kita hanya ingin merasakannya." [20]

Israel dan Syria[sunting | sunting sumber]

Penambahan kepada penajaan serangan terhadap Israel (selalu menerusi kawasan Jordan, lebih kepada kekesalan Raja Hussein), Syria juga mula membedil komuniti awam Israel di timur laut Galilee, daripada kedudukannya di Bukit Golan, sebagai sebahagian daripada perselisihan terhadap penguasaan terhadap Zon Demilitarized (DMZs), cebisan-cebisan tanah yang didakwa oleh kedua-dua Israel dan Syria. [21]

Dalam tahun 1966, Mesir dan Syria menandatangani persekutuan tentera, yang dimulakan dengan kedua-dua belah sama salah seorang daripada pihaknya pergi berperang. Merujuk kepada Menteri Luar Mesir Mahmoud Riad, Mesir telah dipujuk untuk memasuki pakatan pertahanan bersama oleh Soviet Union. Daripada perspektif Soviet pakatan itu mempunyai dua objektif: (1) untuk mengurangkan peluang serangan membinasa kepada Syria oleh Israel dan (2) untuk membawa Syria di bawah apa yang pertimbangkan sebagai pengaruh Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser yang sederhana. [22]

Laporan kepada Pejabat Luar Negeri dihantar kepada Pejabat Luar Negeri dari Kedutaan British di Damsyik berkenaan dengan pertembungan di antara Israel dan Syria pada 7 April 1967 berkenaan penanaman di kawasan tanah pertikaian

Semasa lawatan ke London dalm bulan Februari 1967, Menteri Luar Israel Abba Eban memaklumkan kepada wartawan tentang "harapan dan ketakutan", menerangkan kepada mereka yang hadir walaupun kerajaan-kerajaan Lubnan, Jordan dan Republik Kesatuan Arab seperti membuat keputusan menentang berkonfrontasi dengan Israel, ianya masih dilihat samada Syria boleh mengekalkan satu aras kawalan yang minimum yang dapay mengekang permusuhan kepada retorik semata-mata. [23]

Pada April 7, 1967, satu peristiwa kecil di sempadan telah menjalar kepada satu pertempuran udara berskala penuh terhadap Bukit Golan, mengakibatkan kehilangan enam MiG-21milik Syria kepada Tentera Udara Israel (IAF) Dassault Mirage III, dan penerbangannya kepada Damsyik. [24] Kereta kebal, bedilan mortar, dan artileri telah digunakan dalam pelbagai seksyen di sepanjang 47 batu (76 km) sempadan dalam apa yang disifatkan sebagai "satu pertelingkahan terhadap hak menanam dalam kawasan bebas tentera tenggara Tasik Tiberias." Awal minggu ini, Syria telah dua kali menyerang satu traktor Israel yang bekerja di dalam kawasan berkenaan dan apabila ia kembali di sebelah padi 7 April pihak Syria telah melepaskan tembakan sekali lagi. Pihak Israel telah membalas dengan menghantar traktor berperisai untuk menyambung kembali membajak, mengakibatkan berbalas-balas tembakan. Pesawat Israel telah mengebom kedudukan Syrian dengan bom-bom beratnya 250 dan 500kg. Pihak Syria telah membalas dengan membedil penempatan di sempadan Israel dan jet-jet Israel telah bertindakbalas dengan mengebom perkampungan Sqoufiye memusnahkan 40 buah rumah. Pada 1519 bedilan Syria telah mula jatuh di Kibbutz Gadot; sebanyak 300 telah jatuh di dalam perkampungan kibbutz dalam 40 minit. [25] UNTSO telah cuba untuk menyusun satu gencatan senjata, tetapi Syria telah menolak untuk bekerjasama selagi kerja-kerja pertanian Israel tidak dihentikan. [26]

Bercakap kepada mesyuarat parti Mapai di Jerusalem pada 11 Mei, Levi Eshkol, Perdana Menteri Israel memberi amaran bahawa Israel tidak teragak-agak untuk menggunakan kuasa udara pada skala 7 April sebagai gerak balas terhadap terorisme sempadan yang berterusan. Pada hari yang sama, Gideon Rafael, utusan Israel, menyampaikan surat kepada presiden Majlis Keselamatan PBB dan memberi amaran bahawa Israel akan "bertindak untuk mempertahankan diri sebagaimana yang keadaan-keadaan mewajarkan". [27] Menulis dari Tel Aviv pada 12 Mei, James Feron melaporkan bahawa sesetengah pemimpin Israel telah memutuskan untuk menggunakan kuasa "yang amat kuat tetapi untuk tempoh yang singkat dan kawasan yang terhad" terhadap Syria. Laporan itu juga memetik "seorang pemerhati yang berwibawa" yang "berkata bahawa Republik Arab Bersatu, sekutu Syria yang paling rapat di dunia Arab, tidak akan bercampur tangan kecuali serangan Israel adalah meluas".[28]

Pada awal bulan Mei, kabinet Israel memberikan kuasa untuk serangan yang terhad terhadap Syria, tetapi desakan semula oleh Rabin untuk menyerang secara besar-besaran supaya dapat mencemarkan nama atau menggulingkan rejim Ba'ath ditentang oleh Eshkol. [29] Kejadian-kejadian di sempadan berganda dan banyak pemimpin Arab, termasuk para pemimpin politik dan tentera, meminta untuk menamatkan tindakan balas Israel. Mesir, yang ketika itu mencuba merebut kedudukan yang utama di dalam dunia Arab di bawah Nasser, turut menyertai pengisytiharan-pengisytiharan itu dengan rancangan untuk menenterakan semula Sinai. Syria berkongsi pandangan-pandangan itu, walaupun tidak menyediakan diri untuk serangan segera. Kesatuan Soviet menyokong keperluan tentera negara-negara Arab secara aktif. Laporan risikan Soviet yang mendakwa bahawa angkatan-angkatan tentera Israel sedang berkumpul di sepanjang sempadan Syria diberikan kepada Naib Presiden Mesir, Anwar Sadat, oleh Nikolai Podgorny, Presiden Soviet. Pada 13 Mei, laporan Soviet yang bohong itu didedahkan. [30] [31]

Pengunduran Pasukan Kecemasan PBB[sunting | sunting sumber]

Pada pukul 10.00 malam 16 Mei, Jeneral Indar Jit Rikhye, komander Pasukan Darurat PBB Pertama (UNEF), diberikan sepucuk surat daripada Jeneral Mohammed Fawzy, Ketua Turus Kesatuan Republik Arab, yang berbunyi: "Untuk makluman anda, saya telah mengarahkan semua angkatan tentera Kesatuan Republic Arab supaya menyediakan diri untuk tindakan terhadap Israel jika negara itu melakukan sebarang tindakan yang agresif terhadap mana-mana satu negara Arab. Disebabkan arahan-arahan ini, angkatan-angkatan tentera kita kini tertumpu di sempadan timur kita di Sinai. Atas kepentingan keselamatan yang menyeluruh bagi pasukan-pasukan darurat PBB yang ditempatkan di kubu-kubu pengawasan pada sepanjang sempadan kita, saya meminta agar anda mengarahkan pengunduran semua angkatan tentera itu dengan segera." Rikhye berkata bahawa beliau akan melaporkan kepada Setiausaha Agung untuk mendapat arahan-arahan lanjutan. [32]

U Thant, Setiausaha Agung PBB, mencuba untuk berunding dengan kerajaan Mesir tetapi pada 18 Mei, Menteri Luar Negeri Mesir memberitahu negara-negara yang mempunyai angkatan tentera di UNEF bahawa misi UNEF di Mesir dan Jalur Gaza telah ditamatkan dan mereka itu harus bertolak dengan serta merta. Angkatan tentera Mesir juga menghalang angkatan-angkatan tentera UNEF daripada memasuki kubu-kubu mereka. Kerajaan-kerajaan India dan Yugoslavia memutuskan untuk menarik balik semua angkatan tentera mereka daripada UNEF, tanpa mengira keputusan U Thant. Ketika kesemua ini sedang berlangsung, U Thant mencadangkan bahawa UNEF berpindah ke sebelah sempadan Israel, tetapi Israel menolak cadangan ini. Wakil Tetap Mesir kemudian memberitahu U Thant bahawa kerajaan Mesir telah memutuskan untuk menamatkan kehadiran UNEF di Sinai dan Jalur Gaza, dan meminta langkah-langkah diambil untuk semua pasukan darurat berundur dengan secepat mungkin. Pada 19 Mei, komander UNEF diberikan perintah untuk berundur. [33][34] Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir, kemudian memulakan penenteraan semula Sinai, dan menumpukan kereta-kereta kebal dan angkatan-angkatan tentera di sempadannya dengan Israel.

Selat Tiran[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Mei, Mesir mengumumkan bahawa mulai dari 23 Mei, Selat Tiran akan ditutup untuk "semua kapal yang mengibarkan bendera Israel atau membawa bahan-bahan strategik". [35] Nasser juga menyatakan, "Jangan sekali-kali membenarkan bendera Israel melalui Teluk Aqaba." Sedangkan kebanyakan perdagangan Israel menggunakan pelabuhan-pelabuhan Mediterranean, dan menurut John Quigley, walaupun kapal-kapal dengan bendera Israel tidak pernah menggunakan pelabuhan Eilat sejak dua tahun sebelum Jun 1967, minyak yang dibawa oleh kapal-kapal dengan bendera bukan Israel merupakan import yang amat penting kepada Israel. [36] [37] Terdapat kekaburan tentang darjah keketatan kepungan itu, khususnya tentang soalan adakah itu juga melibatkan kapal-kapal bukan bendera Israel.

Memetik undang-undang antarabangsa, [38] Israel menganggap bahawa Mesir telah menyalahi undang-undang apabila negara itu menutup Selat Tiran, dan menyatakan bahawa ia akan menganggap kepungan itu sebagai suatu casus belli pada tahun 1957 apabila ia berundur dari Sinai dan Gaza. [39] Negara-negara Arab mempertikaikan hak laluan Israel terhadap Selat Tiran kerana mereka tidak memeterai Konvensyen Laut Wilayah dan Zon Berdampingan khususnya kerana Perkara 16(4) memberikan hak itu kepada Israel. [40] Dalam perdebatan-perdebatan Perhimpunan Agung PBB sejurus selepas perang, banyak negara mengemukakan alasan bahawa walaupun jika undang-undang antarabangsa memberikan hak laluan kepada Israel, Israel tidak berhak menyerang Mesir untuk menuntut haknya kerana penutupan itu tidak merupakan "serangan bersenjata" seperti yang ditakrifkan oleh Perkara 51 dalam Piagam PBB. Begitu juga, John Quigley, profesor undang-undang antarabangsa memperdebatkan bahawa di bawah doktrin kekadaran, Israel hanya berhak untuk menggunakan kuasa yang mencukupi untuk memperoleh hak laluannya. [41]

Israel melihatkan penutupan selat itu dengan cemas dan meminta Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk membuka Selat Tiran seperti yang dijamin oleh mereka pada tahun 1957. Cadangan Harold Wilson untuk sebuah angkatan tentera laut antarabangsa yang dapat mematahkan krisis ini diterimaguna oleh Presiden Johnson tetapi tidak menerima banyak sokongan, dengan hanya Britain dan Belanda menawarkan sumbangan kapal-kapal.

Mesir dan Jordan[sunting | sunting sumber]

May 30, 1967. Hussein dari Jordan dan Nasser dari Mesir menandatangani pakatan ketenteraan

Ideoologi Nasser berbentuk pan-Arabisme telah mendapat banyak sokongan di Jordan (di sebalik Hussein, yang merasakan ia mencabar kewibawaannya); dan oleh itu, pada 30 Mei, Jordan telah menandatangani satu pakatan ketenteraan dengan Mesir, oleh itu ia bergabung dengan persekutuan tentera di antara Mesir dan Jordan. Presiden Nasser, yang mana telah melabel Raja Hussein seorang "imperialist lackey" beberapa hari awal sebelumnya, mengisytiharkan: "Objektif asas kita adalah kemusnahan Israel. Orang-orang Arab ingin berperang." [42]

Pada hujung 1967, tentera-tentera Jordan telah diletakkan dibawah Jeneral Mesir, Jeneral Abdul Munim Riad. [43] Ini meletakkan tentera-tentera Arab hanya 17 kilometer daripada teluk Israel, satu titik jump-off daripada serangan yang dirancang dengan sempurna boleh membelah Israel kepada dua dalam setengah jam. Serangan yang dirancang seperti itu dipandang berat oleh pemerintah Israel sebagai satu ancaman kepada kewujudan Israel. Pada hari yang sama, Nasser mendakwa: "Tentera-tentera Mesir, Jordan, Syria dan Lubnan are poised on the borders of Israel ... untuk menghadapi cabaran, manakala berdiri di belakang kita adalah tentera-tentera Iraq, Algeria, Kuwait, Sudan dan seluruh Arab. Tindakan ini akan memeranjatkan dunia. Hari ini mereka akan kenal bahawa orang-orang Arab telah disusun rapi untuk pertempuran, masa kritikal telah pun sampai. Kami telah sampai ke peringkat tindakan serius dan bukan hanya declarasi-deklarasi."[44] Israel telah menyeru Jordan beberapa kali untuk menahan diri daripada permusuhan. Bagaimanapun, Hussein, telah berada di hujung tanduk, berada di dalam dilema: membenarkan Jordan dibawa ke dalam peperangan dan menerima padah daripada tindakbalas Israel, atau mengekalkan keneutralan dan menerima risiko berskala penuh kebangkitan daripada orang-orangnya sendiri. Army Commander-in-Chief General Sharif Zaid Ben Shaker warned in a press conference that "If Jordan does not join the war a civil war will erupt in Jordan". [45]

Nasser, disokong oleh negara-negara Arab, menyepak Israel ke dalam Teluk Aqaba. Kartun Pra-peperangan 1967. Akhbar Al-Jarida, Lubnan.

Israel mempunyai pandangannya sendiri berkenaan dengan peranan masa depan Jordan yang mengawal Tebing Barat. Ini akan meletakkan askar-askar Arab hanya 17 kilometer daripada pantai Israel, satu titik perubahan di mana satu serangan kereta kebal terancang boleh membelah Israel kepada dua dalam masa dua jam. Walaupun saiz tentera Jordan bermakna bahawa Jordan mungkin tidak berupaya melaksanakan latihan ketenteraan berkenaan, negara berkenaan dianggap sebagai mempunyai sau sejarah dipergunakan oleh negara-negara Arab yang lain sebagai pentas bagi operasi melawan Israel; oleh itu, serangan daripada Tebing Barat dilihat oleh Israel sebagai satu ancaman bagi kewujudan Israel. Pada masa yang sama negar-negara Arab yang tidak bersempadan dengan Israel, termasuklah Iraq, Sudan, Kuwait dan Algeria, mula menggerakkan tentera mereka.

