Perbincangan:Kugiran

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Contoh lagu[sunting sumber]

Di dalam rencana ini dinyatakan dua lagu iaitu "Ayahku Kawin Lagi" serta "Jangan Tinggalkan Daku". Kugiran manakah yang menyanyikan lagu ini? Saya telah google-kan "Ayahku Kawin Lagi" dan saya dapati ianya dibawakan oleh L. Ramlee. Adakah L. Ramlee mempunyai kugirannya sendiri? Sekiranya ada, mohon sesiapa yang tahu tolong nyatakan. Kerana lagu-lagu tersebut perlu dinyatakan siapa penyanyinya. — kurnia[binc|sumb] 03:17, 31 Mac 2008 (UTC)[balas]

Lagu Dara Pujaan mula dirakam pada tahun 1962 bersama kugiran Orkes Teruna Ria. Cuba lihat http://hamlau.proboards44.com/index.cgi?board=sumbangsih&action=display&thread=1159859224 Saya tidak berkesempatan. Yosri 06:09, 31 Mac 2008 (UTC)[balas]

Terima kasih kerana maklum balas. Mengenai lagu "Jangan Tiggalkan Daku", adalah agak susah untuk menemukan siapa penyanyinya. Jadi saya bercadang untuk menukarkan lagu tersebut kepada contoh lagu lain. Lagu yang saya pilih adalah lagu "Tak Mengapa" dendangan A.Rahman Hasan bersama kugiran Orkes Nirwana. Lagu ini juga bertemakan kesedihan tetapi berentak rancak. Tambahan lagi, lagu ini lebih dikenali ramai berbanding "Jangan Tinggalkan Daku". — kurnia[binc|sumb] 09:01, 31 Mac 2008 (UTC)[balas]

Hee... hee.. hee.. Berkenaan yang mana lebih dikenali itu bergantung kepada generasi mana. Saya lebih mengenali lagi "Jangan Tinggalkan Daku" X2.... Jangan tinggalkan lagi diri ku......... Walaupun sehari, tak tahan aku menanggung rindu...... Yosri 00:51, 1 April 2008 (UTC)[balas]