Perbincangan:Alexander Agung

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berkenaan beza Alexander Agung dan Iskandar Zulkarnain, ianya telah disahkan mempunyai perbezaan setelah membandingkan sejarah Alexander dan kisah Iskandar (yang terdapat dalam Al-Quran - Surah Al-Kahfi). Jika tiada yang membuatnya, saya akan membuatnya kelak. — Polar 02:48, 6 April 2006 (UTC)[balas]


Penggunaan nama "Alexander Agung" adalah tidak padan dengan nilai-nilai kemanusiaan kita. Tak kan seorang yang telah membunuh beratus-ratus ribu orang, mahupun berjuta-juta orang, dapat kita menghormati? Oleh itu, saya menyarankan bahawa nama Alexander Agung diubah suai menjadi "Alexander Penjenayah Agung" ataupun "Alexander Penzalim Agung". Mungkin juga, kita boleh tambahkan "J" daripada perkataan "JENAYAH" kepada perkataan "Agung"nya menjadi "Alexander Jagung". Asalkan dia tidak menggunakan perkataan "Agung", hehehe.

Baik kita khaskan perkataan "Agung" itu untuk Dr Mahathir. Sememangnya, kelayakan beliau adalah paling dekat dengan gagasan-gagasan Plato dalam karya Republiknya untuk menjadi pemerintah. Dr Mahathir adalah seorang ahli fikir, iaitu ahli falsafah (tetapi bukan ahli falsafah konvensional). Beliau memulakan perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri dengan konsep "Bersih, Cekap, dan Amanah". Bagaimanapun, beliau tidak dapat menjalani kesemua gagasannya, kerana tidak dapat sokongan yang mencukupi daripada kaum Melayu. Mengikut Machiavelli, "seseorang Pemerintah (digelarkannya "Putera" dalam istilah zaman itu) harus sanggup membuat apa-apa sahaja yang diperlukan untuk memeliharakan kuasa." Kalau tidak, orang itu tidak akan dapat mencapai sebarang perkara. Kemungkinan disebabkan ini, pentadbirannya kelihatan korup kerana beliau harus mendapat sokongan dari mana-mana satu pihak yang sudi menyokongnya; sememangnya saya tidak dapat memastikan kenyataan ini. Pada tahun 1987 atau 1988, UMNO sudah menjadi bankrup dan pendaftaran UMNO juga telah dibatalkan.

Dr Mahathir tetap seorang manusia, dengan kelemahan-kelemahan tersendiri. Bagaimanapun, pencapaiannya amat mengkagumkan. Cuba fikir! Untuk menjalani pekerjaan dalam sebuah syarikat kecil sudah susah, apa lagi dengan memerintah sebuah negara yang berbilang kaum. Tambahkan lagi dengan orang-orang yang selalu nak tarik kerusi anda sewaktu anda bertugas, dan anda dapat membayangkan betapa susah, hehehe.

Saya amat menghormati pencapaiannya dalam penyelesaian Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997, tanpa bantuan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa. Walaupun Dr Mahathir bukan pakar ekonomi, gagasannya adalah jauh lebih baik daripada ahli-ahli ekonomi. Kalau tiada Dr Mahathir, mungkin kita masih membayar hutang pada hari ini. Lagi suatu pencapaiannya yang utama ialah penciptaan sebuah kelas menengah yang besar untuk kaum Melayu. Saya pernah melawat negara Indonesia dan negara Filipina. Memang amat sakit hati sewaktu melihat ketidakseimbangan dalam sebuah masyarakat yang cuma terdiri daripada kelas atas dan kelas bawah, hampir-hampir tanpa kelas menengah. Sememangnya, usaha untuk memperbaiki kehidupan kaum Melayu benar-benar bermula daripada Tun Abdul Razak, tetapi kebanyakan gagasan beliau serta Tun Hussein diasaskan daripada gagasan-gagasan dalam karya Dr Mahathir yang bertajuk "Dilema Melayu".

Oleh itu, kalau perkataan "Agung" diberikan kepada Alexander Si-Pembunuh, maka kita kena menggelarkan Dr Mahathir sebagai Mahathir Mahaagung. Tetapi perkataan "Mahaagung" tidak wujud dalam kamus Dewan Bahasa. Oleh itu, kita terpaksa menggelarkan Alexander sebagai "Alexander Jagung", dan Dr Mahathir sebagai "Mahathir Agung". Saya merehatkan kes saya, hehehe. — 219.95.188.132 22:36, 10 April 2006 (UTC)[balas]

Sememangnya cadangan saudara untuk menamakan Alexander Agung kepada Alexander Jagung adalah menarik. Tetapi kita tidak boleh lupa yang penggunaan perkataan "Agung" itu adalah sebagai ganti kepada perkataan the Great dalam Bahasa Inggeris. Sejarah tidak boleh diubah malah kita perlu akui bahawa kehebatannya menakluki sebahagian dunia sehingga ke India sememangnya menakjubkan kerana sebelum dia menjadi raja, Kerajaan Macedon hanyalah sebuah negara kecil di Greece. — Master2841 07:26, 11 April 2006 (UTC)[balas]

Hai Master2841, menurut ali sejarah*, nama penuh "Alexander the Great" sebenarnya ialah "Alexander the Great Killer". Selepas seorang terbunuh oleh Alexander kerana menggunakan nama itu, semua orang sudah takut, namun mereka semua cuma menggunakan nama singkatan, iaitu "Alexander the Great". Bagaimanapun, semua orang pada waktu itu tahu bahawa "Alexander the Great" bermaksud "Alexander the Great Killer", walaupun perkataan "Killer" telah digugurkan. Tetapi selepas banyak air mengalir di bawah jambatan, manusia telah terlupa perkataan "Killer" di belakang nama "Alexander the Great", dan kemudian memperdewakannya sehingga sekarang. Harap maklumat ini amat membantu. — PM Poon 20:53, 11 April 2006 (UTC)[balas]

*Ali Sejarah, nama penuhnya, ialah Syed Ali bin Syed Sejarah, salah satu watak daripada Hikayat PM Poon, hehehe.


Alexander Agung[sunting sumber]

Ya setidak-tidaknya dunia mengenal dia demikian. Mikhailov Kirow 15:51, 25 April 2008 (UTC)[balas]

Halaman pembicaraan ini memberikan saya banyak masukkan. Terima Kasih banyak teman-teman ms.wiki. Mikhailov Kirow 14:54, 30 April 2008 (UTC)[balas]

If one has to become famous by killing countless people, what then is fame worth? Gandhi is famous too, but did he kill anyone? And so do many famous people. Are they greater than the Great Idiot? Well, it all depends your value system. But I am sure you will curse and swear and change your mind immediately if someone like Alexander (I say like Alexander, because Alexander is no longer alive) kills one of your loved ones, e.g. your mother, your sister, your wife, or your children, or loot your house, not to mention rape. Such hyprocrisy! Because other people's live don't count in their consideration. And they claim they are Christian or whatever! — Syarikat Pemunggahan Rencana 09:30, 2 Mei 2008 (UTC)[balas]