Perang Salib Kanak-kanak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Children's Crusade, oleh Gustave Doré

Perang Salib Kanak-kanak ialah nama yang diberikan kepada pelbagai peristiwa rekaan atau sebenar yang berlaku pada tahun 1212. Kesemua peristiwa ini mengandungi unsur berikut: visi seorang budak lelaki dari Perancis atau Jerman; hasrat untuk mengkristiankan orang Islam di Tanah Suci secara aman; sekumpulan kanak-kanak berjalan ke Itali; dan kanak-kanak ini dijual sebagai hamba. Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 1977 melemparkan keraguan ke atas peristiwa ini dan kebanyakan ahli sejarah sekarang percaya mereka ini bukan (atau bukan hanya) kanak-kanak tetapi beberapa kumpulan orang miskin di Jerman dan Perancis yang sesetengahnya mahu ke Tanah Suci dan sebahagian yang lain tidak. Kebanyakan versi awal peristiwa ini yang diceritakan selama berabad-abad diragui kesahihannya.

Versi cerita[sunting | sunting sumber]

Versi tradisional[sunting | sunting sumber]

Pandangan tradisi mengenai Perang Salib Kanak-kanak yang terdapat pelbagai versi mempunyai tema yang serupa.[1] Seorang budak lelaki mula berdakwah sama ada di Perancis atau Jerman dengan mendakwa Jesus melawatnya dan memberitahu dia supaya memimpin pasukan untuk mengkristiankan orang Islam secara aman. Melalui beberapa siri keajaiban, budak ini mendapat pengikut yang boleh dikatakan ramai termasuk lebih kurang 30,000 kanak-kanak. Dia memimpin pengikutnya ke selatan ke arah Laut Mediterranean, dengan kepercayaan laut itu akan terbelah apabila mereka tiba dan membolehkan mereka mara ke Jerusalem. Tetapi ini semua tidak berlaku. Dua orang saudagar menumpangkan kanak-kanak ini dalam bot mereka seramai yang mungkin. Kanak-kanak ini sama ada dibawa ke Tunisia dan dijual sebagai hamba atau mati kerana kapal mereka karam di Pulau San Pietro semasa ribut kencang. Dalam versi yang lain, mereka gagal sampai ke laut kerana mati kelaparan.

Versi moden[sunting | sunting sumber]

Dalam kajian terkiri menunjukkan terdapat dua pergerakan manusia pada setiap peringkat umur pada tahun 1212 di Jerman dan Perancis.[2][1] Persamaan kedua-dua pergerakan ini dicantumkan untuk mengaitkan dengan cerita ini.

Dalam pergerakan pertama, Nicholas, seorang pengembala dari Jerman, memimpin satu kumpulan merentasi Alps ke Itali pada awal musim bunga tahun 1212. Seramai 7,000 sampai di Genoa pada akhir bulan Ogos. Tetapi rancangan mereka gagal apabila air laut tidak terbelah seperti yang dijanjikan dan kumpulan itu berpecah. Sesetengah kembali ke kampung halaman, ada yang ke Rome dan mungkin ada yang ke Marseilles di mana kemungkinan mereka dijual sebagai hamba. Hanya sedikit yang kembali ke kampung halaman dan tiada seorang pun sampai ke Tanah Suci.

Dalam pergerakan kedua dipimpin oleh pengembali Perancis bernama Stephen dari Cloyes yang mendakwa dia mempunyai surat untuk Raja Perancis dari Jesus. Dia berjaya menarik 30,000 orang di mana dia dikatakan mempunyai keajaiban. Dengan arahan Raja Philip II dan nasihat daripada Universiti Paris, mereka dihantar balik.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Russell, Frederick, "Children's Crusade", Dictionary of the Middle Ages, 1989
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan raedts tidak disediakan