Perbincangan:Kerajaan Bani Abbasiyah

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ada banyak ayat yang menampakkan bahawa rencana ini tidak neutral. Antara ayat-ayat berikut ialah:

  • Ayat pertama
Tokoh menonjol dalam kesah ini, Harun al-Rashid sebenarnya merupakan khalifah yang memerintah 
786 - 809 dan memerintah dengan mewah sebagaimana dia dikesahkan, mencampakkan 
wang dijalanan, memberikan hadiah yang lumayan kepada mereka yang disukai dan 
memberi hukuman berat kepada musuhnya.

Walaupun sememangnya ada khalifah yang kejam tetapi tidak dapat dipastikan yang Harun al-Rashid adalah khalifah yang kejam itu. Harap diberi rujukan kepada pernyataan di atas.

  • Ayat kedua
Pada tahun 945 Empayar Bani Abbasiyyah berkecai apabila puah Syiah merampas Baghdad.

Kerajaan ini hanya musnah apabila tentera Mongol menyerang dan menawan Baghdad pada tahun 1258.[1] Mungkin pernyataan yang lebih sesuai ialah "Kerajaan ini menjadi boneka kepada puak-puak yang menjadikan para khalifah boneka mereka".

Harap perbincangan ini diambil perhatian. — Master2841 17:22, 12 Mac 2007 (UTC)[balas]

---

Berkenaan ayat di atas, tidak mustahil terdapat percanggahan ataupun kekeliruan fakta kerana sejarah Bani Abbasiyyah tidak selengkap yang kita ketahui kini. Walau bagaimanapun, disebabkan pernyataan tersebut amat menonjolkan kekeliruan, di harap dapat memberikan sumber rujukan (seperti yang dilakukan Master2841). Tentang ayat kedua itu juga, mungkin penggunaan ayat tersilap ataupun terdapat perkara lain di sebalik ayat itu. Harap ayat ini dikembangkan lagi. Jika sahih tiada fakta berkenaan dari mana-mana sumber, padamkan saja. — Polar 17:45, 12 Mac 2007 (UTC)[balas]