Peraturan Nota Maut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Di dalam siri manga/anime Death Note, setiap shinigami (Dewa Maut) memiliki Nota Maut yang mempunyai kuasa ajaib untuk membunuh manusia jika syaratnya dipenuhi. Setiap Nota Maut adalah tertakluk kepada satu set peraturan yang tidak dinyatakan dengan jelas di dalam jalan cerita tetapi didedahkan dalam setiap jilid manga dan episod animenya. Templat:Spoiler

Peraturan bertulis[sunting | sunting sumber]

Sebelum siri bermula, Ryuk menulis peraturan asas panggunaan dalam bahasa Inggeris di dalam Nota Mautnya, dengan tanggapan bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa paling popular di dunia.

  • Manusia yang namanya tertulis dalam nota ini akan mati. (The human whose name is written in this note shall die.)
  • Nota ini tidak akan berkesan melainkan penulis mengenali muka mangsa semasa menulis namanya. Oleh itu, orang yang berkongsi nama yang sama tidak akan menerima kesan. (This note will not take effect unless the writer has the subject's face in their mind when writing his/her name. Therefore, people sharing the same name will not be affected.)
  • Jika sebab kematian ditulis dalam masa 40 saat menulis nama mangsa, ia akan berlaku. (If the cause of death is written within 40 seconds of writing the subject's name, it will happen.)
  • Jika sebab kematian tidak dinyatakan, mangsa akan mati sekadar sakit jantung. (If the cause of death is not specified, the subject will simply die of a heart attack.)
  • Setelah menulis sebab kematian, butir-butir terperinci kematian mesti ditulis dalam tempoh 6 minit 40 saat. (After writing the cause of death, the details of the death should be written in the next 6 minutes and 40 seconds.)

Peraturan palsu[sunting | sunting sumber]

Peraturan di bawah ini ditulis di dalam Nota maut bagi membantu Light dalam rancangan membersihkan namanya. Peraturan palsu tersebut ditulis oleh Ryuk.

  • Jika pemilik Nota Maut tidak membunuh dalam masa 13 hari dari tarikh kemaskini terakhir, dia akan mati. (If the owner of the Death Note does not kill within 13 days of the last entry, he or she will die.)
  • Jika Nota Maut dibakar, dimusnahkan atau dirosakkan dengan apa cara sekalipun, semua yang menyentuh Nota Maut tersebut akan mati. (If the Death Note is burnt, destroyed, or otherwise damaged in any way, all those who have touched that Death Note will die.)

Peraturan lain[sunting | sunting sumber]

Sepanjang siri ini, peraturan lain turut didedahkan, misalnya "Apabila nama yang sama ditulis lebih daripada sekali di dalam Nota Maut, nota yang lebih dahulu diisi akan berkesan, tanpa mengira masa kematian." Sebahagian kecil daripadanya menyamai peraturan yang ditulis oleh Ryuk di dalam Nota Mautnya, tetapi kebanyakannya adalah peraturan yang tidak diketahui manusia, malah shinigami juga.

Di dalam eyecatcher bagi episod terakhir, "peraturan" yang didedahkan sebenarnya bukanlah Peraturan Nota Maut, tetapi lebih kepada hukum kehidupan, sebagaimana yang berikut:-

  • Setiap manusia, tanpa sebarang pengecualian, pasti akan mati. (All humans will, without exception, eventually die.)
  • Selepas mereka mati, mereka akan ditempatkan di dalam "Mu" (alam barzakh ataupun "dunia tanpa apa-apa"). (After they die, the place they go is Mu. (Nothingness))

Kedua-dua peraturan tersebut adalah fokus utama bagi episod terakhir, yang membuktikan bahawa Light yang mendakwa dirinya "tuhan" juga pasti akan mati sebagai mana manusia biasa yang lain.

