Perbincangan:A.C. Milan

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Link untuk San Siro dan bahagian stadium[sunting sumber]

Saya telah mendapati bahawa tiada link untuk San Siro. Yang ada cuma Stadium San Siro. Jadi saya telah membetulkan link itu supaya menuju ke Stadium San Siro. Malangnya seseorang telah menukar link tersebut menuju ke San Siro lagi dan membuatkan link merah di sana-sini. Saya boleh batalkan suntingan tersebut tetapi saya tak mahu perang suntingan terjadi.

Satu lagi yang saya kesali adalah suntingan terhadap bahagian stadium. Semuanya telah saya terjemahkan daripada Bahasa Inggeris tetapi kini ia telah diubah semula dengan beberapa perkataan Inggeris. Contohnya saya telah mengubah 'nominal fee' menjadi 'harga nominal' tetapi ia telah diubah kembali ke 'nominal fee'.

Saya berharap kita dapat bersama-sama memperbaiki rencana ini tetapi biarlah dengan cara yang bertanggungjawab dan bukan merosakkannya. Masih terdapat banyak link merah jadi lebih baik kita berusaha untuk menulis rencana untuk link merah ini. Zapata1125 18:24, 22 Julai 2008 (UTC)[balas]

Saya dah kemaskini. Harap ok. ...Aurora... 14:53, 23 Julai 2008 (UTC)[balas]

Sekarang dah ok. Terima kasih Aurora. Diharapkan tak ada lagi suntingan tak bertanggungjawab terhadap rencana ini dan mana-mana rencana yang lain. Zapata1125 15:50, 23 Julai 2008 (UTC)[balas]