Aliran kepada peperangan[sunting | sunting sumber]

Dalam ucapannya kepada orang-orang Arab kesatuan peniagaan pada Mei 26, Nasser mengisytiharkan: "Sekiranya Israel memulakan kekasarannya terhadap Syria atau Mesir, pertempuran ini akan menjadi sesuatu yang umum... dan objektif dasar kita adalah untuk menghancurkan Israel."[46]

Menteri Luar Israel Abba Eban telah menulis di dalam biografinya bahawa apabila dia telah diberitahu oleh U Thant mengenai janji Nasser untuk tidak menyerang Israel beliau telah dapati jaminan yang meyakinkan bahawa "...Nasser tidak mahu peperangan; beliau hanya inginkan kemenangan tanpa peperangan". [47] [48] Menulis dari Mesir pada 4 Jun 1967 New York Times wartawan James Reston mempunyai pandangan : "Kaherah tidak mahu peperangan dan ia sudah tentu tidak bersedia untuk peperangan. Tetapi ia telah pun menerima kemungkinan, walaupun hanya kemungkinan, seperti peperangan, seolah-olah ia telah kehilangan kawalan." [49]

Dalam satu ucapan di Kolej Pertahanan Kebangsaan Israel, Menachem Begin telah menyatakan bahawa Israel telah merupakan seorang yang telah membuat keputusan untuk menyerang: "Kepadatan Tentera Mesir di Sinai tidak membuktikan bahawa Nasser betul-betul untuk menyerang mereka. Kita mesti jujur dengan diri kita. Kita telah mengambil keputusan untuk menyerang mereka." Walau bagaimanapun, beliau telah mengingatkan penontonnya kepada peperangan-peperangan lalu di mana orang-orang Arab yang merupakan orang yang telah membuat keputusan terakhir untuk menyerang . Setiap daripada mereka telah membuat jenayah dahsyat kepada nyawa manusia di Israel, naik kepada 1% daripada jumlah populasi dalam Peperangan Kemerdekaan. Sebagai contoh ini, beliau telah merasakan bahawa pre-emptive yelah dijustikfikasikan, dan oleh itu dengan cepat-cepat mereka menambah: "Ini merupakan satu peperangan pertahanan diri dalam satu bentuk yang paling mulia." [50] Menulis dalam tahun 2002 orang Amerika wartawan Radio Awam KebangsaanMike Shuster telah menzahirkan pandangan bahawa satu pandangan yang penting di Israel sebelum peperangan ialah negara "telah dikelilingi oleh negara-negara Arab yang berdedikasi kepada kemusnahan yang diperintah oleh Mesir yang diperintah oleh Gamal Abdel Nasser, seorang nasionalisme di mana tentera Mesir di mana ia nmerupakan tentera yang paling kuat di negara-negara Arab Teluk. Syria telah diperintah oleh Parti Ba'ath yang radikal, tidak henti-henti menghantar ancaman-ancaman menolak Israel ke dalam laut." [51] Dengan apa yang Israel nampak sebagai satu tindakan provokasi oleh Nasser, termasuklah penyekatan Teluk dan pergerakan askar di Sinai, mencipta tekanan ketenteraan dan ekonomi, dan Amerika Syarikat berlengah-lengah disebabkan mereka terperangkap di dalam Perang Vietnam, elit ketenteraan dan elit politik Israel telah mula untuk merasakan bahawa penjadualan pintas (preemptive) bukan hanya lebih disukai, tetapi transformatif.

Diplomasi dan pengiraan risikan[sunting | sunting sumber]

Kabinet Israel telah membuat satu perjumpaan pada 23 Mei dan telah membuat keputusan untuk melancarkan serangan terlebih dahulu sekiranya Selat Tiran tidak dibuka pada 25 Mei. Berikutan satu pendekatan daripada Setiausaha Negara AS Eugene Rostow untuk membenarkan masa untuk rundingan sebagai satu penyelesaian tanpa keganasan, Israel telah bersetuju untuk menangguhkan serangan daripada sepuluh hari kepada dua minggu. [52]

Diberi taklimat terus mengenai penilaian CIA sebaliknya mencadangkan kebolehan ketenteraan Arab, Johnson, dalam kehadiran Setiausaha McNamara dan pegawai-pegawai kanan , mendengar Abba Eban pada 26 Mei 1967

Pada 26 Mei 1967, Menteri Luar Israel Abba Eban telah mendarat di Washington untuk memberitahu pentadbiran Amerika tentang keputusan muktamad tentang matlamat kedudukannya dalam peristiwa yang menyebabkan merebaknya peperangan ini. Sebaik sahaja Eban sampai, beliau telah diberikan satu pesanan kawat daripada kerajaan Israel. Pesanan itu menyatakan bahawa Israel telah mempelajari rancangan Mesir dan Syria untuk melancarkan satu peperangan kemusnahan terhadap Israel di dalam 48 jam yang akan datang. Eban telah bertemu dengan Setiasaha Negera Dean Rusk, Setiausaha Pertahanan Robert McNamara, dan akhirnya dengan Presiden Johnson. Pihak Amerika telah memaklumkan sumber risikan bahawa mereka tidak dapat menyokong dakwaan itu; kedudukan pihak Mesir masih lagi dalam kedudukan bertahan. Eban meninggalkan Rumah Putih dalam keadaan tidak keruan. Sejarawan Michael Oren menerangkan reaksi beliau: "Eban telah meradang. Tidak yakin bahawa samada Nasser bertekad atau malah boleh menyerang, beliau sekarang nampak bahawa pihak Israel membesar-besarkan ancaman Mesir - dan menayang-nayangkan kelemahan mereka - bagi menarik satu gesaan bahawa Presiden, dibatasi Kongres, tidak pernah membuatnya. 'Satu tindakan ketidaktanggungjawaban penting ... ganjil,aneh...' adalah perkataan-perkataan untuk kawat berkenaan, yang mana, beliau telah menulis, 'kurang bijaksana, kurang tepay dan kurang kefahaman taktikal. Tiada siapa yang benar mengenainya'." [53] Dalam satu syarahan pada tahun 2002, Oren telah berkata, "Johnson telah duduk sekeliling penasihat-penasihatnya dam berkata, ‘Macam mana sekiranya punca-punca risikan mereka lebih baik daripada kita?’ Johnson memutuskan untuk menghantar pesanan Hotline kepada rakan sejawatnya di Kremlin, Alexey Kosygin, dalam mana beliau telah berkata, ‘Kami dengar daripada Israel, tetapi kami tidak akan mengesahkannya, bahawa proksi anda di Timur Tengah, Mesir, sedang merancang untuk menyerang Israel dalam 48 jam yang akan datang. Jika kamu tidak mahu memulakan krisis global , halang mereka daripada berbuat demikian.’ At 2:30 a.m. on 27 May, Pesuruhjaya Soviet ke Mesir Dimitri Pojidaev telah mengetuk pintu Nasser dan telah membacakan satu surat peribadi daripada Kosygin yang mana beliau telah berkata, ‘Kita tidak mahu Mesir dari disalahkan kerana memulakan satu peperangan di Timur Tengah. Jika awak melancarkan serangan itu, kami tidak dapat menyokong kamu.’ `Amer berunding dengan rakannya di Kremlin, dan mereka telah mengesahkan bahan pesanan Kosygin. Putus harapan, Amer mengarahkan komander udara Mesir, Major Jeneral Mahmud Sidqi, bahawa operasi itu dibatalkan." [54] Merujuk kepada Timbalan Presiden Mesir Hussein al Shafei sebaik sahaja Nasser tahu apa yang Amer telah rancangkan beliau telah membatalkan operasi itu. [55]

Analisa CIA mengenai Peperangan Arab-Israel 1967. Mukasurat pertama draf "anggaran khas" yang mengjangkakan hasil daripada peperangan itu

Pada 30 Mei Nasser telah membalas permintaan Johnson sebelas hari sebelum itu dan bersetuju untuk menghantar timbalannya, Zakkariya Muhieddin, ke Washington pada 7 Jun untuk mengintai satu penyelesaian diplomatik dalam "pembukaan Rumah Putih yang nampak". [56] Setiausaha Negara AS Dean Rusk sangat kecewa dengan serangan terdahulu Israel pada 5 Jun yang mana beliau berupaya untuk mendapatkan penyelesaian diplomatik sekiranya mesyuarat itu diteruskan . [57] Sejarawan Michael Oren telah mencatatkan bahawa Rusk telah "tersangat marah " dan Johnson kemudiannya telah menulis bahawa "Saya tidak dapat menyembunyikan rasa kekesalan saya bahawa Israel telah memutuskan untuk melakukan apa yang telah dibuatnya". [58]