Shinigami dan Nota Maut[sunting | sunting sumber]

Shinigami mesti memiliki sekurang-kurangnya sebuah Nota Maut. Nota Maut juga boleh digunakan oleh manusia apabila nota tersebut jatuh ke bumi dan dijumpai manusia. Shinigami mesti terus menggunakan Nota Maut untuk membunuh manusia bagi menambah jangka hayat mereka.

Satu pakatan wujud antara manusia yang memiliki Nota Maut dan shinigami yang memberinya. Menurut pakatan tersebut, shinigami tersebut mestilah menulis nama manusia yang memiliki nota tersebut pada Nota Mautnya apabila tiba masa ajalnya.

Keupayaan istimewa Mata Shinigami[sunting | sunting sumber]

Mata Shinigami membolehkan pemiliknya mengetahui nama sebenar dan ajal mangsa dengan hanya melihat wajah mangsa. Namun demikian masih terhadap hadnya, iaitu apabila muka mangsa tertutup separuh atau sepenuhnya, nama dan masa ajal tidak akan kelihatan. Ada yang menyatakan bahawa pemilik mata tersebut hanya perlu mengecam wajah mangsa atau sekurang-kurangnya melihat matanya. Shinigami pula tidak dibenarkan untuk mendedahkan masa ajal manusia yang dilihatnya.

Seseorang manusia yang memiliki Nota Maut boleh memperoleh keupayaan tersebut daripada shinigami dengan mengorbankan separuh daripada baki jangka hayatnya. Manusia yang memiliki Mata Shinigami tidak akan dapat melihat masa ajalnya sendiri ataupun masa ajal pemilik Nota Maut yang lain. Walau bagaimanapun, jika mereka menyerahkan Nota Maut mereka, mereka akan kehilangan keupayaan tersebut tetapi tidak dapat mengembalikan semula jangka hayat mereka yang telah hilang. Malah jika manusia hilang Nota Maut mereka dan memperolehinya semula, dia tidak akan mendapat semula Mata Shinigaminya kecuali apabila tawaran dengan shinigami diadakan sekali lagi, yang bermaksud baki jangka hayatnya dikurangkan separuh lagi.

Bagaimana Membunuh Shinigami[sunting | sunting sumber]

Rem adalah antara shinigami terawal yang mengetahui bagaimana untuk membunuh shinigami. Shinigami tidak dapat dibunuh dengan cara fizikal biasa, tetapi apabila shinigami menggunakan Nota Mautnya untuk memanjangkan hayat seseorang, dia pula akan mati sebagai hukuman kerana gagal dalam misi mutlak mereka untuk memendekkan nyawa manusia. Dalam masa yang sama, dia perlu mempunyai rasa sayang kepada manusia yang dipanjangkan jangka hayatnya. Hal ini diterangkan oleh Rem yang mendakwa dia akan membunuh L untuk Light; walau bagaimanapun, memandangkan dia mempunyai rasa kasih kepada Misa (yang mungkin akan mati jika L gagal dibunuh), dia pula akan mati. Rem mendedahkan hal tersebut kepada Misa, yang kemudian mendedahkannya kepada Light dan Ryuk.

Selain itu, shinigami yang tidak menulis nama manusia di dalam Nota Maut juga akan mati secara semulajadi kerana jangka hayatnya tidak dipanjangkan melainkan dengan menulis nama manusia di dalam Nota Maut.

Shinigami juga boleh dihukum mati oleh Raja Shinigami jika melanggar peraturan Dunia Shinigami. Terdapat 9 aras hukuman mengikut tahap kesalahan, bermula dengan yang paling ringan (Aras 8) sehinggalah ke Aras 1 dan seterusnya yang paling berat, Aras Ekstrim. Sekiranya shinigami melakukan kesalahan berat iaitu Aras 3 ke atas, dia akan mati sebaik sahaja hukumannya tamat. Sebab itulah Shidoh menahan dirinya daripada memberitahu jumlah sebenar Nota Maut kepada Mello, setelah membaca beberapa tatal yang diberikan kepadanya sebelum mengambil kembali Nota Mautnya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]