Perbadanan Kemajuan Multimedia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perbadanan Kemajuan Multimedia (Bahasa Inggeris: Multimedia Development Corporation, singkatan: MDeC) ialah sebuah isntitusi milik kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) sebagai kawasan industri dan perdagangan teknologi bertaraf dunia di Malaysia.
MDeC ditugaskan:
- menarik pelabur ICT antarabangsa untuk mendirikan perniagaan di MSC Malaysia, sambil menyediakan bantuan teknikal dan pentadbiran
- menjalinkan hubungan antara syarikat MSC tempatan
- menarik bakat profesional ICT untuk bekerja di MSC Malaysia
- menghubungkan operasi perniagaan baru dengan pekerja bermutu (melalui KWX)
- menguruskan prasarana digital di kawasan MSC Malaysia (melalui MSC Technology Centre) dan keselamantan (melalui Trustgate)
- menggalakkan pelaburan di perniagaan MSC Malaysia (melalui MSCVC)
- menasihati kerajaan mengenai perkembangan undang-undang berkenaan teknologi
- menyelenggara perkhidmatan perdagangan dan perumahan MSC Malaysia
- membantu negara lain dalam Inisiatif ICT Kebangsaan melalui MSC Technology Centre
Lembaga pengaran MDeC merangkumi pelabur teknologi tersohor di Asia Tenggara, dan juga Ketua-ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.