Perbincangan:Malayan Union

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

"Bagaimanapun, banyak orang mempercayai bahawa rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri naungan menjadi sebuah tanah jajahan British."

Saya percaya penulis ayat di atas tidak faham antara pendapat dengan fakta. Perbuatan British merampas kuasa Sultan membuktikan British memang mempunyai matlamat menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri naungan menjadi sebuah tanah jajahan British. Sultan tidak diberi peluang bagi berbincang dengan ahli lembaga pentakbiran, dengan itu sekali gus membatalkan perjanjian tersebut, kerana perlembagaan sesetengah negeri tidak membenarkan Sultan membuat perjanjian dengan kuasa asing tanpa berbincang dengan ahli lembaga takbir (contoh Johor.) Syarat Malayan Union juga jelas mengenepikan kuasa pemerintah berdaulat (dalam kes ini Sultan) dan memberi kuasa penuh kepada Ratu British (dengan ini menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan). Oleh itu matlamat British menjadikan Tanah Melayu sebagai jajahan adalah satu fakta dan bukannya salah faham. Saya berharap dengan ini, matlamat sebenar British ini, akan difahami oleh golongan muda agar tidak tertipu dengan alasan-alasan bagi menghalalkan Malayan Union. Yosri 12:00, 12 Jun 2006 (UTC)[balas]