Perbincangan:Gantang

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yang agak menyedihkan,menyusahkan dan mengelirukan ialah penulis buku-buku agama masih lagi menggunakan sukatan lama ini, termasuk buku teks pendidikan Islam sekolah menengah, kalau disertakan dengan persamaan dengan sukatan metrik semasa baguslah jugak, ini tidak, langsung tidak ada disertakan dengan sukatan metrik. Kalau guru agama yang tidak perihatin, tinggallah pelajar terpinga-pinga, atau memang menambah tidak minat pelajar untuk ambil tahu pelajaran agama. Hakikatnya ramai sekali guru agama tidak tahupun perbandingan sukatan gantang dan cupak dibandingkan dengan sukatan metrik.

Adalah tugas pelajar untuk mengetahui semua jenis sukatan. Penulis buku-buku agama masih lagi menggunakan sukatan lama ini kerana ia merupakan ukuran asal, sebarang pertukaran perlu datangnya dari pihak berkuasa, bukan boleh dibuat oleh sebarang penulis sahaja. Ini kerana ia membabitkan amalan agama. Sebagai contoh, Di Brunei, gantang digunakan dengan sukatan berat untuk beras, bersamaan 8 paun avoirdupois, iaitu kira-kira 3.63 kg. Tetapi apabila digunakan untuk mengukur padi, gantang bersama dengan 5 1/3 paun sahaja, bersamaan 2.419 kg. Oleh itu apakah pertukaran yang patut dipakai, 3.63 kg atau 2.419 kg. Sekiranya lebih ia akan membebankan tetapi sekiranya ia kurang, amalan anda tidak sempurna. [Pengguna:Yosri|Yosri]] (bincang) 15:58, 30 Julai 2010 (UTC)[balas]