Perayaan Gadhimai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perayaan Gadhimai
Diraikan oleh Hindu
Jenis Hindu
Kepentingan Pemujaan dewi Gadhimai
Amalan Korban haiwan di Bariyapur, Nepal

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Perayaan Gadhimai ialah perayaan Hindu yang diadakan lima tahun sekali di kuil Gadhimai, Bariyapur, Daerah Bara, kira-kira 100 batu (160 km) dari selatan ibu negara Kathmandu, Nepal. Acara ini berketengahkan upacara korban haiwan terbesar di dunia, yang melibatkan kerbau, babi, kambing, ayam dan burung merpati, bertujuan memuaskan dewi kuasa Gadhimai.[1]

Am[sunting | sunting sumber]

Seramai 5 juta orang menyertai perayaan ini, majoritinya ialah warga India dari negeri-negeri Uttar Pradesh dan Bihar. Mereka menghadiri perayaan di Nepal ini untuk memintasi pengharaman korban haiwan di negeri masing-masing.[2][3] Para hadirin percaya bahawa penyembahan korban haiwan untuk dewi Hindu Gadhimai boleh menghapuskan kejahatan dan menyemai kemakmuran.[4]

Sebulan sebelum berlangsungnya perayaan Gadhimai pada tahun 2009, kerajaan Nepal menyedari amat kekurangan bekalan kambing untuk dikorbankan, apatah lagi dijadikan daging kambing ketika perayaan, maka dilancarkannya kempen yang menggesa para penternak untuk menjual ternakan mereka.[5]

Perayaan bermula pada 24 November 2009 dan berakhir pada keesokan harinya, dipimpin oleh ketua pendeta kuil yang menjalankan upacara pengorbanan bernama Saptabali yang termasuk sekali pengorbanan tikus putih, burung merpati, ayam jaguh, itik, babi dan kerbau jantan. Lebih 20,000 kerbau dikorbankan pada hari pertama.[6] Dianggarkan sebanyak 300,000 hingga 500,000 ekor haiwan disembelih[2] oleh lebih 200 orang di rumah sembelih binaan konkrit berhampiran kuil pada perayaan tahun 2009.[7] Tiga anak bayi penziarah yang tiba untuk menyambut perayaan Gadhimai mati akibat kesejukan keterlaluan.[6] Enam orang lagi kehilangan nyawa setelah terminum arak beracun.[3]

Perayaan ini turut banyak mencetuskan bantahan oleh para aktivis hak haiwan. Pada tahun 2009, para aktivis beberapa kali cuba menghentikan upacara korban tersebut, termasuk tokoh ternama Brigitte Bardot dan Maneka Gandhi yang menulis surat kepada kerajaan Nepal agar menghentikan penyembelihan haiwan besar-besaran tersebut.[8][9] Seorang pegawai kerajaan mengulas bahawa pihak kerajaan tidak akan "campur tangan dalam tradisi rakyat berabad-abad lamanya ini".[2] Ram Bahadur Bomjon yang didakwa oleh sebilangan penyokongnya sebagai jelmaan Buddha, meluahkan hasratnya untuk menghentikan upacara pengorbanan di perayaan, berkhutbah kepada para hadirin agar tidak mengamalkan keganasan serta memberi rahmat di tempat acaranya.[10][11] Azamnya itu telah menyebabkan pihak kerajaan menghantar pasukan keselamatan tambahan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.[11]

Selepas berakhirnya perayaan, daging, tulang dan kulit haiwan korban dijual kepada syarikat pemprosesan makanan dan penyamakan kulit haiwan di India dan Nepal.[1] Masyarakat kasta dalit Chamar selama ini gemar memakan daging kerbau di perayaan Gadhimai, tetapi pada tahun 2009 pula menghadapi seruan agar memulaukan perayaan ini dari pelbagai kelompok dalit.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Jolly, Joanna (24 November 2009). "Devotees flock to Nepal animal sacrifice festival". BBC. Diperoleh pada 24 November 2009. 
  2. 2.0 2.1 2.2 "Gadhimai festival begins despite protests in Nepal". The Hindu. 24 November 2009. Diperoleh pada 24 November 2009. 
  3. 3.0 3.1 Sarkar, Sudeshna (24 November 2009). "Indians throng Nepal's Gadhimai fair for animal sacrifice". The Times of India. Diperoleh pada 24 November 2009. 
  4. "Gadhimai Festival: Nepal Mass Animal Sacrifice Festival To Go Ahead Despite Protests". The Huffington Post. 20 November 2009. Diperoleh pada 25 November 2009. 
  5. "Nepal hit by severe goat shortage". BBC. 15 September 2009. Diperoleh pada 25 November 2009. 
  6. 6.0 6.1 "Over 20,000 buffaloes slaughtered in Gadhimai festival". NepalNews.com. 25 November 2009. Diperoleh pada 25 November 2009. 
  7. Xiang, Zhang. "Gadhimai festival begins in central Nepal". Xinhua News Agency. Diperoleh pada 25 November 2009. 
  8. "Bardot appeal over animal slaughter at Nepal festival". BBC. 20 November 2009. Diperoleh pada 25 November 2009. 
  9. Bhanot, Anil (25 November 2009). "The Gadhimai sacrifice is grotesque". The Guardian. Diperoleh pada 25 November 2009. 
  10. "Sacrifice of 200,000 Animals Proceeds Despite Pleas, Prayers". Environment News Service. 22 November 2009. Diperoleh pada 25 November 2009. 
  11. 11.0 11.1 "Buddha boy fails to turn up at Gadhimai". Republica. 20 November 2009. Diperoleh pada 25 November 2009.