Perang Revolusi Amerika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perang Revolusi Amerika
Rev collage.png
Arah jam dari kiri atas: Pertempuran Bunker Hill, Kematian Montgomery di Pertempuran Quebec, Pertempuran Cowpens, "Moonlight Battle"
Maklumat am
Tarikh April 19, 1775 – September 3, 1783
(8 tahun, 4 bulan, 2 minggu dan 1 hari)
Lokasi Timur Amerika Utara, Gibraltar, Kepulauan Balearic, Amerika Tengah;
Perancis, Belanda, British dan milik penjajah di benua kecil India, Afrika dan di tempat lain;

Perairan pantai Eropah, Laut Caribbean, Atlantik dan Lautan India

Punca Cukai tanpa perwakilan; pemerintahan British langsung di bawah Akta Pengisytiharan, Akta Townshend dan Akta Pemaksaan
Hasil Peace of Paris
Perubahan wilayah Britain kehilangan kawasan di timur Sungai Mississippi dan selatan Great Lakes & Sungai St Lawrence untuk kemerdekaan Amerika Syarikat & ke Sepanyol; Sepanyol mendapat Florida Timur, Florida Barat dan Minorca; Britain menyerahkan Tobago dan Senegal ke Perancis.
Republik Belanda menyerahkan Negapatnam kepada British.
Pihak yang berperang
 United States
Kerajaan Perancis Perancis (1778–83)
Sepanyol Sepanyol (1779–83)
 Dutch Republic (1780–83)

Co-belligerents:
Flag of Mysore.svg Mysore (1779–84)
Flag of Vermont Republic.svg Vermont (1777–83)
Oneida
Tuscarora
Persatuan Watauga
Catawba
Lenape

Bendera Kingdom of Great Britain Great Britain

Co-belligerents
Onondaga
Mohawk
Cayuga
Seneca
Cherokee

Komander dan pemimpin
Amerika Syarikat George Washington
Amerika Syarikat Nathanael Greene
Amerika Syarikat Horatio Gates
Amerika Syarikat Richard Montgomery 
Amerika Syarikat Daniel Morgan
Amerika Syarikat Henry Knox
Amerika Syarikat Benedict Arnold (Membelot)
Amerika Syarikat Friedrich Wilhelm von Steuben
Amerika Syarikat Marquis de La Fayette
Kerajaan Perancis Comte de Rochambeau
Kerajaan Perancis Comte de Grasse
Kerajaan Perancis Duc de Crillon
Kerajaan Perancis Bailli de Suffren
Sepanyol Bernardo de Gálvez
Sepanyol Luis de Córdova
Sepanyol Juan de Lángara
Flag of Mysore.svg Hyder Ali
Flag of Mysore.svg Sultan Tipu
...senarai penuh
Kingdom of Great Britain Lord North
Kingdom of Great Britain Sir William Howe
Kingdom of Great Britain Thomas Gage
Kingdom of Great Britain Sir Henry Clinton
Kingdom of Great Britain Lord Cornwallis #
Kingdom of Great Britain Sir Guy Carleton
Kingdom of Great Britain John Burgoyne #
Kingdom of Great Britain George Eliott
Kingdom of Great Britain Benedict Arnold
Kingdom of Great Britain George Rodney
Kingdom of Great Britain Richard Howe
Kingdom of Great Britain Sir Hector Munro
Kingdom of Great Britain Wilhelm von Knyphausen
Joseph Brant
...senarai penuh
Kekuatan
Kerahan:

35,000 Kontinen
44,500 Tentera
5,000 Anak kapal tentera laut kontinen (dikerahkan pada tahun 1779)[1]
53 ships (active service at some point during the war)[1]
12,000 Perancis (dalam Amerika)
~60,000 Perancis dan Sepanyol (dalam Eropah)[2]

Kerahan:

56,000 British[petikan diperlukan]
78 kapal Tentera Laut Diraja pada tahun 1775[1] 171,000 Anak kapal[3]
30,000 Jerman[4]
50,000 Setia[5]
13,000 Bumiputera[6]

Kerugian dan kehilangan
Amerika: 25,000 kematian
  • 8,000 dalam pertempuran
  • 17,000 lagi dari sebab tertentu

umlah pengorbanan Amerika: melebihi 50,000 kematian dan kecederaan[7]
Sekutu: 6,000± Perancis dan Sepanyol (dalam Eropah)
2,000 Perancis (dalam Amerika)

20,000± Askar dari tentera British mati dan cedera

19,740 anak kapal mati (1,240 dalam pertempuran) [3]
42,000 anak kapal ditinggalkan [3]
7,554 kematian Jerman

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Perang Revolusi Amerika (17751783), juga dikenal sebagai Perang Kemerdekaan Amerika, adalah satu peperangan antara Kerajaan Great Britain dan para pendukung revolusi dari 13 koloni Amerika Utara jajahan Britain. Perang ini terjadi apabila 13 koloni mengusir pegawai diraja Britain pada 1775, menubuhkan Kongres Kebenuaan Kedua, membentuk pasukan tentera dan mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1776. Perang tersebut yang merupakan kemuncak Revolusi Amerika, kemudian meluas ke luar Amerika Utara Britain (British North America), mengakhiri kekuasaan Britain terhadap ketiga belas koloni tersebut, serta membentuk Amerika Syarikat.

