Peraturan Ueki
| Peraturan Ueki | |
| うえきの法則 (Ueki no Hōsoku) | |
| Genre | Shōnen, Komedi, Aksi
|
| Manga | |
|---|---|
| Pengarang | Tsubasa Fukuchi |
| Penerbit | |
| TV anime | |
| Pengarah | Hiroshi Watanabe |
| Studio | Studio Deen |
| Penyiaran | |
| Portal Anime dan Manga | |
Peraturan Ueki (うえきの法則 Ueki no Hōsoku?) (bahasa Inggeris: The Law of Ueki) ialah manga Jepun karya Tsubasa Fukuchi dan adaptasi animenya.
Manga ini disirikan dalam majalah Shonen Sunday. Siri ini sudah lengkap dalam 16 jilid tankōbon terbitan Shogakukan. Sekuel manganya, The Law of Ueki Plus (うえきの法則プラス Ueki no Hōsoku Purasu?), mengambil alih sejak September 2005 dalam majalah yang sama. Adaptasi anime buatan Studio Deen mula disiarkan di Jepun sejak 4 April 2005.
Isi kandungan |
[sunting] Sinopsis
Peraturan Ueki mengisahkan Pertarungan Kuasa Luar Biasa, sesutau pertandingan yang menentukan Dewa Kayangan seterusnya. Setiap seorang daripada 100 calon dikehendaki memilih seorang pelajar sekolah menengah rendah untuk dijadikan pejuangnya. Setiap pelajar diberi kuasa luar biasa, iaitu kuasa menukar bentuk benda-benda. Calon yang menang akan meraih takhta Dewa manakala pelajarnya akan menerima "bakat kosong" (空白の才 kūhaku no zai?), iaitu sesuatu bakat pilihannya. Sementara ini menyebabkan ramai pelajar menjadi kedekut dan tamak, Kosuke Ueki hendak menggunakan bakat kosong untuk menjuarai kejohanan tersebut agar menjauhi bakat kosong daripada genggaman orang lain.
[sunting] Watak utama
- Seorang pelajar yang diharapkan oleh Kobayashi, guru kelasnya untuk menyelamatkan dunia daripada kuasa-kuasa jahat yang ingin menggunakan 'Bakat Kosong' bertujuan menghancurkan dunia. Kuasa yang dianugerahkan kepada Ueki ialah 'Menukarkan Sampah Kepada Pokok' tetapi Robert Hayden menganggap kuasa Ueki adalah yang paling lemah dalam kalangan pengguna kuasa. Ueki sentiasa dijaga oleh Tenko dan Ai Mori, tetapi setiap larangan Ai Mori langsung tidak diendahkan oleh Ueki. Ueki sebenarnya adalah keturunan Manusia Syurga dan oleh itu memiliki 10 Senjata Suci. Kuasa peringkat keduanya ialah 'Pembalikan' iaitu menukarkan kuasa orang lain daripada A-B ke B-A.
- Ai Mori
- Merupakan seorang kawan Ueki di sekolah, daripada kelas yang sama. Seorang yang mengambil berat terhadap Ueki dan sentiasa melarang setiap perbuatan/risiko yang diambil oleh Ueki. Mempunyai kuasa menukarkan orang kepada 'Pencinta Kaca Mata', dan sesiapa yang mengalami ilusi akan melakukan apa yang diarahkan oleh Ai Mori. Anon menganggap kuasanya adalah yang paling berbahaya dalam kalangan manusia biasa.
- Seichiro Sano
- Seorang rakan seperjuangan mereka, mempunyai kuasa 'Menukarkan Kain kepada Besi' dan menggunakannya dalam pelbagai cara yang unik. Mempunyai semangat perjuangan yang tinggi walaupun sebagai manusia biasa, mempunyai niat yang baik tehadap Ueki dan mengharungi setiap pertarungan bersama Ueki. Dianggap tidak berotak oleh Rinko Gerrard kerana tindakannya sering melulu-lulu walaupun ia hebat dan pantas.
[sunting] Pautan luar
[sunting] Laman rasmi dan berita
- (Bahasa Jepun) Laman Web Law of Ueki Plus Sunday
- (Bahasa Jepun) http://avexmode.jp/animation/ueki/ - laman AVEX
- (Bahasa Jepun) [1] - laman TV Tokyo
- (Inggeris) Anime News Network Law of Ueki (TV) (Butiran barisan pelakon suara, krew dan berita)
- (Inggeris) http://www.thelawofuekidvd.com - laman Geneon