Perayaan Duan Wu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Perayaan Perahu Naga)
Zongzi (粽子): nasi pulut yang dibungkus dengan daun

Perayaan Duan Wu (Hanzi : 端午节 ; Mandarin : Duan Wu Jie ; Bahasa Inggeris : Duan Wu Festival) adalah salah satu hari perayaan tradisional kepada masyarakat Lingkungan kebudayaan Asia Timur [1] [2] Perayaan ini merupakan hari cuti di Taiwan[3], Hong Kong, dan Macau [2] [4]. Mulai 2008, ia menjadi hari cuti di Republik Rakyat China [2] [5].

Nama[sunting | sunting sumber]

Perayaan ini ada banyak nama, termasuk :

Bahasa Melayu Hanzi Bahasa Mandarin Bahasa Inggeris
Perayaan Duan Wu 端午节 Duan Wu Jie Duan Wu Festival

[2] [6] [7]

Perayaan Perahu Naga,

Pesta Perahu Naga

龙舟节, 龙船节 Long Zhou Jie, Long Chuan Jie Dragon Boat Festival

[2] [6] [8] [9] [10]

Perayaan Zongzi 粽子节 Zong Zi Jie The Rice Dumpling Festival

[11]

Bulan Kelima Hari Kelima 五月初五,

双五, 重五, 重午, 端午

Wu Yue Chu Wu,

Shuang Wu, Chong Wu, Chong Wu, Duan Wu

Double Fifth Festival

[12] [13] [14]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Patung gergasi Qu Yuan (屈原) di hadapan Sungai Bandar Ying (郢都), ibu negara (首都) kepada Negara Chu (楚国) yang sekarang dikenali sebagai Bandar Jingzhou (荆州市), Hubei (湖北省), Republik Rakyat China, sebelum ia dipindah ke tempat baru pada 23 Januari 2014[17]
Sungai Miluo (汨罗江), berwarna jingga

Terdapat beberapa teori mengenai asal usul untuk "Perayaan Duan Wu". Yang paling terkenal ialah untuk mengingati seorang pada zama dahulu yang bernama Qu Yuan (Hanzi: 屈原; lahir: 343 SM atau 340 SM ; mati: 278 SM) adalah seorang warganegara, golongan bangsawan (贵族), dan penyair (诗人) daripada Negara Chu (楚国) [2] [13] [18] [19].

Dia adalah seorang menteri yang berbakat dan setia pada negaranya, banyak memberikan ide untuk memajukan Negara Chu, juga disayangi oleh orang rayat. Dia ingin Negara Chu bersatu dengan Negara Qi (齐国) untuk memerangi Negara Qin (秦国). Namun, raja Negara Chu tidak suka Qu Yuan dan dia telah dibuang dari Negara Chu pada tahun 293 SM.

Pada tahun 278 SM, Bandar Ying (郢都), ibu negara (首都) kepada Negara Chu telah dimusnahkan oleh Bai Qi (白起), seorang Jeneral (将军) dari Negara Qin dan semua penduduk bandar telah dibunuh. Berita ini telah menakutkan Qu Yuan karena dia bimbang untuk masa depan Negara Chu dan kemudian bunuh diri dengan melompat ke Sungai Miluo (汨罗江) pada Bulan Kelima Hari Kelima dalam Kalendar Cina.

Rakyat Negara Chu kemudian merasa sedih. Mereka pergi ke sungai tersebut untuk mencarikan Qu Yuan tetapi mereka gagal. Selepas itu, mereka melemparkan nasi pulut yang dibungkus dengan daun (Zongzi 粽子) ke dalam sungai daripada perahu yang telah dicat seperti seekor naga (Perahu Naga 龙舟) supaya haiwan-haiwan yang berada di kawasan sungai tersebut tidak mengganggukan badan Qu Yuan[2][20].

