Perbadanan Kota Buku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perbadanan Kota Buku
Jenis/bentuk sahSyarikat Berhad Menurut Jaminan Kerajaan
IndustriPerbukuan
Ditubuhkan06 Julai 2011
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
PemilikKementerian Pelajaran Malaysia
Tapak webhttp://www.kotabuku.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Latar Belakang Syarikat[sunting | sunting sumber]

Perbadanan Kota Buku diilhamkan sejajar dengan Polisi Buku Nasional yang mencadangkan penubuhan "Kota Buku" di Malaysia. Berfungsi sebagai pusat sehenti kepada pembaca, penulis dan penerbit untuk berkumpul, rangkaian dan menjalankan aktiviti berkaitan buku bersama-sama.

Visi[sunting | sunting sumber]

Untuk menjadi agensi utama dalam pembangunan industri buku negara, merangkumi aspek:

  • Pembangunan Kapasiti
  • Dagangan Kandungan Buku
  • Aktiviti-aktiviti berkaitan perbukuan
  • Penyedia teknologi


Misi[sunting | sunting sumber]

  • Menyediakan latihan bagi pembangunan kapasiti, terutamanya dari segi aspek "Buku Masa Hadapan" melalui Akademi Kota Buku.
  • Memacu Industri Buku Negara ke tahap yang lebih tinggi melalui program-program keusahawanan sosial, rangkaian dengan penggiat industri tempatan dan luar negara, menerokai dunia pasaran baru dan membangunkan infrastruktur bertaraf dunia untuk industri perbukuan.
  • Membangunkan platform digital untuk Kota Buku supaya menjadi pemangkin impak tinggi bagi semua aktiviti berkaitan perbukuan yang dijalankan.


Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Untuk menjadi nukleus negara bagi industri perbukuan.
  • Untuk menjadi pusat pameran dan aktiviti buku negara.
  • Untuk menjadi pusat penjelasan dan rujukan bagi industri perbukuan.
  • Untuk menjadi pelopor bagi teknologi terkini dalam industri perbukuan.


Akademi Kota Buku[sunting | sunting sumber]

Asas penubuhan Akademi Kota Buku (AKB) adalah ingin melahirkan sebuah pusat latihan bagi penggiat industri tanah air dengan memfokuskan 20% pada penerbitan konvensional dan 80% adalah pada penghasilan kandungan secara digital.

Objektif penubuhan Akademi Kota Buku sebagai program latihan berjenama adalah seperti berikut:

  • Untuk menyediakan kandungan relevan bagi tujuan latihan supaya dapat memenuhi keperluan perdagangan buku sedunia dengan memberi tumpuan kepada aspek "Buku Masa Hadapan".
  • Untuk menyediakan program latihan khusus bergantung kepada keperluan pasaran.
  • Untuk menjadikan latihan sebagai program teras penting dalam agenda pembangunan kapasiti buku negara.

Aspek latihan ini disediakan dalam satu siri kursus dan latihan AKB seperti yang berikut:

  • Hak cipta
  • Teknologi penerbitan
  • Ekonomi penerbitan dalam era digital
  • Penemuan/Penciptaan



Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 2009, sejumlah RM27 juta dibelanjakan bagi pembangunan Kota Buku, iaitu premis berkelompok / bangunan yang menempatkan kelompok industri yang berkaitan buku.
Projek yang diselenggarakan oleh Kementerian Pelajaran akan mengumpulkan para penerbit, penulis dan pengedar buku beroperasi di bawah satu bumbung. Bangunan milik kerajaan itu telah menjalani kerja-kerja pengubahsuaian dengan kos kira-kira RM20 juta dengan sebahagiannya dijadikan Muzium Guru manakala sebahagian lain sebagai Kota Buku.Pada 2009, sejumlah RM27 juta dibelanjakan bagi pembangunan Kota Buku, iaitu premis berkelompok / bangunan yang menempatkan kelompok industri yang berkaitan buku.[1], [2]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]