Di kalangan ahli politik Israel, adalah diputuskan bahawa jika AS tidak bertindak, dan jika UN tidak dapat bertindak, maka Israel akan bertindak. On 1 Jun, Moshe Dayan telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan Israel, dan pada 3 Jun, pentadbiran Johnson memberikan satu penyataan yang kabur; Israel kembali kepada persediaan untuk perang. Serangan Israel terhadap Mesir Jun 5 bermula apa yang disebut sebagai Perang Enam-Hari. Martin van Creveld menerangkan dorongan kepada peperangan: "...konsep bagi 'sempadan yang dipilih' bukan sebahagian daripada peperangan. Beliau juga bukan sebahagian daripada kamus IDF sendiri. Sesiapa yang melihat kepada falsafah tentera pada masa itu akan melakukannya dalam kesakitan. Dalam pada itu, komander-komander Israel berdasarkan pemikiran mereka pada perang 1948 terutamanya, kejayaan pada tahun 1956 ke atas Mesir. Apabila krisis 1967 meletus mereka merasakan mereka yakin akan kebolehan mereka untuk memenangi satu kemenangan yang 'betul, cepat and bergaya', sebagai satu daripada anggota mereka, Jeneral Haim Bar Lev, letakkannya, dan menekan kerajaan mereka untuk memulakan peperangan secepat yang mungkin". [59]

Askar-askar tempur[sunting | sunting sumber]

Beberapa komander Nasser mempercayai bahawa Mesir tidak berada di dalam kedudukan untuk berperang. Sepertiga daripada pasukannya menjadi buntu dalam satu peperangan saudara di believedYaman, manakala komunikasi tentera dan laluan bekalan mereka dalam keadaan yang teruk. Dalam bulan Mei 1967 tentera Mesir telah mempunyai kekuatan sebanyak 150,000, tetapi 50,000-70,000 askar, termasuklah unit-unit elit, telah berperang di Yaman. [60] Keambivalenan sikap Nasser terhadap matlamat dan objektifnya telah dicerminkan dalam arahannya kepada tentera. Staf jeneral telah menukar rancangan operasinya empat kali dalam bulan Mei 1967, dengan setiap perubahannya memerlukan kependudukan askar-askarnya pada lokasi yang baru, dengan harga yang tinggi kepada kedua-dua askar dan kenderaannya. Menjelang Mei Nasser akhirnya melarang staf jeneral dari meneruskan rancangan Qahir ("Kemenangan"), yang mana memanggil skrin infantri dalam pengubuan hadapan dalam pukal pasukan telah dihalang daripada memimpin serangan besar-besaran kembali terhadap kemajuan Israel apabila dikenalpasti, dan telah mengarahkan satu pertahanan hadapan Sinai. [61] Dalam pada masa yang sama, beliau berniat untuk menambah aras mobilasi Mesir, Syria dan Jordan, dalam usaha untuk menambah tekanan takterhingga kepada Israel.

Tentera Jordan mempunyai kekuatan sebanyak 55,000, [62] tetapi ia juga telah terlibat dalam peperangan di Yaman. Tentera Syria mempunyai 75,000 ahli. [63].

Tentera Israel mempunyai sejumlah kekuatan termasuklah simpanan sebanyak 264,000. [64] James Reston, menulis dalam New York Times pada 23 Mei 1967 bertulis, "Dalam disiplin, latihan, moral, peralatan dan persaingan umum tentera [Nasser] dan pasukan-pasukan Arab, tanpa pertolongan langsung daripada Kesatuan Soviet, tidak dapat menandingi tentera Israel... walaupun dengan pasukan sebanyak 50,000 dan dengan jeneral-jeneral dan tentera udara di Yaman, beliau tidak berupaya untuk menyelesaikan caranya di dalam negara yang begitu kecil dan primitif, malah usahanya untuk membantu pemberontak Congo adalah satu kegagalan." [65]

Pada petang 1 Jun, menteri pertahanan Israel Moshe Dayan telah memanggil Ketua Staff Yitzhak Rabin dan GOC, Southern Command Brigadier General Yeshayahu Gavish untuk mempersembahkan rancangan-rancangan yang boleh dilaksananakan terhadap Mesir. Rabin telah sudah mencipta satu rancangan yang mana Southern Command dapat melawan sehingga ke Jalur Gaza dan kemudian memegang wilayah tersebut dan menjadikan warga di sana sebagai tebusan sehingga Mesir bersetuju untuk membuka kembali Selat Tiran manakala Gavish telah sudah mempunyai satu rancangan yang lebih komprehensif yang menyeru kepada kemusnahan askar-askar Mesir di Sinai. Rabin bersetuju dengan rancangan Gavish, yang kemudiannya telah diluluskan oleh Dayan dengan perhatian bahawa apa-apa tentangan serentak terhadap Syria seharusnya dielakkan.[66]

Taktik peperangan[sunting | sunting sumber]

Serangan Udara Awal[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Operasi Fokus

Pergerakan Israel yang pertama dan paling penting adalah serangan pre-emptif terhadap Tentera Udara Mesir. Ia merupakan tentera udara termoden dan terbesar di kalangan tentera udara Arab, mengandungi lebih kurang 450 pesawat kombat, kesemuanya merupakan buatan Soviet dan baru.

Satu daripada yang dikhuatiri oleh Israel adalah 30 buah pengebom sederhana TU-16 Badger, yang berkebolehan untuk memberikan kerosakan besar kepada pusat awam dan ketenteraan Israel. [67] Pada 5 Jun pukul 7:45 masa Israel, Siren pertahanan awam telah dibunyikan seluruh Israel, Tentera Udara Israel (IAF) telah melancarkan Operasi Fokus (Moked). Keseluruhan 200 jet kecuali 12 yang boleh beroperasi [68] telah meninggalkan kawasan udara Israel dalam satu serangan massa menentang lapangan udara Mesir. [69] Infrastruktur pertahanan Mesir memang amat lemah, dan tiada lapangan terbang udara masih belum lagi dilengkapi dengan bunker bersenjata yang berkebolehan untuk mempertahankan kapalterbang-kapalterbang tentera udara Mesir dalam satu serangan. Kapalterbang-kapalterbang udara Israel telah menuju ke LautMediterranean sebelum berpusing ke Mesir. Dalam pada itu, pihak Mesir menghalang pertahanan mereka sendiri dengan menutup keseluruhan pertahanan udara secara efektif: mereka takut jika penentang Mesir akan menembak jatuh kapalterbang yang membawa seluruh Field Marshal Amer dan Lt-Gen. Sidqi Mahmoud, yang berada di dalam perjalanan daripada al Maza ke Bir Tamada dalam Sinai untuk bertemu dengan komander yang bertugas di sana. Dalam peristiwa ini memang tidak banyak bezanya kerana juruterbang-juruterbang terbang di bawah liputan radar dan sesuai di bawah titik terendah yang mana bateri misil SA-2 daratan-ke-udara akan menjatuhkan kapalterbang tersebut. [70] Israel telah menggunakan strategi serangan campuran; pengeboman dan tembakan yang bertubi-tubi terhadap pesawat, dengan bom penembusan landasan terbang digunakan yang menyebabkan landasan terbang tidak berguna kepada pesawat-pesawat yang tidak musnah dan oleh itu, menjadikannya sasaran yang tidak berupaya untuk gelombang-gelombang serangan Israel yang kemudian. Kejayaan serangan itu menjangkaui apa-apa yang diharapkan oleh perancang-perancangnya. Ia memusnahkan hampir seluruh Tentera Udara Mesir di daratan, tanpa banyak pengorbanan Israel. Melebihi 300 buah pesawat Mesir dimusnahkan, dengan 100 orang juruterbang Mesir dibunuh. [71] Israel hilang 19 buah pesawat dengan kebanyakannya merupakan kehilangan pengendalian, iaitu kegagalan mekanik, kemalangan, dan sebagainya. Serangan ini menjamin keunggulan udara Israel pada sepanjang perang yang berikut.

Sebelum peperangan ini, para kakitangan di lapangan telah berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk memasang pulih dengan pantas pesawat-pesawat yang pulang daripada serangan utara dan oleh itu, membolehkan setiap pesawat membuat serangan utara sehingga empat kali sehari (bertentangan dengan norma tentera udara Arab yang hanya dapat membuat satu atau dua serangan udara setiap hari). Ini membolehkan IAF menurunkan banyak gelombang serangan terhadap lapangan-lapangan terbang Mesir pada hari perang yang pertama, dan mengalahkan Tentera Udara Mesir. Ini juga menyebabkan orang Arab mempercayai bahawa IAF dibantu oleh tentera-tentera utara yang asing (sila lihat di bahagian bawah).

