Perbincangan:Etnik Melayu

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Melayu Minangkabau vs Melayu Negeri Sembilan[sunting sumber]

Memadu pendapat:

  1. Dari beberapa rujukan yang dipercaya, menyebutkan ada sebahagian masyarakat Minang di Sumatra pindah ke Semenanjung, kemudian membentuk Negeri Sembilan. Masyarakat di Negeri Melayu biasa disebut menurut negerinya, sehingga penamaan Melayu Negeri Sembilan lebih sesuai, sama halnya dengan Melayu Jambi, Melayu Pahang dsb. Ini boleh dibandingkan dengan Desawarnana, sebuah kitab pada zaman Majapahit.
  2. Perkataan asimilasi menekankan peresapan kaum-kaum pendatang serta kehilangan identiti mereka, dalam konteks ini, masyarakat Melayu Negeri Sembilan sampai sekarang masih tetap menganut sistem matrilineal sama dengan di Sumatra, berbeza dengan masyarakat Melayu lain yang menganut patrilineal.
  3. Minang atau Minangkabau jelas Melayu. Batu Bersurat Kedukan Bukit telah menyebut kata "Minanga" (Minang ?), begitu juga Batu Bersurat Padang Roco, Batu Bersurat Bukit Gombak menyebut Malaya.
  4. Ada pendapat bahawa Minangkabau yang berasimilasi dengan masyarakat Melayu (Melayu yang beragama Islam[1]) tentu ayat ini menjadi bias, kerana dapat bermaksud masyarakat Minang belum Islam sebelum ke Negeri Sembilan.

-- Salam, VoteITP (bincang) 21:31, 25 April 2011 (UTC)[balas]

Assalamualaikum
1. Tidak semua orang Minang di semenanjung menetap di Negeri Sembilan. Semenyih, Gombak, Kajang dan Hulu Langat di Selangor juga adalah penempatan utama orang Minang. Klasifikasi sub-etnik Melayu di dalam jadual artikel ini bukan hanya berdasarkan negeri tempat tinggal semata-mata, tapi berdasarkan sejarah, dialek dan budaya. Kerana itu, tiada istilah "Melayu Perlis", "Melayu Penang", "Melayu Selangor", "Melayu putrajaya", "Melayu Kuala Lumpur"..dsb
2. Ada beberapa tahap proses asimilasi dalam sosiologi, tidak semua asimilasi berlaku dengan sepenuhnya sehingga menghilangkan identiti asal. Sila lihat takrif Asimilasi di Britannica.
3. Kenyataan nombor tiga anda ini menegaskan yang Minang itu Melayu. Sedangkan dalam kenyataan nombor dua tadi, anda menyatakan yang Melayu dan Minang itu berbeza (Patrilineal vs Matrilineal). Yang mana satu ini pak?
4. Saya tidak pernah menyatakan yang orang Minang yang berhijrah ke semenanjung pada zaman Melaka itu masih belum Islam. Anda barangkali salah faham dengan ayat saya.Saya hanya menyatakan yang proses asimilasi di sini bukan dengan Melayu dari zaman Hindu-Buddha, tapi dengan Melayu zaman Islam (zaman kesultanan Melaka). Hal ini adalah berdasarkan fakta yang penghijrahan besar-besaran suku Minang berlaku pada zaman kesultanan Melaka. (أورخان غازي (bincang) 13:01, 18 Mei 2011 (UTC))[balas]

Perkataan Melayu berasal daripada bahasa Jawa yang membawa maksud "lari'. Ia terbit daripada peristiwa Parameswara yang lari daripada ancaman/dikejar oleh Majapahit dan pelarian Parameswara daripada buruan Siam selepas membunuh wakil kerajaan Siam di Temasik iaitu Temagi. (Sila rujuk Mohd Pozi bin Arsam, 0176503817, Seremban.

??Siapa Mohd Pozi bin Arsam. Apa kelulusannya? Ada rujukan rasmi/bertulis mengenai dakwaan ini? Yosri 14:08, 7 Ogos 2006 (UTC)[balas]

Perkataan Melayu berasal daripada perkataan bahasa Jawa iaitu "Mlayu" bermaksud perlarian. Kalau tidak percaya, sila rujuk buku Bahasa Melayu STPM (Penerbitan Pelangi) dalam tajuk sejarah bahasa melayu serta kamus tatabahasa dewan dalam tajuk sejarah bahasa melayu, Harap maklum . Mrzackhangrove (bincang) 12:00, 14 November 2008 (UTC)[balas]

Jika berdasarkan sebab yang membawa kepada teori ini, iaitu "Melayu" dinamakan "Mlayu" oleh bangsa Jawa kerana pelarian Parameswara, harus diingat Parameswara hidup dalam abad ke 14, sedangkan perkataan "Malayur" "Malay" dan "Moloyu" telah wujud ratusan tahun lebih awal dalam teks teks di China dan prasasti di India yang merujuk kepada "bangsa gunung" . Jadi teori Jawa ini dengan sendirinya salah dan terbatal. Sejarah bangsa Melayu bukan bermula zaman Parameswara. Orhanghazi (bincang) 10:21, 16 Jun 2009 (UTC)[balas]


Bebas dan Tak Disekat[sunting sumber]

Lagi satu pendapat memberi maksud perkataan Melayu sebagai "bebas" (free) atau "tak disekat" (unchecked), iaitu berasal daripada perkataan Tagalog, malaya. Saya rasa saya terbaca tentang ini dalam buku Saleh Ben Joned bertajuk "As I Please". Dalam Websters Online Dictionary versi Tagalog-English, terdapat beberapa variasi perkataan Melayu:

  • malayo far
  • malayò away, distant,far,remote
  • malayà free, unchecked

Yang mana satu perlu kita masukkan ke dalam rencana? Atau letakkan kedua-duanya? Atau tak letak langsung (mungkin sebab ini lebih kepada POV sendiri?) -- Zaim 17:23, 30 Jun 2004 (UTC)[balas]


Soalan yang baik. Saya cenderung kepada anda letakkan semua itu di bawah tajuk tersendiri contoh : ==Pendapat asal perkataan Melayu == ; ===Pendapat pertama === . Sila nyatakan dengan jelas sumber yang dipetik. Mestilah menggunakan sumber yang disahkan, contoh elakkan memetik sumber Internet yang tidak mempunyai asas sokongan yang kuat. Kita kena ingat, sejarah tanah Melayu sama tua dengan sejarah Yunani (Greek) yang menyebut kita sebagai semenanjung emas. Yosri 01:26, 1 Jul 2004 (UTC)


Satu lagi pandangan mengenai usul kata "Melayu": http://www.sabrizain.demon.co.uk/malaya/malays4.htm


For reading pleasure: http://pgoh.free.fr/malay_history.html

"duit" vs "do it"[sunting sumber]

adakah perkataan "duit" itu berasal dari perkataan inggeris "do it"? Start.default.page (bincang) 12:33, 2 Oktober 2020 (UTC)[balas]