Perbandaran Stonycreek, Kaunti Somerset, Pennsylvania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Stonycreek Township,
Somerset County,
Pennsylvania
Tugu Peringatan Kebangsaan Penerbangan 93 yang sementara
Tugu Peringatan Kebangsaan Penerbangan 93 yang sementara
Peta Kaunti Somerset, Pennsylvania yang menyorotkan Perbandaran Stonycreek
Peta Kaunti Somerset, Pennsylvania yang menyorotkan Perbandaran Stonycreek
Peta Kaunti Somerset, Pennsylvania
Peta Kaunti Somerset, Pennsylvania
Negara Amerika Syarikat
Negeri Pennsylvania
Kaunti Somerset
Diduduki
Diperbadankan
Luas
 - Jumlah 61.4 batu persegi (159 km²)
 - Daratan 61.2 batu persegi (158.5 km²)
 - Perairan 0.2 batu persegi (0.5 km²)
Penduduk (2000)
 - Jumlah 2,221
 - Kepadatan 36.3/batu persegi (14/km²)
Zon waktu Timur (EST) (UTC-5)
 - Musim panas (DST) EDT (UTC-4)

Perbandaran Stonycreek (Bahasa Inggeris: Stonycreek Township) ialah sebuah kawasan perbandaran di Kaunti Somerset, Pennsylvania, Amerika Syarikat, yang diduduki oleh 2,221 orang, mengikut banci 2000. Ia tergolong dalam Kawasan Statistik Metropolitan Johnstown, Pennsylvania.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

Tempat yang kini dikenali sebagai Stonycreek Township mulai diduduki orang pada tahun 1762. Perbandarannya diperbadankan pada tahun 1792 daripada sebahagian Perbandaran Quemahoning sebagai yang terakhir daripada enam perbandaran asal Kaunti Somerset.

[sunting] Serangan 11 September 2001

Tapak hempasan

Perbandaran Stonycreek mendapat perhatian dunia pada 11 September 2001, apabila Penerbangan 93 United Airlines terhempas di situ lalu mengorbankan semua penumpangnya. Penerbangan 93 merupakan salah satu daripada empat buah kapal terbang yang dirampas pada hari itu dalam serangan pengganas al-Qaeda terhadap Amerika Syarikat. Adalah dipercayai bahawa perampas Penerbangan 93 hendak menggunakan pesawat itu untuk memusnahkan bangunan Kapitol Amerika Syarikat atau Rumah Putih di Washington, D.C. Ramai orang percaya bahawa hempasan ini merupakan kesan pergelutan antara penumpang dan perampas demi kawalan pesawat, setelah para penumpang menduga tujuan kapal terbang dirampas melalui perbualan telefon bimbit dengan sanak-saudara. Tempat hempasan bakal dijadikan sebuah tugu peringatan.

[sunting] Rujukan


[sunting] Pautan luar

Koordinat: 39°59′00″U 78°51′59″B / 39.9833333°U 78.86639°B / 39.9833333; -78.86639

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain