Perang Korea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perang Korea
Sebahagian daripada Perang Dingin
Lopez scaling seawall.jpg
Askar marin AS mendarat di Inchon.
Maklumat am
Tarikh Pertempuran total dari 25 Jun 1950, hingga gencatan senjata pada 27 Julai 1953, walaupun tidak pernah ada perjanjian damai.
Lokasi Semenanjung Korea
Hasil Gencatan senjata; pembentukan Kawasan Bebas Tentera Korea; ataupun, status quo ante bellum.
Perubahan wilayah Kawasan Bebas Tentera Korea (DMZ); kedua-dua Korea Utara dan Selatan mendapat kawasan sepanjang selarian ke-38.
Pihak yang berperang
Flag of the United Nations.svg PBB:

Korea Selatan Korea Selatan
Bendera Afrika Selatan Afrika Selatan,
Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat,
Bendera Australia Australia,
Bendera Belanda Belanda,
Bendera Belgium Belgium,
Bendera Colombia Colombia,
Bendera Habsyah Habsyah,
Bendera Filipina Filipina,
Bendera Greece Greece,
Canadian Red Ensign 1957-1965.svg Kanada,
Bendera Luxembourg Luxembourg,
Bendera New Zealand New Zealand,
Bendera Perancis Perancis,
Bendera Thailand Thailand,
Bendera Turki Turki,
Bendera United Kingdom United Kingdom


Kakitangan perubatan:
Bendera Denmark Denmark,
Bendera Itali Itali,
Bendera Norway Norway,
Bendera Sweden Sweden

Komunis:

Bendera Republik Rakyat China China,
Bendera Korea Utara Korea Utara,
Flag of the Soviet Union Kesatuan Republik Sosialis Soviet

Komander dan pemimpin
Korea Selatan Syngman Rhee,

Korea Selatan Chung Il-kwon,
Korea Selatan Paik Sun-yup,
Amerika Syarikat Douglas MacArthur,
Amerika Syarikat Matthew Ridgway,
Amerika Syarikat Mark Wayne Clark

Korea Utara Kim Il-Sung,

Korea Utara Choi Yong-kun,
Korea Utara Van Len,
Korea Utara Kim Chaek,
Republik Rakyat China Mao Zedong,
Republik Rakyat China Peng Dehuai

Kekuatan
Korea Selatan 590,911,

Amerika Syarikat 480,000,
Britain 63,000,[1]
Kanada 26,791,[2]
Australia 17,000,
Filipina 7,000,
Turki 5,455,[3]
Belanda 3,972,
Perancis 3,421,[4]
New Zealand 1,389,
Thailand 1,294,
Habsyah 1,271,
Greece 1,263,
Colombia 1,068,
Belgium 900,
Afrika Selatan 826,
Luxembourg 44

Jumlah: 941,356–1,139,518

Korea Utara 260,000,

Republik Rakyat China 780,000,
Kesatuan Soviet 26,000

Jumlah: 1,066,000

Nota: Angka berbeza mengikut sumber. Disenaraikan kekuatan puncak kerana saiz berubah semasa perang.

Kerugian dan kehilangan
Korea Selatan:
58,127 maut
175,743 cedera
80,000 hilang/ditawan[1]
Amerika Syarikat:
36,940 maut (termasuk 3,275 bukan dalam pertempuran)
103,000 cedera
8,142 hilang
3,746 ditawan
United Kingdom:
1,109 maut[2]
2,674 wounded
1,060 hilang/ditawan[3]
Turki:
721 dead[5]
2,111 cedera
168 hilang
216 ditawan
Jumlah: Lebih 474,000
Korea Utara:[4]
215,000 maut,
303,000 cedera,
120,000 hilang/ditawan
China (rasmi):[6]
114,000 maut dalam pertempuran
34,000 bukan dalam pertempuran
380,000 cedera
21,400 POW
China (anggaran Pentagon):[5]
400,000+ maut
486,000 cedera
21,000 ditawan
Soviet:
315 maut
500+ cedera
Jumlah: 1,190,000-1,577,000+
Orang awam Korea terbunuh/cedera = Jutaan
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Perang Korea bermula sebagai perang saudara dari 1950 hingga 1953 di Semenanjung Korea, yang telah dibahagikan kepada kawasan taklukan Amerika Syarikat dan kawasan taklukan KRSS selepas Perang Dunia II. Perang saudara ini bermula pada 25 Jun 1950, apabila Korea Utara menyerang Korea Selatan. Peperangan ini berkembang pesat apabila Amerika Syarikat, dan selepas itu Republik Rakyat China campur tangan dalam konflik ini. Konflik ini tamat selepas gencatan senjata tercapai pada 27 Julai 1953.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Perang Korea merebak sehingga menjadi medan pertelingkahan ideologi – ideologi Komunisme (diterajui oleh Soviet Union, China dan dengan Korea Utara sebagai penggerak) dan ideologi demokrasi yang ditegakkan oleh Amerika Syarikat yang mahukan kerajaan Korea Selatan terus bertahan dan bertapak. (Ketika konflik ini bermula, terdapat beberapa medan persaingan ideologi yang dilancarkan oleh pergerakan komunisme seperti Darurat di Semenanjung Tanah Melayu, pemberontakan menentang penguasaan Perancis di Indochina)

China memberikan sokongan kuat kepada Korea Utara. Kesatuan Soviet juga memberikan sokongan material dan juga personnel – juruterbang pesawat Mig-15 yang bertembung dengan juruterbang Amerika Syarikat ramai terdiri daripada jurterbang Soviet. Korea Selatan menerima sokongan dan bantuan dari Bangsa-Bangsa Bersatu (dengan diterajui oleh Amerika Syarikat).

Di Korea Selatan, peperangan ini dikenali sebagai Perang 6•25 (Korea :6•25 (전쟁)) walaupun secara formalnya dipanggilsebagai Han-guk Jeonjaeng (Korea : 한국전쟁, bermakna “Perang Korea”. Di Korea Utara, konflik ini dikenali secara formalnya sebagai Perang Pembebasan Tanahair (Fatherland Liberation War (조국해방전쟁))

Amerika Syarikat secara rasmiya mentakrifkan perang ini sebagai operasi ketenteraman ataupun “policing action”, walaupun secara meluasnya konflik ini dikenali dengan panggilan Perang Korea. Penggunaan operasi ketenteraman oleh kerajaan Ameriak Syarikat (Pentadbiran Presiden Truman) adalah untuk mengelakkan keperluan Presiden Truman mendapakan mandat pengisytiharan perang oleh Kongres Amerika Syarikat.

Sebilangan pihak memanggil konflik ini “Perang Yang Dilupakan” (The Forgotten War) kerana konflik ini terlaksana pada skala yang besar tetapi tidak diberikan perhatian berbanding dengan Perang Dunia II dan juga Perang Vietnam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. On This Day 30 December 1950 from The BBC
  2. The Korean War at \/37124/v5 Affairs Canadaa w,
  3. Brief account at Korean-War.com
  4. French Participation in the Korean War Embassy of France, Retrieved 31 October 2006
  5. The Turks in the Korean War
  6. Xu Yan, Consulate-General of the People's Republic of China in New York, Korean War: In the View of Cost-effectiveness