Pada tahun 223 SM, Negara Qin telah berjaya untuk menghapuskan Negara Chu dan pada tahun 221 SM untuk Negara Qi. Selepas itu, Ying Zhao Zheng (嬴赵政), raja kepada Negara Qin telah mengisytiharkan dirinya sebagai "Maharaja Mulia Pertama" (Qin Shi Huang) dan Negara Qin direka semula sebagai Empayar Qin. Era empayar ini dikenali sebagai Dinasti Qin oleh ahli sejarah.[21]

Zongzi[sunting | sunting sumber]

"Jian Zong (碱粽)", juga dikenali sebagai "Jianshui Zong (碱水粽)", "Kicang", mereka lebihi kecil berbanding dengan Zongzi yang lain
"Kicang Tausa (Kicang dengan pes kacang merah)" yang dijual di Kota Batam, Wilayah Kepulauan Riau, Indonesia
"Akumaki (灰汁卷き)" dari Wilayah Kagoshima, Kyuusyuu, Jepun
"Chikayamaki (茅巻き)" dari Jepun

Zongzi ( Hanzi : 粽子 ; Mandarin : Zong Zi ; Bahasa Inggeris : Glutinous Rice Dumpling[11], Rice Dumpling[6][8][9] ; Bahasa Jepun : Chimaki[13] ; Bahasa Vietnam : Bánh ú[7]) yang pada asanya adalah beras pulut yang dibungkus dengan daun, dan kemudian mereka akan dimasak dengan proses pengukusan atau pendidihan[11].

Kategori[sunting | sunting sumber]

Kategori Zongzi termasuk :

Su Zong[sunting | sunting sumber]

Su Zong (素粽 ; Vegetarian Zongzi): Kategori Zongzi sesuai untuk Vegetarian. Zongzi dalam kategori ini juga dikenali sebagai "Chaicang (Hanzi : 菜粽 ; Mandarin: Cai Zong)".

Jenis Zongzi termasuk :

  • Jian Zong (碱粽): Jenis Zongzi yang berwarana kuning atau jingga dan tanpa isi, juga dikenali sebagai "Jianshui Zong (碱水粽)", "Alkaline Water Dumpling", "Kicang", dan "Kee Chang". Mereka lebihi kecil berbanding dengan Zongzi yang lain[7][8].
  • Jian Zong Hong Dou (碱粽红豆): juga dikenali sebagai "Red Bean Alkaline Water Dumpling (红豆碱水粽子)", "Red Bean Kee Chang", "Kicang kacang merah", "Kicang dengan kacang merah", dan "Kicang Tausa (碱粽豆沙)". Versi yang diisi dengan pes kacang merah (红豆)[8][9].

Rou Zong[sunting | sunting sumber]

Rou Zong (肉粽): Kategori Zongzi yang mempunyai tambahan daging haiwan, termasuk ternakan, buruan, ikan, babi dan/atau krustasia.[6] [9] Zongzi dalam kategori ini terdapat banyak jenis

Zongzi dalam kategori ini juga dikenali dengan banyak nama termasuk "Bakcang", "Bak Cang", "Bak Chang", dan "Bacang"[22], dapat juga ada jenis yang diisi dengan telur dan/atau kacang[9].

Kawasan[sunting | sunting sumber]

Zongzi istimewa dari segi kawasan termasuk :

Jepun, Ryukyu[sunting | sunting sumber]

Malaysia, Singapura[sunting | sunting sumber]

  • Nyonya Zongzi (Hanzi : 娘惹粽子 ; Bahasa Inggeris : Nyonya Rice Dumpling)

Vietnam[sunting | sunting sumber]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Contoh majlis sembahyang bagi sesetengah Orang Han dan Orang Vietnam yang berdoa kepada Tuhan, Dewa, Dewi, dan/atau Leluhur mereka semasa "Perayaan Duan Wu"
Orang Hong Kong, Indonesia, Macau, Taiwan merayakan "Perayaan Duan Wu" dengan aktiviti "berdirikan telur (立蛋)"
Kashiwa Mochi (柏饼): dibuat dari tepung beras dan isi dengan pes kacang merah, makanan tradisional Orang Jepun untuk "Tango No Sekku (端午の節句)"
"Beko Mochi" dari Wilayah Hokkaidou, Hokkaidou, Jepun
Orang Ryukyu perlumbaan Perahu Naga di Okinawa, Jepun

