Perbincangan:Dasar Ekonomi Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sejak akhir-akhir ini sudah semakin banyak pendapat menentang DEB secara terang-terangan. Malah terdapat orang Melayu juga turut menolak DEB. Suka saya berkongsi di sini, DEB dilancarkan bersama oleh para pemimpin negara kita dari kalangan Melayu, Cina dan India dan juga kaum-kaum minoriti lain selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Menurut sejarah, masyarakat Cina sudah berada di Tanah Melayu sekurang-kurangnya sebelum abad ke 19 lagi. Mereka ditempatkan di kawasan lombong dan kemudiannya ada di antara mereka berpeluang menjadi pengusaha lombong dan terlibat dalam aktiviti ekonomi berkaitan bijih timah. Pendapatan yang agak baik daripada penghasilan bijih timah mendorong kegiatan aktif ekonomi masyarakat setempat (kaum Cina). Dengan itu mereka mampu untuk berbelanja seterusnya menggalakkan aktiviti ekonomi seperti peruncitan barangan keperluan, pakaian, dan sebagainya. Pihak penjajah Inggeris yang mentadbir ekonomi Tanah Melayu turut menyediakan kemudahan awam dan prasarana yang lebih baik di kawasan perlombongan itu dan akhirnya membantu kawasan tersebut menjadi bandar kecil. Dengan itu muncul satu lagi golongan daripada kalangan mereka iaitu golongan peniaga. Para peniaga ini berjaya dalam perniagaan mereka kerana terdapat prasarana yang baik disediakan oleh Inggeris dan penduduk setempat mempunyai kuasa beli yang menggalakkan. Persekitaran ekonomi yang aktif dan produktif ini dinikmati oleh masyarakat bandar (baca: Cina) sejak awal pembukaan lombong sehinggalah kini. Jika kita ambil tarikh 1900 sebagai permulaan orang Cina di kawasan lombong (baca: bandar), bermakna orang Cina sudah bergerak selama 57 tahun pada tahun 1957 sedangkan orang Melayu bermula dengan 000000 pada 1 September 1957. Adakah ini adil bagi orang Melayu? Bacalah sejarah dan fahamilah ia. Fahami juga yang tersirat di sebalik yang tersurat. Lihat juga bilakah sekolah Melayu pertama dibina dan bilakah sekolah Cina pertama dibina di Tanah Melayu? Adilkah perlumbaan ini? Mengambil kira tahun 1900 tadi, masyarakat Cina diberi peluang oleh Inggeris selama tidak kurang 57 tahun (sebelum merdeka) dan peluang tersebut tidak pernah dihentikan atau dirampas sehingga kini. Orang Melayu cuba diberi pelauang melalui DEB sejak 1970 hingga kini, belum sampai 50 tahun, dah nak ditarik balik? Orang Cina bermula ketika orang Melayu dalam keadaan daif dan miskin. Orang Melayu diberi peluang ketika orang Cina sedang kuat dan berada di puncak. Masih lagi iri hati dengan DEB? cheguman 06:36, 18 Mac 2008 (UTC)

Saya rasa rencana Dasar Ekonomi Baru patut dikekalkan meskipun dihapus pelaksanaannya di Malaysia. Ini kerana sekurang-kurangnya membuktikan Dasar Ekonomi Baru pernah dilaksanakan di Malaysia. Tak ada sebab untuk hapus ye. Satu lagi, DEB sebenarnya telahpun dimansuhkan pada 1990 oleh kerajaan Malaysia. Hanya yang masih diteruskan sekarang ialah persamaan ciri-ciri yang terdapat pada DEB dan tak begitu rancak sebagaimana tempoh pelaksanaan DEB dijalankan. Namun demikian, tiada pihak yang berani melontarkan suara mengenai isu tersebut ketika awal pemansuhan DEB(sekitar 1990-an). Kenapa Lim Guan Eng memberi kenyataan pemansuhan DEB, banyak pihak yang terkejut? Saya rasa Lim sebenarnya hanya menghangatkan kembali isu yang sebenarnya lapuk ditelan sedekad yang lalu. Bukannya melakukan pemansuhan DEB, cuba faham ye. Saya rasa sememangnya diakui ramai pihak, segelintir media elektronik/cetak sering memutarbelitkan fakta yang diluahkan pihak pembangkang terkini(DAP-PKR-PAS) untuk menjaga kepentingan parti pemerintah terkini(BN). Adakah jika pakatan DAP-PKR-PAS mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Malaysia, maka pihak media akan beralih arah untuk menyebelahi pakatan tersebut, dan tidak menghiraukan parti BN???