Sebab[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri unik pendatang[sunting | sunting sumber]

Satu faktor yang mendorong kepada perjuangan pemisahan daripada Britain adalah ciri unik tersendiri yang ujud dalam diri pendatang-pendatang yang berhijrah ke benua Amerika. Mereka meninggalkan negara asal kerana tidak berpuas hati dan juga bagi mencari kehidupan yang lebih baik di tempat lain. Walaupun majoriti pendatang adalah berbangsa Inggeris tetapi terdapat juga pendatang dari kalangan Scotland, Ireland, Belanda, Jerman, Sweden, Huegonot (Perancis), Itali dan Yahudi dari pelbagai negara Eropah. Walaupun berasal dari negara lain, adat, budaya serta bahasa yang berbeza apa yang menyatukan semangat dan azam mereka adalah usaha mereka meninggalkan negara asal. Mereka ini bersemangat kental, tabah serta kuat dari segi fizikal dan mental yang dibentuk lebih-lebih lagi ketika mengharungi proses penghijrahan.

Mereka percaya dengan kebebasan berpolitik serta berpegang kepada ciri-ciri moral yang tinggi yang dikukuhkan oleh keadaan persekitaran mereka. Mereka harus berjuang untuk terus hidup. Contohnya, di New England seorang peneroka harus bekerja kuat kerana keadaan tanah yang keras menyebabkan perlunya bekerja lebih lama. Di selatan pula, walaupun tanah sesuai tetapi iklim pula kurang memuaskan. Masalah-masalah yang mereka hadapi ini telah mematangkan mereka. Kedudukan Britin yang sangat jauh, perjalanan yang bahaya dan mengambil masa yang lama iaitu antara enam minggu hingga tiga bulan menyebabkan mereka merasakan diri mereka telah merdeka apabila sampai ke Dunia Baru ini.

Faktor politik[sunting | sunting sumber]

Perbezaan paling penting antara penjajah dan pendatang adalah berhubung dengan soal politik dan kerajaan. Di Amerika, rakyat lebih bebas secara keseluruhannya berbanding dengan Britain atau mana-mana negara Eropah. Sebahagian besar rakyat Amerika tidak pernah merasakan sebarang ikatan dengan Britain. Mereka tidak berminat dengan kesukaran yang dihadapi oleh Britain dan tidak bersimpati dengan sebarang masalah yang dihadapi oleh Britain. Tumpuan mereka hanyalah kepada Amerika dan kemajuannya. Walaupun ada pedagang-pedagang kaya yang membuat hubungan dengan England tetapi mereka selalu memihak kepada Amerika. Manakala, rakyat biasa pula tidak membuat sebarang hubungan dengan Britain.

Perkembangan ideologi liberal antara 1750an hingga 1850an juga mendorong berlakunya revolusi ini.

Faktor ekonomi[sunting | sunting sumber]

Britain juga memaksakan akta-akta lain yang berat sebelah ke atas rakyat Amerika menyebabkan mereka bertindak menentang British. Misalnya, Parlimen Britain telah meluluskan Akta Perdagangan dan kemudiannya Akta Pengeluaran. Akta Perdagangan melarang sebarang jajahan menjual pengeluarannya seperti tembakau, beras, kapas dan kulit kepada mana-mana negara kecuali Britain. Ini bererti pihak pendatang terpaksa menerima harga yang ditawarkan oleh peniaga British walaupun pihak lain mampu menawarkan harga yang lebih tinggi.

Akta Pengeluaran mengharamkan jajahan mengeluarkan mana-mana barang yang dikeluarkan di Britain. Akta ini hanya dikuatkuasakan pada tahun 1760 iaitu selepas Perang Tujuh Tahun. Akta-akta ini dilihat tidak adil dan menyebabkan pendatang di koloni marah.

Ahli politik Britain bersikap tamak dengan mengenakan cukai kepada pengeluar dan pengimport. Melalui pengenaan cukai ini, Britain dapat mengumpul wang membayar hutang mereka terutamanya selepas berperang dengan Perancis. Oleh itu, Parlimen memutuskan di sekitar 1763, ia akan menguatkuasakan Undang-Undang Perdagangan dan Pengeluaran dengan ketat.

Pada masa itu, Raja Britain adalah King George III. Walaupun baginda seorang Raja yang rajin tetapi malangnya tidak pandai membuat keputusan dan kurang bijak memilih penasihat dan pegawai-pegawai yang berkemampuan. Salah seorang penasihatnya adalah George Grenville yang mengambil langkah-langkah kurang bijak sehingga membuatkan koloni marah. Grenville memutuskan tiga langkah yang harus diambil berhubung dengan negara-negara jajahan di Amerika, antaranya:

  • menguatkuasakan Akta Perdagangan dan Pengeluaran
  • menubuhkan kuasa tentera tetap di negara-negara jajahan
  • meningkatkan pendapatan di negara-negara jajahan Amerika melalui Akta Parlimen.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Jack P. Greene and J. R. Pole. A Companion to the American Revolution (Wiley-Blackwell, 2003), p. 328.
  2. Montero[Penjelasan diperlukan] p. 356
  3. 3.0 3.1 3.2 Mackesy (1964), pp. 6, 176 (British seamen)
  4. A. J. Berry, A Time of Terror (2006) p. 252
  5. Claude, Van Tyne, The Loyalists in the American Revolution (1902) pp. 182–3.
  6. Greene and Pole (1999), p. 393; Boatner (1974), p. 545
  7. American dead and wounded: Shy, pp. 249–50. The lower figure for number of wounded comes from Chambers, p. 849.