Menyusul kejayaan gelombang-gelombang serangan permulaan terhadap lapangan-lapangan terbang Mesir yang utama, serangan-serangan susulan dibuat pada akhir hari pertama terhadap lapangan-lapangan terbang yang lebih kecil serta lapangan-lapangan Jordan, Syria, dan juga Iraq. Pada sepanjang tempoh perang, pesawat-pesawat Israel meneruskan tembakan yang bertubi-tubi terhadap landasan-landasan terbang Mesir untuk mencegah pemulihannya.

Kesimpulan pertempuran dan keadaan pasca peperangan[sunting | sunting sumber]

Menjelang 10 Jun, Israel telah siap serangan terakhirnya di Bukit Golan dan satu gencatan senjata dimeterai pada hari yang berikut. Ketika itu, Israel telah menawan Jalur Gaza, Semenanjung Sinai, Tebing Barat di Sungai Jordan (termasuk Jerusalem Timur), dan Bukit Golan. Pada keseluruhannya, kawasan wilayah Israel bertambah tiga kali ganda, termasuk lebih kurang sejuta orang Arab yang diletakkan di bawah kawalan langsung Israel di wilayah-wilayah yang baru ditawan. Kawasan Israel bertambah sehingga sekurang-kurang 300 kilometer ke selatan, 60 kilometer ke timur, dan 20 kilometer ke utara. Kawasan utara ini yang mempunyai rupa bumi yang amat berceranggah merupakan aset keselamatan yang terbukti amat berguna dalam Perang Arab-Israel 1973 pada enam tahun kemudian.

Pentingnya Perang 1967 dari segi politik amat besar. Israel telah menunjukkan bahawa ia bukan sahaja dapat, tetapi juga sudi memulakan serangan-serangan strategik yang dapat mengubahkan keseimbangan wilayah. Mesir dan Syria membelajari pengajaran taktikal, tetapi mungkin bukannya yang strategik, dan kemudian melancarkan serangan pada tahun 1973 dalam satu percubaan untuk menuntut semula wilayah yang ditawan oleh Israel.

Menurut Chaim Herzog:

Pada 19 Jun, 1967, Kerajaan Perpaduan Kebangsaan [Israel] mengundi dengan sebulat suara untuk mengembalikan Sinai kepada Mesir dan Bukit Golan kepada Syria sebagai balasan untuk persetujuan-persetujuan keamanan. Selain itu, Israel memerlukan Bukit Golan dijadikan kawasan bebas tentera, serta persediaan khas untuk perundingan terhadap persoalan Selat Tiran. Kerajaan Israel juga membuat ketetapan untuk memulakan perundingan dengan Raja Hussein dari Jordan mengenai sempadan timurnya. [72]

Menurut apa yang dirancang, keputusan Israel akan disampaikan ke negara-negara Arab melalui Amerika Syarikat. Bagaimanapun, walaupun Amerika Syarikat diberitahu tentang keputusan ini, ia tidak diberitahu bahawa Israel memerlukan bantuannya untuk menyampaikan keputusan ini kepada Mesir dan Syria. Oleh itu, sesetengah ahli sejarah mendakwa bahawa Mesir dan Syria tidak pernah menerima tawaran itu. [73]

Kemudian, Persidangan Kemuncak Arab Khartoum membuat ketetapan bahawa "tidak akan adanya sebarang keamanan, pengiktirafan, atau perundingan dengan Israel". Bagaimanapun, sebagaimana yang Avraham Sela memerhatikan, persidangan Khartom menandakan secara berkesan suatu peralihan tanggapan pertempuran negara-negara Arab daripada persoalan tentang kesahan Israel kepada persoalan wilayah dan sempadan dan ini ditegaskan pada 22 November ketika Mesir dan Jordan menerima Ketetapan 242. [74]

Keputusan kabinet pada 19 Jun tidak merangkumi Jalur Gaza dan oleh itu, mengakibatkan kemungkinan Israel untuk memperoleh sebahagian Tebing Barat secara kekal. Pada 25 - 27 Jun, Israel menggabungkan Jerusalem Timur bersama kawasan-kawasan Tebing Barat di utara dan selatan ke dalam kawasan perbandaran Jerusalemnya melalui sempadan-sempadan yang baru.

Lagi satu aspek peperangan adalah mengenai para penduduk yang menghuni di wilayah-wilayah yang ditawan: antara sekitar sejuta orang Palestin di Tebing Barat, 300,000 (menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat) melarikan diri ke Jordan dan menyumbangkan kepada pergolakan yang semakin bertambah di sana. 600,000 orang yang lain [75] kekal di Tebing Barat. Di Dataran Tinggi Golan, sebanyak 80,000 orang Syria dianggarkan melarikan diri. [76] Hanya para penghuni Jerusalem Timur dan Dataran Tinggi Golan dibenarkan menerima hak kediaman Israel yang terhad apabila Israel mengilhakkan wilayah-wilayah tersebut pada awal dekad 1980-an. Lihat juga Pertempuran Israel-Palestin.

Kedua-dua Jordan dan Mesir akhirnya menarik balik tuntutan masing-masing terhadap Tebing Barat dan Gaza (Sinai dikembalikan berdasarkan Perjanjian Kem David pada tahun 1978, dan persoalan Dataran Tinggi Golah masih dirundingkan dengan Syria). Selepas penaklukan 'wilayah-wilayah' baru ini oleh Israel, sebuah usaha penempatan yang besar dilancarkan oleh Israel untuk bertapak secara kekal. Terdapat ratusan ribu peneroka Israel di wilayah-wilayah tersebut pada hari ini, walaupun petempatan-petempatan Israel di Gaza telah dipindahkan dan dimusnahkan pada Ogos 2005 sebagai sebahagian rancangan pengunduran satu pihak Israel. Korban perang, jauh daripada jangkaan Israel yang teruk, adalah agak rendah, dengan 338 orang askar di bunuh di barisan hadapan Mesir, 300 orang di barisan hadapan Jordan, dan 141 orang di barisan hadapan Syria. Mesir hilang 80% daripada kelengkapan tenteranya, dengan 10,000 orang askar dan 1,500 orang pegawai dibunuh, 5,000 orang askar dan 500 orang pegawai ditangkap, [77] serta 20,000 orang tercedera. [78] Jordan mengalami 6,000-7,000 orang askar dibunuh dan mungkin antara 12,000 - 20,000 orang tercedera. [79] Syria pula mengalami 2,500 orang askar terbunuh dan 5,000 orang tercedera, dengan separuh daripada jumlah kereta kebalnya serta hampir seluruh meriam yang terletak di Dataran Tinggi Golan dimusnahkan. [80] Pengiraan rasmi korban Iraq ialah 10 orang askar dibunuh dan lebih kurang 30 orang tercedera. [81]

Perang 1967 juga menyediakan asas untuk perbalahan masa hadapan di kawasan ini. Pada 22 November 1967, Majlis Keselamatan PBB meluluskan Ketetapan 242, formula "tanah untuk keamanan", yang memerlukan pengunduran Israel "dari wilayah-wilayah yang diduduki" pada tahun 1967 sebagai balasan untuk "penamatan semua tuntutan atau keadaan perang". Walaupun demikian, para pencipta Ketetapan 242 mengesan bahawa setakat penyesuaian wilayah mungkin diperlukan dan oleh itu, dengan sengaja tidak memasukkan perkataan "all" atau "the" (iaitu semua) dalam versi teks bahasa Inggeris yang rasmi ketika merujuk kepada "wilayah-wilayah yang diduduki" semasa perang, walaupun perkataan padanan tersebut dimasukkan dalam versi-versi yang lain, khususnya versi-versi Perancis, Sepanyol, dan Rusia. Ketetapan tersebut mengiktiraf hak "setiap negara di kawasan itu" — khususnya Israel — untuk "mendiami dalam keamanan di dalam sempadan-sempadan yang selamat dan diiktiraf, bebas daripada semua ancaman atau tindakan kuasa." Israel memulangkan Sinai kepada Mesir pada tahun 1978 selepas Persetujuan Kem David, dan mengundurkan diri sama sekali dari Jalur Gaza pada musim panas tahun 2005.

