Perbincangan:Bahasa komputer

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pembahagian kepada aras rendah dan aras tinggi sepatutnya diceritakan di bahasa pengaturcaraan, bukan di sini, kerana ia khusus untuk bahasa pengaturcaraan sahaja. Pembahagian bahasa komputer yang sepatutnya ialah seperti ini:

  • Bahasa pengaturcaraan
  • Bahasa penanda
  • Bahasa penskripan
  • Bahasa helaian gaya
  • Bahasa pertanyaan
  • dll.

Aviator, 01:48, 26 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Tidak pasti juga. Bukankah bahasa pengaturcaraan itu bahasa yang boleh difahami oleh manusia? Bahasa himpunan bukan bahasa pengaturcaraan bukan? Bahasa aras tinggi ialah bahasa yang boleh difahami manusia, dan mudah di aturcarakan, bahasa aras rendah pula bahasa yang sukar difahami manusia. Mengenai bahasa skrip, bukankah ia salah satu jenis bahasa pengaturcaraan. Terdapat dua jenis bahasa pengaturcaraan, bahasa kompilan dan bahasa skrip. Melihat semua bahasa yang anda tunjukkan, ianya seperti merujuk hanya kepada mikrokomputer. Sedangkan, komputer ada bermacam jenis, ada sesetengahnya cuma pakar sahaja yang boleh kendalikan. Kata-kata saya tidak berdasarkan buku, cuma berdasarkan ingatan. Jadi, betulkan saya sekiranya saya salah. — クルニア[binc|sumb] 09:14, 26 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Tak. Bahasa penskripan tak sama dengan bahasa pengaturcaraan. Skrip lain. Atur cara lain. Bahasa aras rendah pun bahasa pengaturcaraan juga. Walaupun sukar dipelajari dan difahami, kan digunakan untuk membina ATUR CARA? Sebab itu nama penuhnya "bahasa pengaturcaraan aras rendah" (en:low-level programming language). Buku teks Donald Knuth, The Art of Computer Programming, contohnya, mengajar algoritma dalam bahasa himpunan (MIX Assembly)!
Aras di sini bukan bermaksud aras akal fikiran manusia. Aras bermaksud 'jarak' dengan model mesin. Aras rendah lebih dekat kepada seni bina pemproses berbanding aras tinggi. Aras tinggi pula mengandungi "abstraction", oleh itu ia boleh dikompil dan dijalankan pada pelbagai seni bina pemproses (cross-platform). Siapa kata aras tinggi senang nak difahami? 2 x 5 saja. Pernah dengar istilah kod spageti? Kalau kod dah berterabur, berbelit, main copy-paste saja, profesor baca pun nak muntah.
Bukan bahasa pengaturcaraan saja yang difahami oleh manusia. Banyak juga bahasa lain yang tidak digunakan untuk membina atur cara, tapi ada manfaatnya yang tersendiri. SQL adalah suatu bahasa pertanyaan, bukan bahasa pengaturcaraan, tapi ditulis oleh manusia juga. Begitu juga bahasa penanda seperti HTML, XML dan lain-lain. HTML digunakan untuk membina laman web. XML digunakan untuk membina format fail. Semuanya mempunyai objektif masing-masing. Tak semestinya membina atur cara, kan? Wikitext pun bahasa komputer juga! Sedar tak sedar, semua penyunting Wikipedia sebenarnya menulis dalam bahasa komputer. Tapi dia orang tak digelar pengaturcara, sebab wikitext ialah bahasa penanda, bukan bahasa pengaturcaraan.—Aviator, 12:20, 26 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Mengenai boleh difahami dan sukar difahami yang telah saya katakan, saya bukan merujuk kepada aras akal fikiran manusia. Saya merujuk kepada bentuk bahasa komputer tersebut. Bahasa aras tinggi merujuk kepada bahasa contohnya "if(!betul) {jawapan = salah}" yang mana sintaksnya adalah seperti pertuturan di dalam bahasa Inggeris. Manakala di dalam bahasa mesin (bahasa komputer yang betul2 rendah), sintaksnya adalah dalam kod-kod binari (kalau saya tidak silap). Inilah yang dijadikan perbandingan antara aras rendah dan aras tinggi. Mengenai bahasa pengaturcaraan, ia adalah "bahasa yang dipertuturkan oleh manusia digunakan untuk berborak dengan komputer". Bahasa skrip adalah bahasa pengaturcaraan kerana ia berfungsi sebegini. — クルニア[binc|sumb] 06:10, 27 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Tak. Takrif bahasa pengaturcaraan ialah bahasa yang digunakan untuk menulis atur cara. Tak semestinya perlu boleh dipertuturkan oleh manusia. Kalau anda mahu berborak dengan komputer, pergi borak dengan ALICE.—Aviator, 12:45, 27 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Tidak boleh rujuk ke Wikipedia Inggeris? Yosri (bincang) 13:03, 27 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Menurut kamus, ia merupakan sebarang kod yang digunakan untuk membekalkan data dan arahan kepada komputer. Untuk senarai lihat http://people.ku.edu/~nkinners/LangList/Extras/langlist.htm Yosri (bincang) 13:21, 27 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Yosri, dalam perbincangan ini saya cuba untuk membezakan antara "bahasa komputer" dan "bahasa pengaturcaraan" serta menjelaskan bahawa pembahagian kepada aras rendah dan aras tinggi sepatutnya diletakkan dalam laman bahasa pengaturcaraan, bukan "bahasa komputer". Bahasa komputer ialah istilah kolektif yang bukan saja meliputi bahasa pengaturcaraan, malah bahasa-bahasa lain yang berkait dengan komputer seperti bahasa penanda, bahasa pertanyaan, dsb. Nak rujuk WpEn pun boleh juga. Ini ialah takrif bahasa pengaturcaraan dari WpEn:
A programming language is an artificial language that can be used to write programs...
Terjemah: Bahasa pengaturcaraan ialah bahasa buatan yang boleh digunakan untuk menulis atur cara...
Aviator, 13:31, 27 Ogos 2008 (UTC)[balas]


