Perbincangan:Jabatan di Perancis

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Salam sejahtera semua,

Saya tahu artikel ini mungkin tak menarik perhatian ramai orang, tetapi, berdasarkan pengamatan saya, istilah région bagi Perancis di Wikipedia Bahasa Melayu kadangkala dipanggil "wilayah" kadangkala dipanggil "kawasan". Ada sesiapa boleh jelaskan istilah yang sepatutnya dipakai? Elok untuk mendapatkan persetujuan umum supaya beberapa artikel untuk topik yang sama tidak wujud, juga untuk keseragaman artikel-artikel. Terima kasih. Aizalbebeh 22:24, 24 Mac 2011 (UTC)

Saya tak berapa pasti, alangkah baiknya sekiranya ada kamus yang ada penerangan lebih baik. Tapi bagi saya, wilayah tu nampak lebih besar konteksnya dari kawasan. Tak pastilah, saya tunggu dahulu respons penyunting lain. Saya macam mana pun lebih cenderung dalam menggunakan istilah "wilayah" tu. عبد الله Pesanan? 22:53, 24 Mac 2011 (UTC)[balas]

Pertama, istilah anda "artikel" pun silap. Gunakan istilah "rencana". Kedua, gunakan sahaja Google Translate. Anda akan mendapati bahawa ia diterjemahkan sebagai daerah atau kawasan. Ini memang patut sebab wilayah lazimnya bermaksud territory dalam bahasa Inggeris, bukan region (walaupun bahasa Inggeris, sama sahaja dengan bahasa Perancis). Sekian untuk makluman. — Alistaire | عليستير (bincang) 00:20, 25 Mac 2011 (UTC)[balas]

Terima kasih kerana membetulkan penggunaan salah “artikel” saya. Berkenaan istilah Bahasa Melayu untuk région, saya rasa kalau begitu penggunaan “kawasan” mungkin lebih sesuai. “Daerah” di sini terlalu hampir dengan “département” (memandangkan kedua-duanya mempunyai saiz yang serupa). Satu lagi, adakah terdapatnya template infobox untuk jabatan di Perancis, saya berminat untuk mengembangkan rencana-rencana berkaitan jabatan-jabatan di Perancis tetapi infobox setakat ini diambil daripada bahasa Indonesia, dan ada istilah seperti “kotamadya” yang saya rasa penggunaanya lebih cenderung kepada Bahasa Indonesia. Aizalbebeh 09:36, 25 Mac 2011 (UTC)

Saya faham perasaan anda. Wikipedia ini memang mempunyai masalah penggunaan bahasa Indonesia bukan sahaja dalam rencana-rencananya malahan juga templat. Saya tidak pasti akan templat yang anda maksudkan tetapi anda dijemput untuk memperbetulkan templat-templat yang berkenaan sekiranya perlu. — Alistaire | عليستير (bincang) 09:56, 25 Mac 2011 (UTC)[balas]

Sila lihat Perbincangan:Kawasan di Perancis untuk perbincangan terbaru mengenai hal ini. Istilah kawasan (région), jabatan (département) dan komun (commune) digunakan di sini. Tentang kotak maklumat jabatan, saya kurang pasti, anda boleh bertanya di Wikipedia:WikiProjek Perancis. ...Aurora... (b) 12:02, 25 Mac 2011 (UTC)[balas]

Memandangkan anda hendak mengembangkan rencana-rencana berkaitan jabatan-jabatan di Perancis maka mungkin anda hendak menimbang untuk menyertai WikiProjek berkenaan juga. — Alistaire | عليستير (bincang) 12:07, 25 Mac 2011 (UTC)[balas]