Perayau Marikh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Konsepsi pelukis tentang perayau Curiosity semasa ia menggunakan alat Kimia dan Kamera (ChemCam) bagi meneliti permukaan Marikh. Curiosity mendarat di Marikh pada bulan Ogos 2012.

Perayau Marikh adalah kenderaan motor automatik yang bergerak sendiri di atas permukaan planet Marikh selepas melakukan pendaratan.

Perayau mempunyai beberapa kelebihan berbanding pendarat pegun: perayau boleh memeriksa kawasan yang lebih luas; ia boleh digerakkan berjalan ke permukaan-permukaan menarik, ia boleh berpindah ke kedudukan yang cerah ketika musim sejuk, dan ia boleh memajukan pengetahuan tentang bagaimana untuk mengawal kenderaan robotik pada jarak yang sangat jauh.

Terdapat empat operasi perayau robotik Marikh yang berjaya dikendalikan. Agensi A.S. Jet Propulsion Laboratory berjaya mengendalikan misi kapal angkasa Mars Pathfinder dan Sojourner yang sekarang tidak aktif. Ia kini sedang mengendalikan misi Mars Exploration Rover melalui perayau Opportunity and Spirit yang tidak aktif, dan perayau Curiosity sebagai sebahagian daripada misi Mars Science Laboratory.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]