Bahasa penanda, bahasa pertanyaan juga boleh diguna dalam pengaturcaraan. Bahasa pertanyaan (Query) menggunakan boolen untuk membuat keputusan (If/Or/Else). Begitu juga bahasa penanda turut memiliki pengaturcaraan, sebagai contoh, template wiki adalah pengaturcaraan. Juga seperti (mouse over), atau apabila membuat keputusan bagaimana hendak memaparkan sesuatu laman berdasarkan jenis pelayar yang digunakan. Haaa... Haaaa... Lama tak fikir pasal ini. Dulu macam nak rak memprogram web pages untuk periksa jenis pelayar bagi pelawat, samaada Explore / Navigator supaya paparan laman tak pelik dan dapat membunyikan lagu. Yosri (bincang) 00:45, 28 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Kalau anda bertegas bahawa HTML itu suatu bahasa pengaturcaraan, anda berada di tingkat terbawah hierarki ini: [1] :P
Yosri, anda tahu tak apa itu "atur cara"?—Aviator, 03:49, 28 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Bukankah atur cara dibuat supaya kita boleh "bercakap" (dont take it literally) dengan komputer. Sekiranya anda mahu ikut WikiEn, buatlah, tapi sila berikan petikan. — クルニア[binc|sumb] 01:15, 28 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Istilah "bercakap" masih tak tepat walaupun secara literal. Tak ada bahasa pun yang komputer boleh faham secara langsung kecuali kod mesin. Kod yang ditulis perlu dikompil kepada kod mesin dahulu, barulah dapat difahami oleh komputer.—Aviator, 03:49, 28 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Memang tidak tepat, tetapi secara tidak langsung kita "bercakap" dengan komputer. — クルニア[binc|sumb] 11:25, 29 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Sebenarnya saya kena tanya balik apa yang anda faham / takrifan anda mengenai aturcara. Takrifan saya, sesuatu bahasa aturcara adalah apabila sesuatu bahasa membenarkan sesuatu keputusan (decision) dilakukan dan langkah mencapah (split action) dilaksanakan. Jadi template Wiki membuat keputusan samaada memapar atau tidak jadual (table) berdasarkan input diterima. HTML pula membunyikan lagu berdasarkan jenis pelayar yang diguna pengguna. Jadi keduanya boleh dianggap bahasa pengaturcaraan. Apa pula fahaman anda mengenai aturcara? Yosri (bincang) 10:42, 28 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Hierarki yang anda guna adalah dari blog dan bukannya dari mana-mana badan yang diiktiraf, dengan itu jatuh kepada kategori pendapat peribadi yang subjektif. Saya pula memberikan berdasarkan sifat kebolehupayaan sesuatu bahasa membuat keputusan (boolen) yang boleh diukur secara objektif. Yosri (bincang) 10:46, 28 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Senang sahaja. Atur cara boleh dilaksanakan (executed). HTML tidak dilaksanakan. Ia dihurai (parsed). Ini satu esei untuk anda kalau anda masih menaganggap HTML itu bahasa pengaturcaraan: [2].—Aviator, 11:55, 28 Ogos 2008 (UTC)[balas]


