Perbincangan:Laut Mediterranean

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pertimbangan melencongkan entri kepada "Laut Tengah"[sunting sumber]

Saya dapati id.wiki menggunakan nama "Laut Tengah" sebagai nama utama semasa membuat perbandingan. Saya mendapati nama tersebut ada dipakai paling utamanya dalam Hikayat Hang Tuah; ini berdasarkan rujukan membincangkan dokumen ini seperti berikut:

http://ejournal.uin-suska.ac.id/index.php/al-fikra/article/download/4006/2490, m/s. 249

Hal inipun buat saya terfikir: "eh, kami Wikipedia Bahasa Melayu, kami lebih layak cuba meniru persuratan Melayu asal, kenapa selama ini nama ini tidak lazim diketahui dan digunakan?". Bahkan, saya mendapati lanjut bahawa nama "Laut Tengah" juga ada dipakai dalam konteks moden sepadan dengan "Laut Mediterranean" oleh sesetengah badan tertentu:

Secara teorinya, "Laut Mediterranean" boleh sahaja dilencongkan terus kepada "Laut Tengah" berdasarkan faktor penggunaan sedemikian di atas, seperti mana "Yunani" sudah terlencong menggantikan Greece kerana sudah diketahui nama Melayu negara tersebut. Tetapi, saya tidak pasti jika para penyunting lain selesa dengan perubahan begini. Maka, saya membuka perbincangan sama ada para penyunting lain setuju ataupun tidak dengan usulan ini (juga dengan alasan yang munasabah). --Anumengelamun (bincang) 11:30, 26 Februari 2021 (UTC)[balas]

Bacaan dari Utusan sudah saya baca tetapi bahan dari UM, JAKIM, dan UMS belum saya baca kerana masih eror sehingga saya belum dapat memberikan tanggapan azmi1995 09:20, 28 Julai 2021 (UTC)[balas]
Saya sudah periksa sumber yang diberikan serta bersetuju dengan cadangan nama "Laut Tengah". Arkib jurnal UM ada di sini manakala pautan jurnal Susur Galur terbitan Minda Masagi Suci ada ralat kerana pautannya salah salin. Pautan yang betul sepatutnya https://journals.mindamas.com/index.php/susurgalur/article/viewFile/67/68Jeluang Terluang (bincang) 22:49, 6 Disember 2021 (UTC)[balas]