Perbadanan Putrajaya
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perbadanan Putrajaya merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya. Ia diketuai oleh Presidennya, Tan Sri Samsudin Osman.
Isi kandungan |
Objektif dan fungsi [sunting]
Objektif [sunting]
Objektif Perbadanan Putrajaya adalah :
- Objektif Perbadanan adalah untuk membangun, mentadbir dan mengurus kawasan Perbadanan Putrajaya bagi pihak Kerajaan Persekutuan
Fungsi [sunting]
Fungsi Perbadanan Putrajaya adalah :
- Menjalankan segala kuasa kerajaan tempatan di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya
- Menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti-aktiviti yang bersifat komersil yang perjalanannya didapati oleh Perbadanan adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya
- Mengawalselia, menyelaras dan mengusahakan pembangunan termasuk pembangunan infrastruktur, di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya
- Mengawal dan menyelia perlaksanaan aktiviti di kawasan Perbadanan Putrajaya
- Bertindak sebagai ejen Kerajaan Persekutuan
- Pentadbir tanah Kawasan Perbadanan Putrajaya
Alamat surat menyurat [sunting]
PERBADANAN PUTRAJAYA
Kompleks Perbadanan Putrajaya,
24, Persiaran Perdana, Presint 3,
62675 Putrajaya
Malaysia
Telefon : 603 8887 7000
Faks : 603 8887 5000
Call Centre (Aduan):
Telefon : 603 8887 3000
Faks : 603 8887 5050
E-mel : PPj Customer (customer@ppj.gov.my)