Pertuduhan dan pendakwaan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Peristiwa-peristiwa Perang Enam Hari yang dramatik telah menimbulkan sebilangan tuduhan terhadap kekejaman serta dakwaan-dakwaan dan teori-teori yang penuh dengan perbalahan.

Angkatan Tentera Israel membunuh tawanan perang Mesir[sunting | sunting sumber]

7 Jun 1967: Askar Israel mengawal tawanan-tawanan perang Mesir di El Arish (Shabtai Tal).

Dalam sebuah temu bual untuk Radio Israel pada 16 Ogos 1995, Aryeh Yitzhaki yang dahulu bertugas di Pusat Pengajian Sejarah IDF di Universiti Bar-Ilan mendakwa bahawa unit-unit IDF membunuh sehingga 1,000 orang Mesir yang telah meninggalkan senjata mereka dan melarikan diri masuk ke dalam gurun semasa peperangan. Dakwaan-dakwaan itu menerima perhatian yang meluas di Israel serta di seluruh dunia. Bagaimanapun, Yitzhaki kemudian kedapatan merupakan seorang ahli Parti Tsomet yang diketuai oleh Rafael Eitan. Bekas majikannya, Meir Pa'il, mengagak bahawa Yitzhaki mempunyai niat terselindung untuk mengalihkan perhatian awam daripada pendedahan oleh pesara Jeneral Arye Biro tentang pembabitan Yitzhaki dalam pembunuhan 49 orang tawanan perang dalam peperangan 1956.

Walaupun dakwaan Yitzhaki bahawa sehingga 1,000 orang tawanan telah dibunuh tidak pernah disahkan, banyak orang askar tampil ke depan semasa perdebatan negara di Israel yang penuh dengan perbalahan untuk mengatakan bahawa mereka telah menyaksikan pembunuhan tawanan tidak bersenjata. Pembalasan awam yang lama disekat telah bermula. Ahli sejarah ketenteraan Israel, Uri Milstein, dilaporkan berkata bahawa banyak kejadian yang serupa telah berlaku dalam peperangan itu: "Itu bukan dasar rasmi, tetapi terdapat suasana bahawa perbuatan itu tidak salah. Sesetengah komander memutuskan untuk membuatnya; ada yang enggan berbuat demikian. Tetapi setiap orang tahu akan perkara itu".

Suatu perintah umum IDF pada 11 Jun 1967 khususnya melarang sebarang pembunuhan tawanan, dan menjelaskan kedudukan rasmi Israel. Bagaimanapun, tidak terdapat sebarang dokumen rasmi Israel yang membenarkan skala pembunuhan untuk ditaksirkan dengan tepat.

Menurut laporan akhbar New York Times pada 21 September 1995, kerajaan Mesir telah mengumumkan penemuan dua buah kubur beramai-ramai yang tidak dalam di El Arish, Sinai, yang mengandungi jasad 30-60 tawanan Mesir yang ditembak oleh askar-askar Israel semasa peperangan 1967. Israel dilaporkan menawarkan ganti rugi kepada keluarga mangsa-mangsa tersebut.

Menurut rekod-rekod rasmi Israel, sebanyak 4,338 askar Mesir telah ditangkap oleh IDF, manakala hanya 11 orang askar Israel telah ditangkap oleh angkatan tentera Mesir. Pertukaran tawanan disiapkan pada 23 Januari 1968.

Sokongan Amerika Syarikat dan British[sunting | sunting sumber]

Sesetengah orang Arab mempercayai bahawa Amerika Syarikat dan Britain memberikan sokongan yang aktif kepada Tentera Udara Israel. Dakwaan-dakwaan tentang sokongan pertempuran Amerika Syarikat dan British kepada Israel bermula pada hari kedua peperangan tersebut. Radio Cairo dan akhbar kerajaan Al-Ahram membuat sebilangan dakwaan, antaranya:

  • pesawat-pesawat daripada kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat dan British membuat serangan terhadap angkatan tentera Mesir;
  • pesawat-pesawat Amerika Syarikat yang ditempatkan di Libya menyerang Mesir; dan
  • satelit pengintip Amerika Syarikat membekalkan imej-imej kepada Israel.

Kedua-dua Syria dan Jordan membuat laporan-laporan yang serupa dalam siaran-siaran Radio Damascus dan Radio Amman. Dakwaan-dakwaan ini juga diulangi oleh Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser, dalam ucapan peletakan jawatannya pada 9 Jun (peletakan jawatannya ditolak). Kedua-dua London dan Washington menafikan dakwaan-dakwaan ini dengan kuat, dan tidak terdapat sebarang bukti untuk menyokong dakwaan tersebut. Dalam lingkungan kerajaan Amerika Syarikat dan British, dakwaan-dakwaan ini dengan cepatnya dikenali sebagai 'bohong besar'. Walaupun begitu, dakwaan-dakwaan bahawa orang-orang Arab sedang bertempur dengan Amerika Syarikat serta Britain, dan bukannya hanya dengan Israel, berterusan dalam dunia Arab.

Menurut Elie Podeh, ahli sejarah Israel: "Semua buku teks sejarah Mesir selepas 1967 mengulangi dakwaan bahawa Israel melancarkan peperangan itu dengan sokongan daripada Britain dan Amerika Syarikat. Pemerihalan itu juga mengasaskan perkaitan langsung antara peperangan 1967 dengan percubaan-percubaan imperialis yang dahulu untuk menguasai dunia Arab, dan menggambarkan Israel sebagai satu konco imperialis. Pengulangan kisah dongeng ini, dengan hanya sedikit perubahan, dalam semua buku teks sejarah bermaksud bahawa semua kanak-kanak sekolah Mesir telah didedahkan dan diindoktrinasikan dengan cerita pakatan sulit itu." Sebuah telegram bimbingan British ke kubu-kubu Timur Tengah menyimpul: "Keengganan Arab untuk menolak semua versi bohong besar itu berasal sebahagiannya daripada keperluan untuk mempercayai bahawa askar-askar Israel tidak dapat menewaskan mereka dengan begitu teruk tanpa bantuan luar." [82]

Ahli-ahli sejarah seperti Michael Oren memperdebatkan bahawa dengan mengenakan tuduhan salah terhadap Amerika Syarikat dan Britain kerana membantu Israel secara langsung, pemimpin-pemimpin Arab sedang mencuba memperoleh bantuan ketenteraan yang aktif daripada Kesatuan Soviet untuk diri sendiri. Bagaimanapun, pihak Soviet mengetahui bahawa dakwaan-dakwaan bantuan asing terhadap Israel itu tidak berasas, dan memberitahu diplomat-diplomat Arab di Moscow tentang fakta ini. Walaupun kerajaan Soviet tidak mempercayai tuduhan-tuduhan itu, media Soviet meneruskan pemetikan tuduhan-tuduhan tersebut dan dengan itu, mengukuhkan kebolehpercayaan laporan-laporan itu. Sebagai tindak balas terhadap dakwaan-dakwaan itu, negara-negara pengeluar minyak Arab kemudian mengumumkan sekatan minyak.

Dalam sebuah temu bual pada tahun 1993, Robert McNamara, Menteri Pertahanan Amerika Syarikat, mendedahkan bahawa keputusan untuk menempatkan Armada Keenam Amerika Syarikat di Mediterranean Timur untuk mempertahankan Israel, jika perlu, telah mencetuskan krisis antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Armada tersebut sedang menjalani latihan tentera laut berhampiran dengan Gibraltar ketika itu. McNamara tidak menerangkan bagaimana krisis itu diatasi.

Dalam bukunya, Enam Hari, Jeremy Bowen, wartawan BBC, mendakwa bahawa semasa krisis itu, kapal-kapal dan pesawat-pesawat Israel membawa simpanan senjata British dan Amerika Syarikat dari tanah British.

Desakan Soviet[sunting | sunting sumber]

Terdapat teori-teori bahawa seluruh Perang 1967 merupakan satu percubaan yang tidak senonoh oleh Kesatuan Soviet untuk mengakibatkan ketegangan antara Jerman Barat dengan negara-negara Arab melalui menonjolkan sokongan Jerman Barat terhadap Israel.