Saya rasa media merupakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang neutral , tepat, dan mutakhir kepada pembaca. Akan tetapi, banyak media elektronik/cetak di Malaysia yang tidak mengutamakan erti "media" yang sebenar. Hanya semata-mata mengharapkan keuntungan daripada parti pemerintah terkini saje dengan tajuk-tajuk berita yang sememangnya, entahlah. Kembali kepada isu DEB, sebenarnya sukar dinafikan bahawa sememangnya kaum Melayu merupakan kaum minoriti di Pulau Pinang. Kenapa nilai hartanah/rumah-rumah di Pulau Pinang berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan negeri lain, ini kerana Pulau Pinang sememangnya sudah tidak menjalankan prinsip DEB sejak dulu lagi. Namun, tak ada yang melatah sampai nak buat demonstrasi jalanan waktu dulu pun. Rasa-rasanya, tak ada beza jika ada DEB ke ataupun tidak. Saya sebenarnya pelik kenapa perhimpunan di KOMTAR baru-baru ini hanya disertai oleh penyokong UMNO saje, dan tidak dihadiri oleh penduduk Pulau Pinang yang lain(termasuk saya). Adakah penduduk Pulau Pinang(Melayu) yang lain tu tak ingin memperjuangkan DEB. Rasa-rasanya, rata-rata penduduk Pulau Pinang menganggap ada DEB ke ataupun tiada, sama saje kerana DEB telahpun dimansuhkan pada 1990 lagi. Akan tetapi, pengikut UMNO saje yang hadir sebab merekalah dalang segala-galanya. Semua wang yang patut disalurkan untuk pembangunan rakyat dijadikan sebagai wang upah kepada penyokong fanatik UMNO yang berkempen untuk ketua masing-masing saje. Sebab itulah, mereka juga yang marah sekarang sebab kerajaan negeri Pulau Pinang dah beralih pimpinan kepada DAP-PKR. Tak boleh nak "bodek" dah, jadi nak cari mana duit(tak mau kerja, tapi nak hidup senang macam orang yang pulun belajar sampai menara gading pulak). Itulah yang sering dibangkitkan Lim Guan Eng iaitu tiada kronisme, nepotisme, dan rasuah dalam pentadbiran di Pulau Pinang dengan menghapuskan dasar DEB sebaliknya mengutamakan hak rakyat menerima limpahan pembangunan daripada kerajaan negeri. Ini kerana beliau sudah memerhati cara pentadbiran pimpinan BN suatu ketika dahulu yang sememangnya tidak memuaskan. Kenapa harga jualan rumah-rumah di Pulau Pinang mahal?? Ini kerana untuk memberi komisen yang tinggi kepada pengikut-pengikut BN(terutama UMNO) semasa BN masih memegang kerajaan negeri Pulau Pinang dahulu. Sebab itulah, orang-orang BN tak marah sangat dahulu sebaliknya menggalakkan pulak demi memperoleh komisen yang tinggi daripada pemaju-pemaju perumahan. Itulah yang dikatakan penipuan yang dijalankan oleh orang-orang BN(terutama UMNO) waktu dahulu tetapi bila tak boleh dapat komisen dah, orang-orang BN menafikan dan menyatakan pihak DAP-PKR pulak punca terjadinya sebegitu. Inilah orang yang dah buat salah, tapi nak bersembunyi lalu menyalahi orang lain pulak. Mungkin harga rumah akan diturunkan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP-PKR, dan nilai matawang Ringgit Malaysia di persada antarabangsa akan bertambah. Hooray! Saya sebenarnya bukan anti-BN dan bukannya jugak pro-pakatan DAP,PKR,PAS. Saya hanya bertindak menyebelahi pihak yang sewajarnya. Itulah yang dikatakan adil, betul tak. Sebenarnya, ini merupakan luahan daripada saya sebagai seorang anak jati tulen kelahiran Pulau Pinang. Saya rasa apa-apa pendapat mengenai DEB di Pulau Pinang patut diajukan kepada anak jati Pulau Pinang bukannya penganalisis politik. Ini kerana rakyat Pulau Pinang yang menerima apa-apa jua pembangunan/masalah yang terdapat di negeri sendiri. Sedangkan, penganalisis politik pun hanya bayangkan dan menganalisis isu DEB daripada sumber media elektronik/cetak(meskipun diragui kesahihannya) dan tidak merasai keadaan yang sebenar kerana penganalisis itu sendiri pun bukannya orang Pulau Pinang(tetapi orang negeri lain). Penganalisis hanya bertindak mengemukakan pendapat/keputusan analisis masing-masing dan seharusnya orang lain tak patut percaya pernyataan 100% daripada penganalasis itu kerana setiap manusia pasti ada kekurangan sesuatu. — Didie (bincang) 14:34, 18 Mac 2008 (UTC)

