Perbankan Islam di Mesir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Eksperimen untuk pertama kalinya dengan perbankan Islam bermula di Mesir secara tersirat, tanpa menggunakan imej Islam kerana khuatir dilabelkan sebagai manifestasi fundementalis Islam oleh rejim pemerintah Mesir.

Pada tahun 1963, Ahmad El Naggar telah menjadi perintis dengan menubuhkan sebuah bank berdasarkan keuntungan bersama di bandar Mit Ghamr, Mesir. Eksperimen in berlanjutan sehingga tahun 1967, di mana terdapat kira-kira 9 buah bank yang mempunyai sistem yang sama. Bank-bank tersebut tidak mengenakan mahupun membayar faedah, pelaburan kebanyakannya dalam perdagangan dan industri, secara langsung atau secara perkongsian di mana keuntungannya akan dikongsi bersama-sama pelabur-pelabur bank-bank berkenaan. Kesimpulannya, bank-bank ini lebih berfungsi sebagai institusi tabungan-pelaburan daripada bank komersial.

Pada tahun 1971, Nasir Social Bank telah diiktiraf sebagai bank komersial tanpa faedah, walaupun dalam perlembagaanya tidak dirujuk pada perkataan Islam mahupun Syariah.

Bank-Bank Islam di Mesir[sunting | sunting sumber]