Dalam sebuah makalah pada tahun 2003, Isabella Ginor membutirkan dokumen-dokumen GRU Soviet yang mencadangkan rancangan tersebut. Beliau juga memperincikan risikan salah yang diberi kepada Mesir yang mendakwa tentang pembesaran angkatan tentera berhampiran dengan Bukit Golan, Syria. [83]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Penglibatan individu utama[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Israel dan Palestinians secara mendalam, 1967: Perang Enam Hari, laman web BBC. URL dimasuk 14 Mei, 2006.
  2. "serangan pra-tentang pada Mesir."BBC pada hari ini, laman web BBC. URL dimasuk 14 Mei, 2006.
  3. "Israel melancarkan serangan pra-tentang pada 5 Jun" Timurtgn 101: Perang Enam Hari, laman web CNN. URL dimasuk 14 Mei, 2006.
  4. "Kebanyakan sejarawan kini setuju yakni walaupun Israel serang dahulu, serangan pra-tentang ini adalah pertahanan secara semulajadi." Timurtgh: Konflik Berabad Bhgn 4: Perang Enam Hari 1967, NPR edisi pagi, 3 Oktober, 2002. URL dimasuk 14 Mei, 2006.
  5. "Pada Jun 1967, Mesir, Syria dan Jordan kumpulkan pasukan mereka pada sempadan Israel dalam persediaan untuk serangan habis-habisan." Timurtgh 101: Perang Enam Hari, laman web CNN. URL dimasuk 14 Mei, 2006.
  6. "Nasser... menutup Teluk Aqaba kepada perkapalan, memutus Israel dari bekalan minyak utamanya. Dia beritahu pengaman P.B.B di Semenanjung Sinai untuk pergi. Dia kemudian hantar jumlah kereta kebal dan beratus pasukan ke dalam Sinai lebih dekat ke Israel. Dunia Arab teramat seronok dengan sokongan," Timurtgh: Konflik berabad Bhgn 4: Perang Enam Hari 1967, NPR edisi pagi, 3 Oktober, 2002. URL dimasuk 14 Mei, 2006.
  7. " Timurtgh: Konflik Berabab Bhgn 4: Perang Enam Hari 1967, NPR edisi pagi, 3 Oktober, 2002. URL dimasuk 14 Mei, 2006.
  8. "Pada 5 Jun, Israel hantar pesanan kepada Hussein mendesak dia tidak untuk lepas tembakan. Meskipun kerangkan ke dalam Baitulmuqaddis barat, Netanya, dan pinggir tel Aviv, Israel tidak buat apa-apa." Perang Enam Hari dan Legasi Bertahannya, Institut Washington untuk Polisi Timur Dekat, 2 Julai, 2002.
  9. "Israel menjanjikan Jordan yakni jika mereka tidak serang Israel dahulu, Israel tidak akan sentuh posisi Jordan. Setelah tanya untuk 24 jam untuk fikir tentangnya, tentera Jordan lepas baraj artileri-berat pada Baitulmuqaddis barat, baik juga seperti sasarkan dari tengah negara. Tambahan, tentera Jordan merampas rumah kerajaan dan ibu pejabat P.B.B di Baitulmuqaddis." 1967-Six Day War, HistoryCentral.com. URL dimasuk 14 Mei, 2006.
  10. Rabil, 2003, pp. 17-18.
  11. Koboril and Glantz, 1998, pp. 129-130.
  12. Bowen, 2003, p. 26 (citing Amman Cables 1456, 1457, 11 December 1966, National Security Files (Country File: Middle East), LBJ Library (Austin, Texas), Box 146).
  13. Hussein, 1969, p. 25.
  14. Bowen, 2003, pp. 23-30.
  15. Oren, 2002, pp. 33-36.
  16. Prittie, 1969, pp. 245.
  17. Memorandum From the President's Special Assistant (Rostow) to President Johnson, Washington, November 15 1966. Retrieved 22 October 2005.
  18. 'King Husain orders nation-wide military service', The Times, Monday, 21 November 1966; pg. 8; Issue 56794; col D.
  19. United Nations Security Council Resolution 228, Retrieved 22 Oktober 2005.
  20. Telegram From the Embassy in Jordan to the Department of State, Amman, May 18 1967, 1505Z. Retrieved 22 October 2005.
  21. Hajjar, Sami G. The Israel-Syria Track, Middle East Policy Council Journal, Volume VI, Februari 1999, Number 3. Retrieved 8 October 2005.
  22. Rikhye, 1980, p. 143 (temuramah penulis).
  23. 'Intentions of Syria Crucial: Mr. Eban surveys Israel's hopes and anxieties', The Times, Khamis, 23 Februari 1967; pg. 4; Issue 56873; col A.
  24. Aloni, 2001, p. 31.
  25. Bowen, 2003, pp. 30-31 citing PRO/FCO 17/474: Report of ground/air action on Israeli/Syrian border on 7 April 1967, from Defence and Military Attaché's office, Tel Aviv, 11 April 1967; also PRO/FCO 17/473: Syria/Israel, account of incident from Eastern Department; attack on Sqoufiye reported by UNTSO PRO/FCO 17/473, 10 April 1967.
  26. 'Jets and tanks in fierce clash by Israel and Syria', The Times, Saturday, 8 April 1967; pg. 1; Issue 56910; col A.
  27. 'Amaran oleh pihak Israel Menegaskan Kuasa Udara', New York Times, 12 Mei 1967, m.s. 38.
  28. 'Pihak Israel Berfikir-fikir tentang Serangan terhadap Syria: Sesetengah Pemimpin Memutuskan bahawa Kuasa Merupakan Cara yang Tunggal untuk Mengurangkan Terorisme', New York Times, 13 Mei 1967, m.s. 1.
  29. Oren, 2002, m.s. 51.
  30. Bregman, 2002, m.s. 68-69.
  31. Black, 1992, m.s. 210.
  32. Rikhye, 1980, m.s. 16-19.
  33. "Pasukan Darurat PBB Pertama (UNEF I) - Latar belakang"
  34. Laporan Pada Hari Ini BBC 1967: Israel melancarkan serangan terhadap Mesir. Dicapai pada 8 Oktober 2005.
  35. 'Mesir menutup Teluk Aqaba kepada Kapal-kapal Israel: Langkah ingkar Nasser meningkatkan ketegangan Timur Tengah', The Times, Selesa, 23 Mei 1967; m.s. 1; Terbitan 56948; lajur A.
  36. Quigely, 2005, m.s. 161.
  37. Rezun, 1990, m.s. 12. Akhirnya, Iran menjadi pembekal minyak yang utama untuk Israel, dan selepas perang 1967, membiayai talian paip yang panjangnya 162 batu (260 kilometer) dari Eilat ke Ashkelon yang dibina oleh Israel.
  38. Persidangan PBB mengenai Undang-undang Laut, Geneva: Penerbitan PBB 1958, m.s. 132–134.
  39. Kenyataan kepada Perhimpunan Agung oleh Menteri Luar Negeri, Meir, 1 Mac 1957. Dicapai pada 8 Oktober 2005.
  40. Christie, 1999, m.s. 104.
  41. Quigley, 1990, m.s. 166-167.
  42. BBC On this Day, Egypt and Jordan unite against Israel. Retrieved 8 October 2005.
  43. Mutawi, 2002, p. 16.
  44. Leibler, Isi (1972). The Case For Israel. Australia: The Executive Council of Australian Jewry, p. 60.
  45. quoted in Mutawi, 2002, p. 102.
  46. Seale, 1988, p.131 citing Stephens, 1971, p. 479.
  47. Eban, 1977, p. 371.
  48. Rubenberg, 1989 pp. 107-110.
  49. Reston, James 'The Issue in Cairo: Israel a U.S. "Base"', New York Times, 5 June 1967, p. 1.
  50. Ucapan oleh Perdana Menteri Begin di Kolej Pertahanan Kebangsaan, 8 Ogos 1982. Retrieved 8 October 2005.
  51. Part 4: The 1967 Six Day War. Retrieved 8 October 2005.
  52. Gelpi, 2002, p. 143.
  53. Oren, 2002, pp. 102-103.
  54. The Unwanted War That Made the Middle East. Retrieved 8 October 2005.
  55. Bowen, 2003, p. 57 (author interview, Cairo, 15 December 2002).
  56. Oren, 2002, p. 145.
  57. Cristol, 2002, p. 67.
  58. Oren, 2002, p. 196.
  59. van Creveld, 2004, p. 21.
  60. Gat, 2003, p. 16 and p.189.
  61. Pollack, 2004, p. 61 and p. 81.
  62. Mutawi, 2002, p. 42.
  63. Ehteshami and Hinnebusch, 1997, p. 76.
  64. Stone, 2004, p. 217.
  65. Reston, James 'Washington: Nasser's Reckless Maneuvers', New York Times, 24 Mei 1967, p. 46.
  66. Hammel, 1992, p. 153-152.
  67. Pollack, 2004, p. 58.
  68. Oren, 2002, p. 172
  69. Bowen, 2003, p. 99 (author interview with Moredechai Hod, 7 May 2002).
  70. Bowen, 2003, pp. 114-115 (penulis menemuramah Jeneral Salahadeen Hadidi yang telah mempengerusikan mahkamah ketenteraan ketua turus udara yang telah mempengerusikan mahkamah ketenteraan terhadap ketua-ketua udara dan sistem pertahanan udara selepas peperangan).
  71. Pollack, 2005, m.s. 474.
  72. Chaim Herzog Heroes of Israel m.s. 253.
  73. Shlaim, 2001, m.s. 254.
  74. Sela, 1997, m.s. 108.
  75. Taburan Penduduk Palestin dan Peneroka Yahudi di Tebing Barat dan Gaza sejak tahun 1967. Dicapai pada 8 Oktober 2005.
  76. Dataran Tinggi Golan. Dicapai pada 8 Oktober 2005.
  77. Hopwood, 1991, m.s. 76.
  78. Stone, 2004, m.s. 219.
  79. Pollack, 2004, m.s. 315.
  80. Stone, 2004, m.s. 221-222.
  81. Makiya, 1998, m.s. 48.
  82. Podeh, 2004
  83. Isabella Ginor, The Cold War's Longest Cover-Up: How and Why the USSR Instigated the 1967 War. Middle East Review of International Affairs, Jilid 7, No. 3, September 2003

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Aloni, Shlomo (2001). Arab-Israeli Air Wars 1947-1982. Osprey Aviation. ISBN 1841762946
  • Christie, Hazel (1999). Law of the Sea. Manchester: Manchester University Press. ISBN 0719043824
  • Bregman, Ahron (2002). Israel's Wars: A History Since 1947. London: Routledge. ISBN 0415287162
  • Bar-On, Mordechai, Morris, Benny and Golani, Motti (2002). Reassessing Israel's Road to Sinai/Suez, 1956: A "Trialogue". In Gary A. Olson (Ed.). Traditions and Transitions in Israel Studies: Books on Israel, Volume VI (pp. 3-42). SUNY Press. ISBN 0791455858
  • Black, Ian (1992). Israel's Secret Wars: A History of Israel's Intelligence Services. Grove Press. ISBN 0802132863
  • Bowen, Jeremy (2003). Six Days: How the 1967 War Shaped the Middle East. London: Simon & Schuster. ISBN 0743230957
  • Cristol, A Jay (2002). Liberty Incident: The 1967 Israeli Attack on the U.S. Navy Spy Ship. Brassey's. ISBN 1574885367
  • Eban, Abba (1977). Abba Eban: An Autobiography. Random House. ISBN 0394493028
  • Ehteshami, Anoushiravan and Hinnebusch, Raymond A. (1997). Syria & Iran: Middle Powers in a Penetrated Regional System. London: Routledge. ISBN 0415156750
  • Finkelstein, Norman (2003). Image and Reality of the Israel-Palestine Conflict. New York: Verso. ISBN 1859844221
  • Gat, Moshe (2003). Britain and the Conflict in the Middle East, 1964-1967: The Coming of the Six-Day War. Praeger/Greenwood. ISBN 0275975142
  • Gelpi, Christopher (2002). Power of Legitimacy: Assessing the Role of Norms in Crisis Bargaining. Princeton University Press. ISBN 0691092486
  • Hammel, Eric (October 2002). "Sinai air strike:June 5 1967". Military Heritage 4 (2): 68–73. 
  • Hammel, Eric (1992). Six Days in June: How Israel Won the 1967 Arab-Israeli War. Simon & Schuster. ISBN 0743475356
  • Hussein of Jordan (1969). My "War" with Israel. London: Peter Owen. ISBN 0720603102
  • Hopwood, Derek (1991). Egypt: Politics and Society. London: Routledge. ISBN 0415094321
  • Koboril, Iwao and Glantz, Michael H. (1998). Central Eurasian Water Crisis. United Nations University Press. ISBN 9280809253
  • Makiya, Kanan (1998). Republic of Fear: The Politics of Modern Iraq. University of California Press. ISBN 0520214390
  • Morris, Benny (1997). Israel's Border Wars, 1949-1956. Oxford: Oxford University Press. ISBN 0198292627
  • Mutawi, Samir (2002). Jordan in the 1967 War. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0521528585
  • Oren, Michael (2002). Six Days of War. Oxford University Press. ISBN 0195151747
  • Phythian, Mark (2001). The Politics of British Arms Sales Since 1964. Manchester: Manchester University Press. ISBN 0719059070x
  • Podeh, Elie (Winter, 2004). "The Lie That Won't Die: Collusion, 1967". Middle East Quarterly 11 (1). http://www.meforum.org/article/587. 
  • Pollack, Kenneth (2004). Arabs at War: Military Effectiveness, 1948-1991. University of Nebraska Press. ISBN 0803287836
  • Pollack, Kenneth (2005). Air Power in the Six-Day War. The Journal of Strategic Studies. 28(3), 471-503.
  • Prior, Michael (1999). Zionism and the State of Israel: A Moral Inquiry. London: Routledge. ISBN 0415204623
  • Quigley, John B. (2005). Case for Palestine: An International Law Perspective. Duke University Press. ISBN 0822335395
  • Quigley, John B. (1990). Palestine and Israel: A Challenge to Justice. Duke University Press. ISBN 0822310236
  • Rabil, Robert G. (2003). Embattled Neighbors: Syria, Israel, and Lebanon. Lynne Rienner Publishers. ISBN 1588261492
  • Rezun, Miron (1990). Iran and Afghanistan. In A. Kapur (Ed.). Diplomatic Ideas and Practices of Asian States (pp. 9-25). Brill Academic Publishers. ISBN 9004092897
  • Rikhye, Indar Jit (1980). The Sinai Blunder. London: Routledge. ISBN 0714631361
  • Rubenberg, Cheryl A. (1989). Israel and the American National Interest. University of Illinois Press. ISBN 0252060741
  • Seale, Patrick (1988). Asad: The Struggle for Peace in the Middle East. University of California Press. ISBN 0520069765
  • Segev, Tom (2005). Israel in 1967. Keter. ISBN 9650713700. 
  • Sela, Avraham (1997). The Decline of the Arab-Israeli Conflict: Middle East Politics and the Quest for Regional Order. SUNY Press. ISBN 0791435377
  • Shlaim, Avi (2001). The Iron Wall: Israel and the Arab World. W. W. Norton & Company. ISBN 0393321126. 
  • Smith, Grant (2006). Deadly Dogma. Institute for Research: Middle Eastern Policy. ISBN 0976443740
  • Stephens, Robert H. (1971). Nasser: A Political Biography. London: Allen Lane/The Penguin Press. ISBN 0713901810
  • Stone, David (2004). Wars of the Cold War. Brassey's. ISBN 1857533429
  • van Creveld, Martin (2004). Defending Israel: A Controversial Plan Toward Peace. Thomas Dunne Books. ISBN 0312328664

Pautan luar[sunting | sunting sumber]