Biasanya perayaan ini berada pada "Bulan Kelima Hari Kelima" dalam Kalendar Cina dan dari Bulan Mei ke Jun dalam Kalendar Gregorius (sejenis sistem untuk era kalendar "Anno Domini")[2] [13].

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Aktiviti tradisional untuk perayaan termasuk memakan Zongzi dan berlumba Perahu Naga[2].

Kawasan[sunting | sunting sumber]

Sambutan istimewa dari segi kawasan :

Han[sunting | sunting sumber]

Orang Han ada makan Zongzi dengan minum teh. Minum "Anggur Realgar" (arak beras) untuk mengusir pergi segala penyakit dan roh jahat. Menggantungkan Rumput Ai (艾草) dan Pokok Jerangau (菖蒲). "Berdirikan telur (立蛋)" dalam posisi berdiri diatas lantai atau meja pada waktu tengarhari[22].

Sesetengah daripada Orang Han berdoa kepada Tuhan, Dewa, Dewi, dan/atau Leluhur mereka semasa "Perayaan Duan Wu".

Indonesia[sunting | sunting sumber]

Dikenali sebagai "Peh Cun (扒船)" dari "Pe Liong Cun (扒龍船 Perahu Naga)" ia bermaksud "mendayung perahu naga (Perayaan Perahu Naga)" oleh Orang Indonesia. Mereka juga merayakan "Perayaan Duan Wu" dengan makan Zongzi dan "berdirikan telur"[22].

Jepun[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya dikenali sebagai "Tango (Tulisan Kanji : 端午)[2] atau "Tango No Sekku (Bahasa Jepun : 端午の節句)"[13], selepas tahun 1948, ia dinamakan sebagai Hari Kanak-kanak (Jepun)[13]. Walaupun begitu, sesetengah Orang Jepun masih merayakan perayaan ini di kawasan Jepun[25].

Makanan Tradisional :

Ryukyu[sunting | sunting sumber]

Orang Ryukyu merayakan "Duan Wu" juga dikenali sebagai "Tanuu (Bahasa Ryukyu : 端午 ; Katakana : タンウー)[30]".

Pada Bulan Kelima Hari Keempat dalam "Kalendar Cina" dan dari Bulan Mei ke Jun dalam "Kalendar Gregorius", Orang Ryukyu akan menggunakan "Perahu Naga" yang dikenali sebagai "Sabani"[31] atau "Haryusen (Bahasa Ryukyu : 爬竜船 ; Hanzi : 爬龙舟)" untuk "berlumba Perahu Naga" yang dikenali sebagai "Haarii (Bahasa Ryukyu : 爬竜 ; Katakana : ハーリー ; Hanzi : 霸津)[32]".

Perayaan juga diadakan supaya nelayan Orang Ryukyu boleh berdoa kepada Tuhan, Dewa, Dewi Lautan untuk pelayaran yang selamat dan tangkapan yang baik dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan, Dewa, Dewi Lautan untuk berkat kepada mereka[31].

Korea[sunting | sunting sumber]

Orang Korea merayakan "Duan Wu" juga dikenali sebagai "Dano (Bahasa Korea: 단오 ; Hanja: 端午)[2]" dengan bermain seesaw dan swing gergasi[25].

Orang Korea berdoa kepada Tuhan, Dewa, Dewi mereka[14], dan minum "Anggur Realgar" (arak beras) semasa "Perayaan Dano"[25].

