Perbincangan:Al-Arqam

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gaya tulisan rencana ini berat sebelah. Melabelkan pengikut Al-Arqam masyarakat yang "dikelirukan" pada bahagian pengenalan jelas tidak ikut dasar pandangan berkecuali Wikipedia. Saya faham majoriti umat Islam di Malaysia anggap Al-Arqam sebagai ajaran sesat, tetapi kita juga perlu ikut dasar Wiki. Bukannya nak tulis macam Al-Arqam itu baik atau ajaran sahih, tetapi penulis rencana mesti ada pandangan berkecuali: tengok gaya tulisan en:The Holocaust.

Saya enggan mengemas kini rencana ini kerana tak begitu faham kandungannya. Sebab itulah saya letakkan label {{NPOV}} supaya pembaca dan penyunting lain diberitahu. - Yk (b) 23:34, 13 Mei 2010 (UTC)[balas]

Sebenarnya itu menurut pandangan rasmi kerajaan yang melebelkan Al-Argam sebagai sesat dan [diharamkan], dan bukannya pandangan peribadi penyelia.
"Apabila ajaran Al-Arqam diharamkan, Ashaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 September 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang, dekat sini dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun." Yosri (bincang) 00:47, 14 Mei 2010 (UTC)[balas]

Baiklah, pengenalan rencana kini neutral. Cuma saya nak ingatkan, pandangan rasmi kerajaan adalah pandangan juga :) - Yk (b) 04:17, 14 Mei 2010 (UTC)[balas]

Pandangan rasmi kerajaan adalah pandangan "published evidence" oleh itu boleh dimasukkan. Pandangan penyelia adalah NPOV, boleh dicabar, menurut guideline NPOV. :( Yosri (bincang) 06:49, 14 Mei 2010 (UTC)[balas]
Setuju. Sekiranya pandangan yg dipetik drpd sumber yg boleh dipercayakan dimasukkan, walaupun jelas berat sebelah pun boleh dimasukkan, tapi mesti letak petikan sumber. - Yk (b) 08:38, 14 Mei 2010 (UTC)[balas]