Saya sememangnya kurang bersetuju dengan dasar DEB di Pulau Pinang kerana hanya menguntungkan satu pihak tetapi tidak kepada semua rakyat Pulau Pinang. Jangan anggap saya bagai kacang lupakan kulit ye. hehehe. Saya rasa DEB patut digubal dan memartabatkan Pulau Pinang(kalau boleh termasuk Malaysia) sebagai salah sebuah negeri yang termaju di Malaysia dan memenuhi setiap keinginan yang dinanti-nanti oleh rakyat seluruhnya. Saya rasa Malaysia mahupun Pulau Pinang sudah berkembang pesat pembangunan(meskipun kelancaran pembangunan belum 100% lagi) dan meniti era-era kegemilangan selepas kemerdekaan. — Didie (bincang) 14:54, 18 Mac 2008 (UTC)

maaf, mungkin pernyataan saya di atas telah mengelirukan rakan-rakan pengguna. Maksud saya bukan untuk menghapuskan rencana DEB. Maksud saya ialah untuk menarik perhatian agar pihak-pihak yang memandang sinis terhadap DEB (yang sebenarnya telahpun tamat) agar menginsafi kepentingan DEB dalam mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Justeru meskipun DEB telah tamat, sebarang usaha untuk membantu kaum Melayu/bumiputra perlulah diteruskan dan tidak dipandang sinis. Cuma saya ragu-ragu tentang siapa yang lebih relevan untuk membela nasib kaum Melayu. PKR lahir dari usaha untuk membebaskan DSAI. Apabila DSAI telah bebas, perjuangan beralih kepada isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa pula. Padahal DSAI sendiri mempunyai peluang dan kuasa yang besar ketika dalam kerajaan suatu masa dulu. Adakah DSAI dilucutkan jawatan kerana memperjuangkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah (termasuk politik wang)? PAS pula bagi saya lebih mementingkan akidah (Ya, akidah memang paling penting). Malangnya PAS lebih cenderung untuk mendakwa akidah orang UMNO boleh dipertikaikan. PAS sering menganggap tindakan mereka betul dan orang lain tidak betul. Contohnya, suatu masa dahulu PAS mengatakan tidak boleh berpakat dengan bukan Islam, tapi bila PAS buat, dianggap boleh (darurat?) Begitu juga suatu masa dulu PAS melarang melantik bukan Islam sebagai pemimpin. Sebelum PRU 12 hari tu, Hj Hadi mengatakan "adalah zalim jika kita tidak melantik orang bukan Islam yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin." UMNO memang dari dulu selalu ada masalah. Namun berdasarkan rekod perjuangan sejak sebelum merdeka, mereka lebih konsisten dan terbukti berjaya membawa negara untuk berada lebih di hadapan berbanding Indonesia yang lebih besar dan lebih ramai penduduk serta sumbernya. Saya nak tanya sikit: Ataukah orang Melayu Penang lebih percayakan DAP? cheguman 14:54, 19 Mac 2008 (UTC)
Mungkin benar orang Pulau Pinang lebih percayakan DAP berbanding Gerakan. Apa pun, Wikipedia bukan forum untuk berdebat mengenai hal ini. ...Aurora... 15:58, 19 Mac 2008 (UTC)

Politik memang sesuatu yang pelik. Ramai ahli politik sebenarnya suka berbohong. Kadangkala mereka cakap sampah saja. Saya pernah dengar kata paderi saya bahawa PAS pernah mengatakan bahawa "agama Kristian merupakan musuh yang terbesar bagi negara kita". --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 16:34, 19 Mac 2008 (UTC)

