Perbincangan:Makkah

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arab Saudi Rencana Makkah ini merupakan sebahagian daripada WikiProjek Arab Saudi. Ia ialah satu usaha kerjasama bagi memperbaiki liputan rencana-rencana dan topik-topik yang berkaitan dengan Arab Saudi. Jika anda mahu menyertai, lawatilah laman projek. Sebarang pertanyaan dan komen mengenai laman projek, silalah kemukakannya di laman perbincangan projek.
Rencana pilihan RP Rencana ini telah digolongkan dalam Kelas RP pada skala kualiti.
Tertinggi Rencana ini telah didapati berkepentingan tertinggi pada skala kepentingan.


Saya ada masalah dengan bahagian sejarah rencana ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa Makkah ialah kota terpenting bagi agama Islam. Namun, tidakkah rencana ini perlu ditulis dari pandangan berkecuali as per WP:NPOV? Maksud saya, rencana ini terang-terangan ditulis daripada pandangan Islam. Ia mungkin boleh dijadikan berkecuali dengan menstruktur semula ayat dalam rencana ini seperi berikut, misalnya:

Sejarah

Menurut agama Islam

Penganut agama Islam mempercayai bahawa sejarah Makkah bermula apabila Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah daripada Allah s.w.t. supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail a.s. dan isterinya Siti Hajar di sebuah gurun yang kering kontang untuk pergi mengajak manusia kepada Allah ke Palestin. [...]

Tambahan lagi, sejarah Makkah mengandungi lebih daripada apa yang diberikan dalam sejarah pra-Islam. Bagaimana dengan jangka masa antara kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. sehingga masa kini? Bagaimana dengan peranannya dalam kerajaan-kerajaan Islam, dan dalam zaman moden? Atau dalam Perang Dunia dan kebangkitan Arab?

Diharapkan penyumbang-penyumbang utama rencana ini take note on this. Thanks. Syahir√2 (bs) 04:17, 22 Disember 2014 (UTC)[balas]