Perang saudara Caesar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang saudara Caesar
Sebahagian daripada siri
Perang Saudara Republik Rom
frames
frames
Patung Julius Caesar dan Pompey,
protagonis dalam perang ini
' '
Tarikh 10 Januari 49 SM - 17 Mac 45 SM
Caesar melintasi Rubicon untuk Perang Munda
Tempat Hispania, Italia, Graecia, Aegyptus, Afrika
Hasil Kemenangan Julius Caesar yang muktamad
Penempur
Julius Caesar dan penyokong daripada puak Populares Puak Optimat di Senat Rom
Komander
Julius Caesar Pompey,
Titus Labienus†,
Metellus Scipio†,
Cato Lebih Muda†,
Gnaeus Pompeius
 
Perang Saudara Caesar
Massilia (darat)IlerdaMassilia (laut)UticaSungai BagradasDyrrhachiumPharsalusRuspina - ThapsusMunda

Perang saudara Caesar yang ditempur pada tahun 49 SM merupakan salah satu daripada pertempuran terakhir Republik Rom. Pertempuran ini merupakan satu siri konfrontasi politik dan tentera antara Julius Caesar, penyokong politik, dan legionnya terhadap puak konservatif yang tradisional di Senat Rom, kekadang dikenali sebagai Optimat, yang disokong oleh legion-legion Pompey.

Banyak ahli sejarah melihatkan perang ini sebagai natijah yang logik bagi satu proses panjang subversi institusi-institusi politik kerajaan Rom yang bermula dengan kerjaya Tiberius Gracchus yang membawa kecelakaan, menerusi pembaharuan-pembaharuan legion oleh Gaius Marius, dan kediktatoran Lucius Cornelius Sulla, dan kemudian berakhir dengan penguasaan Rom oleh Perintahan Bertiga Pertama. Adakah ini benar-benar merupakan peristiwa-peristiwa yang membentukkan persediaan asas, adalah jelas bahawa keakuan Julius Caesar telah mengambil kesempatan yang disediakan oleh penurunan kuasa politik Rom itu. Selepas perjuangan politik dan tentera yang berpanjangan antara 49 dan 45 SM yang merangkumi perang-perang di Italia, Greece, Mesir, Afrika, dan Hispania, Caesar akhirnya menewaskan puak tradisional yang terakhir dalam Senat Rom di Perang Munda.

Bagi sebilangan ahli sejarah, perang saudara itu, bersama-sama dengan pemerintahan Rom yang singkat oleh Caesar sebelum pembunuhan beliau, menandakan keakhiran Republik Rom, dan permulaan Empayar Rom. Adakah saat ini dalam sejarah dipilih sebagai titik peralihan atau tidak, perang saudara Caesar dan perubahan-perubah dalam kerajaan Rom yang dihasilkan telah menghapuskan semua tradisi lama politik republik itu. Peristiwa-peristiwa ini merupakan satu tamparan yang Republik Rom tidak pernah dapat memulihkan.