Perbincangan:Bahasa Melayu Malaysia

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Perbincangan:Bahasa Malaysia)
Malaysia Rencana Bahasa Melayu Malaysia ini merupakan sebahagian daripada WikiProjek Malaysia. Ia ialah satu usaha kerjasama bagi memperbaiki liputan rencana-rencana dan topik-topik yang berkaitan dengan Malaysia. Jika anda mahu menyertai, lawatilah laman projek. Sebarang pertanyaan dan komen mengenai laman projek, silalah kemukakannya di laman perbincangan projek.
Rencana pilihan RP Rencana ini telah digolongkan dalam kelas RP pada skala kualiti.
Tertinggi Rencana ini telah didapati berkepentingan Tertinggi pada skala kepentingan.


Bahasa Melayu Piawai[sunting sumber]

Ini menurut saya seorang rakyat marhaen ,

Bahasa Melayu Piawai tidak boleh di samakan atau dicampurkan dengan Bahasa Melayu Malaysia , Bahasa Indonesia (Bahasa Melayu Indonesia) , Bahasa Melayu Singapura , Bahasa Melayu Brunei , Bahasa Melayu Johor dan Bahasa Melayu Riau . Kerana Bahasa Melayu Piawai adalah bahasa rasmi digunakan untuk berhubung atau surat menyurat . Juga isu Bahasa Melayu Johor dan Bahasa Melayu Riau , walaupun kedua bahasa ini menggunakan konsonan (a) jadi (e) ini tidak bermakna ianya sama . Ada beberapa perkataan di dalam Bahasa Melayu Johor tidak ada di dalam Bahasa Melayu Riau . Ahmad Nubhan (bincang) 09:26, 8 November 2023 (UTC)[balas]

Pada asalnya ianya adalah 1 bahasa disebut Johor-Riau namun disebabkan penjajahan Eropah Barat maka empayar ini terpisah dan Johor terpengaruh dengan Inggeris manakala Riau terpengaruh dengan Belanda... Secara bahasanya tetap Bahasa yang sama. Nazran225 (bincang) 02:27, 9 November 2023 (UTC)[balas]
Pada awalnya memang bahasa Johor-Riau sekarang dah berbeza mana boleh disamakan . Sekarang perlu buat pecahan .
Saya masih tidak berpuas hati kerana ada yang berkata Melayu Johor menggunakan Bahasa Melayu Riau . Kalau kenyataan Bahasa Melayu Piawai (Bahasa Johor-Riau) ini baru tepat bukannya Bahasa Melayu Malaysia adalah bahasa melayu piawai . Juga Bahasa Melayu Malaysia (Bahasa Malaysia) di ambil daripada Bahasa Melayu Johor-Riau ini baru betul . Dewan bahasa dan Pustaka kena buat pengelasan Bahasa Melayu Piawai cabangnya
, Bahasa Melayu Malaysia , Bahasa Melayu Johor , Bahasa Melayu Riau , Bahasa Mel Singapura dan sebagainya supaya lebih tepat . ayu Ahmad Nubhan (bincang) 13:03, 9 November 2023 (UTC)[balas]
Rencana ini menggunakan nama "Bahasa Melayu Malaysia" kerana Malaysia yang mengawal standard bahasa ini dan bahasa ini bertentangan dengan Bahasa Indonesia (Standard Melayu campuran Jawa dan seumpamanya). Standard rasmi yang digunakan di Brunei dan Singapura juga diambil daripada "Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia" dan bahasa ini lebih kepada Malaysia sahaja mengawalnya berbanding Brunei dan Singapura kerana 2 negara tersebut kebiasaannya akan guna piawai yang dibuat oleh DBP Malaysia tanpa bantahan walaupun negara berkenaan ada agensi tersendiri. Nazran225 (bincang) 16:44, 9 November 2023 (UTC)[balas]
Dari segi linguistik, setahu saya untuk bahasa Melayu (buat masa ini ketepikan dahulu bahasa Indonesia ya) cuma ada satu laras piawainya iaitu bahasa Melayu Baku/Piawai/Standard yang diselaraskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Maka saya berpendapat memang wajar kalau nak samakan bahasa Melayu Baku/Piawai/Standard dengan bahasa Melayu Malaysia, kerana pemiawaian bahasa Melayu ini dilakukan oleh badan berkuasa yang berpusat di Malaysia, dan laras piawai inilah yang diperakui dan digunakan secara meluas di Malaysia, Brunei dan Singapura.
Manakala dialek/bahasa lama Johor-Riau (abad ke-19) pula kemudian berpecah kepada tiga anak utama iaitu dialek/bahasa Melayu Singapura Moden, dialek/bahasa Melayu Johor-Selangor Moden dan dialek/bahasa Melayu Riau Moden. Mungkin boleh katakan dialek Melayu Singapura Moden (abad ke-21) seakan dialek Melayu Johor-Selangor Moden (abad ke-21) (perlu pengesahan), tetapi sudah tentu dialek Melayu Johor-Selangor Moden (abad ke-21) tidak sama dengan bahasa Melayu Riau Moden (abad ke-21), kerana dari segi kerangka masanya bahasa-bahasa atau dialek-dialek tersebut telah mengalami perubahan. Tetapi dalam konteks bahasa piawai, cuma ada satu bahasa piawai sahaja buat masa ini, iaitu bahasa Melayu Malaysia.
Satu lagi alasan mengapa wujudnya penggunaan istilah "bahasa Melayu Malaysia" bukannya "bahasa Melayu Baku/Piawai/Standard" sebagai tajuk rencana adalah kerana isu ini pernah dibahas di laman perbincangan Wikipedia Bahasa Inggeris berkenaan pemindahan tajuk ke "Malaysian Malay" (lihat rujukan (1) dan rujukan (2) untuk maklumat lanjut). محمد حكيمي (bincang) 07:05, 10 November 2023 (UTC)[balas]