Ya memang betul kata Cheguman, UMNO telah terbukti dengan rekod perjuangannya jika dibandingkan dengan parti lain. Apapun, parti lain(terutama DAP-PKR-PAS) juga berhak memperoleh peluang membuktikan perjuangannya juga menerusi pilihan raya. Sebenarnya, orang Melayu Penang tidak memboikot mana-mana parti sekalipun. Mengikut polisi pilihan raya, undi adalah rahsia dan pengundi berhak memilih sesiapa sekalipun. Janganlah sekalian menafikan hak seorang pengundi ye. Itu kebebasan sebagai pengundi dan tak perlu lagi merungut kenapa tak undi "BN" atau "UMNO". Adakah pengundi perlu mengundi "BN" tetapi tidak rela akan pilihan tersebut. Itu yang sekalian kehendaki, kah? Untuk informasi sekalian, DAP bukanlah sebuah parti yang ditubuhkan semata-mata yang hanya boleh disertai oleh kaum Cina. Itu adalah perspektif yang salah kerana DAP boleh disertai semua kaum di Malaysia. Jangan salah faham. Masalahnya, orang Melayu sering terpengaruh dengan persekitaran, kawan-kawan, dan media cetak/elektronik(walaupun ada kesangsian) lalu menyokong BN-UMNO. Sebab itulah, tak ramai yang masuk DAP. Cuba anda perhati bilangan penyertaan ahli daripada kaum Cina, rasanya ada di semua parti utama di Malaysia kecuali PAS. Antara parti itu ialah; DAP, PKR, MCA, dan Gerakan. Sekian.— Didie (bincang) 17:00, 19 Mac 2008 (UTC)

PAS pun ada Cina lah..... PuteraLuqman Tunku Andre 17:52, 19 Mac 2008 (UTC)

Maksud anda Cina Muslim. Betul kata anda. Kalau macam tu, saya ubah ayat kepada Cuba anda perhati bilangan penyertaan ahli daripada kaum Cina, rasanya ada di semua parti utama di Malaysia iaitu; PAS, DAP, PKR, MCA, dan Gerakan.

Saya setuju setiap warga Malaysia berhak mengundi mengikut kepentingan masing-masing. Saya juga sangat bersetuju bahawa dalam sebarang pilihan raya, rakyat tidak boleh dipersalahkan setelah membuat keputusan. Saya cuma mengambil sikap mengingatkan agar kita sedar bahawa keputusan PRU 12 yang kurang menyebelahi BN bukanlah sesuatu yang sangat menguntungkan rakyat (Melayu/Bukan Melayu). Namun saya percaya bahawa keputusan tersebut mempunyai 1001 hikmah yang jika kita ambil iktibar, ia akan memberikan kebaikan kepada semua pihak. Kepada pengguna bukan Melayu, tingkatkanlah keikhlasan anda dalam menjalin hubungan dengan orang Melayu. Orang Melayu sangat menghormati rakan yang ikhlas dan setia. Saya bukan nak mengungkit tapi kenangkan lah pengorbanan orang Melayu untuk berkongsi tanah air mereka dengan tetamu-tetamu mereka termasuklah pendatang tanpa izin. Orang Melayu memang mudah lupa, tetapi bukan tak mampu mengingat. Buktinya ramai orang Melayu boleh menghafal Al-Quran (6666 ayat/30 juz) tanpa tertinggal walau satu patah perkataan. Sebenarnya orang Melayu tidak suka berdendam dan lebih suka memaafkan. Bukti lain ialah selama berpuluh tahun Sammy Vellu dan semua calon MIC boleh menang mudah di kawasan pengundi Melayu. Di Asahan Melaka, walaupun orang Melayu amat terguris dengan isu HINDRAF tetapi calon MIC masih dipilih oleh pengundi Melayu. (Untuk makluman, tiada satu kawasanpun di Malaysia yang mempunyai majoriti pengundi kaum India). Begitu juga pemimpin-pemimpin MCA lain yang sering diletakkan di kawasan majoriti pengundi Melayu kerana di situ dianggap 'kawasan selamat'. Orang Melayu memang boleh dipercayai dalam hubungan persahabatan. cheguman 04:25, 20 Mac 2008 (UTC)

Pembetulan kepada komen Putera Luqman Tunku Andre: Cina ada keh di PAS? 161.139.100.98 08:59, 22 Mac 2008 (UTC)

Sememangnya ada kaum Cina di PAS, iaitu Cina Muslim. — Didie (bincang) 09:04, 22 Mac 2008 (UTC)

Ehem ehem... Ini adalah laman bualan untuk membincang perbaikian pada rencana Dasar Ekonomi Baru. Ini bukan sebuah forum untuk perbincangan umum tentang subjek rencana. izzudin 10:34, 21 Mac 2008 (UTC)

Yalah tu, dah keluar tajuk. For your info, ADUN Kota Lama Kelantan, Tan Teng Loi@Anuar Tan Abdullah seorang Cina Muslim di PAS. Calon PAS ADUN Kuala Kurau pada PRU11 juga seorang Cina Muslim. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 17:20, 22 Mac 2008 (UTC)