Baiklah, biar saya ulas dari jawapan anda. Pertama anda memilih rencana dari sumber peribadi, bukan rasmi, biar saya jawab dengan sumber dari Kursus Universiti http://www.engin.umd.umich.edu/CIS/course.des/cis400/html/html.html

http://javascript.crockford.com/javascript.html Kedua HTML boleh dilaksanakan, bila anda klik pada hiperlink, anda melaksanakan aturcara baru/laman baru. Ketiga HTML boleh dikompil, dan terdapat perisian yang mampu mengkompil HTML file menjadi fail perlaksanaan diri self . execution, Keempat HTML sensitif pepijat. Kelima apa yang dianggap kelemahan HTML sebenarnya sengaja dibina/dilumpuhkan dengan matlamat laman HTML tidak boleh merosakkan komputer dan selamat dilaksanakan pada pelanggan client. Kelima untuk melihat HTML rumit dengan penggunaan pembolehubah lihat di laman rasmi World Wide Web Consortium (W3C) sini= http://www.w3.org/TR/html4/present/frames.html#h-16.3

Oleh itu seperti saya katakan di atas, anda perlu secara objektif senaraikan sifat bagi sesuatu bahasa untuk layak sebagai bahasa pengaturcaraan, baru boleh ditanda apa yang ada dan tiada. Pada masa ini semua takrifan adalah secara subjektif. Terdapat hasil 155,000 bagi http://www.google.com.my/search?q=%22html%20programming%22%20language&sa=N&tab=pw Yosri (bincang) 17:21, 28 Ogos 2008 (UTC)[balas]


Tambahan:

  1. Pengkompil HTML http://www.google.com.my/search?hl=en&q=html+compiler&meta=
  2. Laman DHTML http://www.google.com.my/search?hl=en&q=html+compiler&meta=
  3. Sejarah ringkas HTML http://www.w3.org/TR/xhtml2/introduction.html atau lihat sahaja HTML di Wiki Inggeris.
  4. HTML defines several data type. Data perlu dideclare dahulu.

Yosri (bincang) 17:36, 28 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Kenapa tunjuk JavaScript pula? Anda nak tunjuk HTML ke JavaScript? JavaScript memang la bahasa pengaturcaraan. Tapi HTML tidak. HTML membenarkan kemasukan kod JavaScript dalam dokumennya, tapi HTML sendiri bukan bahasa pengaturcaraan.

OK. Saya petik satu lagi rujukan daripada O'Reilly. Siapa-siapa yang menyelami bidang pengaturcaraan akan kenal O'Reilly, sebuah syarikat penerbit buku-buku pengaturcaraan yang paling popular. O'Reilly pernah menerbitkan poster sejarah bahasa pengaturcaraan: The History of Programming Languages. Anda boleh muat turun fail PDF di [3]. Kalau anda jumpa HTML dalam poster itu, saya berikan barnstar untuk anda.—Aviator, 17:44, 28 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Ada 2 isu di situ, 1 O'Reilly tidak berhajat mengemas kini poster itu, 2 Poster itu bukannya bertujuan menyenarai semua bahasa pengaturcaraan. BASIC, Ruby, Jovial, Neliac, RPG menunjukkan poster itu tidak sempurna, dan anda bergantung kepadanya??? Sila kemukakan bukti objektif bukan subjektif. Yosri (bincang) 18:02, 28 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Ooo. Kiranya bukti carian Google tu objektif la bagi anda?—Aviator,