Vietnam[sunting | sunting sumber]

Dikenali sebagai "Tet Doan Ngo" (Bahasa Vietnam : Tết Đoan Ngọ ; Chu Nom : 节端午 ; Bahasa Inggeris : Festival Doan Ngo)[2] [7]. Hari ini merupakan seperti hari "gotong-royong" untuk menghapuskan "makhluk perosak" bagi Orang Vietnam[33] [34].

Mereka ada makan "Banh u (Zongzi)", Jian Zong yang dikenali sebagai "Banh u Tro" atau "Banh Tro" (Bahasa Vietnam : Bánh ú Tro , Bánh Tro ; Chu Nom : 饼灰). Sesetengah daripada Orang Vietnam berdoa kepada Tuhan, Dewa, Dewi, dan/atau Leluhur mereka semasa "Tet Doan Ngo"[7].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Inggeris) Different ways to celebrate in Asia" di CGTN
  2. ^ a b c d e f g h i j k l "Pesta Perahu Naga" di "LimauMandarin.com"
  3. ^ (Mandarin) Kerajaan Taiwan
  4. ^ (Mandarin) Kerajaan Macau, China
  5. ^ (Mandarin) Kerajaan Negara China
  6. ^ a b c d e (Inggeris) "Nyonya Chang" di "HuangKitchen.com"
  7. ^ a b c d e f (Inggeris) "Bánh ú Tro" di "LanHue.com"
  8. ^ a b c d (Inggeris) "Alkali Water Dumpling" di "HuangKitchen.com"
  9. ^ a b c d e (Inggeris) "Rice Dumpling" di "ChineseAmericanFamily.com"
  10. ^ "Dragon Boat Festiva" di "TravelChinaGuide.com" (Bahasa Inggeris)
  11. ^ a b c d (Inggeris) The Rice Dumpling Festival di The Star (Malaysia)
  12. ^ (Inggeris) Double Fifth Festival di "CGTN"
  13. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p (Jepun) "端午" di "Hitosara.com"
  14. ^ a b c d e (Inggeris) Dano di "korea.net"
  15. ^ (Mandarin) 午月 di "sogou.com"
  16. ^ (Mandarin) 午月 di "5156edu.com"
  17. ^ (Mandarin) Berita "Patung gergasi Qu Yuan" di "jznews.com.cn"
  18. ^ (Mandarin) 屈原 di "GuShiWen.org"
  19. ^ (Mandarin) 屈原 di "gs5000.cn"
  20. ^ (Inggeris) "Things you might not know about the Dragon Boat Festival" di CGTN
  21. ^ 徐俊 (November 2000). 中国古代王朝和政权名号探源 (dalam bahasa Cina). 湖北武昌: 华中师范大学出版社. m/s. 55–57. ISBN 7-5622-2277-0.
  22. ^ a b c (Indonesia) "Ketahui 7 Hal Mengenai Festival Perahu Naga" di "TiongHoa.info"
  23. ^ a b "(Jepun) "Akumaki" di Wilayah Kagoshima". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 2019-06-27.
  24. ^ a b (Jepun) "笹巻き" di "gNavi.co.jp"
  25. ^ a b c "How people spend Dragon Boat Festival in South Korea and Japan" di CGTN
  26. ^ (Inggeris) "Kashiwa Mochi" di TsunaguJapan.com
  27. ^ (Jepun)"Kashiwa Mochi" di kotobank.jp
  28. ^ (Jepun) "べこ餅" di "gNavi.co.jp"
  29. ^ (Jepun) "麦だんご" di "gNavi.co.jp"
  30. ^ (Jepun) 端午 di "琉球大学附属図書館 University of Ryukyus Library"
  31. ^ a b (Inggeris) Haarii di "oki-islandguide.com"
  32. ^ (Mandarin) 霸津 di "ChineseFolkLore.org.cn"
  33. ^ (Inggeris) Duanwu, festival in Vietnam "People.cn"
  34. ^ (Inggeris) Festival in Vietnam "MazeVietnam.com"