  1. Ia adalah objektif kerana ia menunjukkan penerimaan ramai dari segi bilangan.
  2. Ia adalah objektif kerana buktinya adalah fizikal dan boleh diukur.
  3. Bagaimanapun ia bukan bukti muktamad, kalau tidak saya tidak perlu berikan hujah-hujah lain.
  4. Sila rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Kelaziman_penamaan_tajuk_rencana_(gunakan_bahasa_Melayu)#Pecahan_penggunaan
Google hits are an unreliable test, but can suggest that no single term is predominant in English. If several competing versions of a name have roughly equal numbers (say 1803 for one variant and 1030 for another), there may well be divided usage. When in doubt, search results should also be evaluated with more weighting given to verifiable reliable sources than to less reliable sources (such as comments in forums, mailing lists and the like). Do consult reliable works of general reference in English.
  1. Sekali lagi saya ulang, takrifkan apakah ciri-ciri bahasa pengaturcaraan. Dari ciri-ciri tersebut, bolehlah diukur secara objektif % kepatuhan.
  2. Saya tidak pernah kata HTML wajib sebagai bahasa pengaturcaraan, tetapi takrifkan dahulu, dan ukur. Cuma jangan pening kalau ada bahasa lain yang turut tidak memenuhi syarat anda. Contoh, apabila mentakrifkan kehidupan kita mengatakan kebolehupayaan membiak (viability). Tetapi baghal adalah mandul. Adakah ia bererti baghal bukan benda hidup?
  3. Sekiranya anda berkata, bahasa pengaturcaraan adalah yang digunakan bagi menulis aturcara untuk dijual, banyak bahasa yang dibangunkan semata-mata sebagai penyelidikan sahaja.
  4. Tujuan saya bersoal jawab dengan anda sebenarnya bagi membuat anda berfikir dalam bentuk logik dan berstrutur. Anda berkata HTML bukan bahasa pengaturcaraan kerana ....
  5. Setiap kali saya menjawab soalan anda, saya menghabiskan banyak masa membuat penyelidikan dan rujuk silang, jadi sekurang-kurangnya anda baca dengan teliti apa hujah-hujah saya, dan jangan main tembak sahaja.
  6. Saya sedang cuba membangunkan sebuah ensiklopedia, bukannya laman forum cit-cat... Opsss... Sorry cit-cat. Yosri (bincang) 00:52, 29 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Hmm.

Saya menang.

Saya dah berikan takrif tadi. Bahasa pengaturcaraan digunakan untuk menghasilkan atur cara. Tiada ciri-ciri definitif untuk bahasa pengaturcaraan sebab setiap bahasa mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Cuma beberapa bahasa boleh dikelompokkan dalam kategori. Maka muncullah kategori penjenisan statik, penjenisan dinamik, aras rendah, aras tinggi, bertatacara, imperatif, kefungsian, dsb. Oh ya, bahasa penanda bukannya satu kategori bahasa pengaturcaraan: en:Category:Programming language classification.

HTML bukan bahasa untuk membuat atur cara. HTML digunakan untuk menghasilkan hiperteks. Hiperteks bukan atur cara. Hiperteks adalah data. Data tidak dilaksanakan. Sebaliknya, data dibuka dan diproses (oleh atur cara). HTML adalah sebaris dengan fail-fail data lain: imej, video, suara dll. Semua itu tidak dilaksanakan, melainkan dibuka dan dihurai untuk tatapan manusia. Kalau anda kata fail HTML itu atur cara, maka fail imej pun atur cara jugalah. Fail video pun atur cara jugalah. Fail suara pun ____ ____ jugalah!

OK. Kita tengok sumber paling utama: piawaian HTML 4.01 oleh W3C. Bab 2: Introduction to HTML 4. Cuba cari satu ayat yang mengatakan bahawa HTML itu satu bahasa pengaturcaraan. Satu saja. Tak banyak.

Tak jumpa? Tak apa. Kita lihat pula buku teks HTML yang paling popular terbitan O'Reily: HTML: The Definitive Guide. Siapa-siapa yang belajar HTML mesti pernah baca buku ini punya. Saya dah tulis HTML selama hampir 10 tahun memang kenal sangat dengan buku ini. Saya cabar anda cari satu ayat, satu sahaja, yang mengatakan bahawa HTML itu satu bahasa pengaturcaraan. Tak jumpa? Saya bagi petunjuk. Dalam Bab 1.4: HTML: What It Isn't:

With all its multimedia-enabling, new page layout features, and the hot technologies that give life to HTML documents over the Internet, it is also important to understand the language's limitations: HTML is not a word processing tool, a desktop publishing solution, or even a programming language, for that matter.

Masih degil? Tak apa. Kita lihat pula piawaian awal bagi HTML (versi 2.0) yang ditulis oleh pencipta HTML sendiri, Tim Berners-Lee: Hypertext Markup Language - 2.0. Sekali lagi saya cabar anda cari satu sahaja ayat yang mengatakan bahawa HTML itu satu bahasa pengaturcaraan.

Tolong jadi open-minded sikit.—Aviator, 03:53, 29 Ogos 2008 (UTC)[balas]

pengaturcaraan c++[sunting sumber]

tuliskan satu aturcara untuk menentukan ahmad layak atau tidak layak menyertai kem khemah ibadah yang dianjurkan oleh masjid almaghfirah.syarat kelayakan adalah: 1)lelaki 2)umur 17 tahun sebagai panduan gunakan operator-operator seperti %,== dalam menentukan syarat kedua. gunakan operator && bagi memastikan ahmad memenuhi kedua dua syarat kelayakan.Teyha1604 (bincang) 04:05, 21 Februari 2015 (UTC)[balas]