Perbincangan:Mat Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Saya kurang bersetuju dengan tajuk ini "Mat Salleh Pahlawan Sabah". Tajuk rencana ini patutnya ialah "Mat Salleh". Saya cadangkan rencana ini dialih. — Master2841 06:05, 29 Mac 2006 (UTC)

Ini sebab 'Mat Salleh Pahlawan Sabah' ialah nama sebuah filem tahun 1983. ...Aurora... 08:59, 30 Mac 2006 (UTC)
Ini ialah rencana mengenai filem ke rencana mengenai Pejuang Mat Salleh? — Master2841 10:03, 30 Mac 2005 (UTC)
Dari isinya, mengenai orang, jadi saya alihkan. ...Aurora... 04:36, 31 Mac 2006 (UTC)

Artikel berat sebelah[sunting | sunting sumber]

Artikel ini ada bersifat 'bias'. Walaupun kerajaan Malaysia mahu rakyat menganggap Mat Salleh sebagai pahlawan, hakikat sejarah menyatakan bahawa dia adalah lanun. Masih ramai yang menganggap Mat salleh lanun dan bukan pahlawan, hanya semeta-mata kerena dia menentang inggeris yang pada waktu itu bertindak sebagai pentabdir yang mahukan keamanan. Berapa kampung dusun yang dilanyak mat salleh?

Sebenar British adalah lanun yang datang bagi mengenakan cukai dibawa balik ke negara mereka. British telah mungkir janji kepada Mat Salleh, sebab itu dia menentang. Anda boleh baca dalam buku sejarah. Yosri (bincang) 10:54, 14 Julai 2009 (UTC)


.....Adalah sangat lucu mengatakan mat salleh adalah seorang lanun...pernyataan mengatakan mat salleh seorang lanun itu kelihatan seperti pernyataan tidak puas hati tentang ketokohan mat salleh di zaman yang lampau..di kaitkan pula dengan kampung dusun yang di lanyak oleh mat salleh....pernyataan itu sangat lucu.Janganlah hanya kerana zaman dahulu orang dusun tidak mempunyai tokoh sehebat mat salleh..maka mat salleh dianggap sebagai lanun..sejarah tidak menyatakan mat salleh sebagai lanun...artikel yang menyatakan mat salleh sebagai pahlawan itu bukanlah berat sebelah atau 'bias'.sejarah yang kita baca itu adalah sejarah yang di tulis dan di catat oleh pihak penjajah..maka kita telah melihat mat salleh dari sudut pandangan penjajah..langkah kerajaan malaysia mengiktiraf mat salleh sebagai pahlawan adalah tepat kerana kita bukan lagi di perintah oleh penjajah..
Adalah jelas terlihat di sabah masih terdapat golongan tertentu disabah yang tidak puas hati,cemburu,dan sakit hati kepada tokoh ini walaupun sudah lebih 100 tahun meninggal dunia.antara faktor yang menyebabkan ketidakpuasan hati golongan ini adalah..pertama adalah kerana mat salleh ini berbangsa suluk..bangsa suluk di sabah adalah suatu kaum yang cuba di nafikan haknya..kebetulan mat salleh ini berbangsa suluk dan merupakan menantu kepada sultan sulu.Maka secara automatiknya terbukti bahawa kaum suluk ini adalah kaum yang menonjol di sabah yang telah tercatat di dalam sejarah tentang keberanian mereka.
Kedua punca timbulnya sakit hati kerana pada ketika hidupnya tokoh ini..memang di maklumi bahawa beliau sangat di geruni dengan segala ilmu perangnya termasuk segala ilmu kebatinan beliau..kelebihan ini telah di catatkan oleh penjajah inggeris dalam catatan mereka yang menyatakan mat salleh ini memang menpunyai keramat yang luarbiasa..pengiktirafan yang di beri oleh inggeris ini hasil kebencian mereka kepada mat salleh secara tidak sengaja menjadikan mat salleh suatu lagenda pahlawan yng terkenal di sabah.Maka tidak hairanlah jika masih ada pihak tertentu yang tidak berpuashati..kerana mereka tidak tercatat di dalam sejarah , maka mereka mengambil kesempatan mendakwa mat salleh adalah lanun..walhal pada hakikatnya mereka adalah orang yang pengecut ketika hidupnya mat salleh dan mereka bersekongkol dengan pihak penjajah.
Tidak mengapa jika mereka bersekongkol dengan penjajah pada ketika itu..tetapi pihak penjajah ini mempunyai misi menyebarkan agama mereka ketika itu..inilah perkara yang di tentang oleh mat salleh..dan adalah juga menjadi punca ketidakpuasan hati terhadap mat salleh.sebenarnya hanya pihak penjajah dan pihak yang sakit hati menganggap mat slleh adalah penberontak..hakikatnya pada ketika itu selain berperanan sebagai seorang pentadbir dan ketua, beliau merupakan seorang ulama yang dalam ilmu agamanya..maka adalah munasabah jika beliau menentang pihak inggeris ini..Di khabarkan oleh penduduk tempatan ..punca sebenar mat salleh menentang pihak inggeris ini bukanlah kerana inggeris cuba mengambil alih kuasa pentadbiran....tetapi punca-punca beliau melakukan penentangan secara besar-besaran ini adalah kerana beliau tidak rela melihat budaya penjajah itu meresap masuk ke dalam masyarakat tempatan khususnya penduduk muslim..apakah itu ? perkara tersebut adalah perangai pihak penjajah yang suka meminum minuman keras..dan menganjurkan pesta-pesta yang melalaikan..pihak penjajah juga bertindak cuba mencemarkn kesucian agama islam ketika itu dengan mengenakan peraturan-peraturan yng tidak masuk akal seperti pembayaran zakat ditugaskan kepada pihak yng bukan islam..cukai yang membebankan..peluang-peluang pekerjaan lebih banyak di berikan kepada penduduk non muslim..
Oleh yang demikian perkara yang diperjuangkan mat salleh ini telah mendapat sambutan hangat daripda penduduk yang tinggal di sepanjang persisiran pantai negeri sabah ketika itu..mereka terdiri daripada pelbagai suku kaum.Maka jika sekiranya ada sesiapa yang mendakwa mat salleh bukanlah seorang pejuang..itu bermaksud individu itu adalah orang yang sakit hati kepada ketokohan mat salleh dalam keberaniannya menentang penjajah menegakkan kesucian agam islam.. sebelum beliau, penentangan ini telah di mulakan oleh Datu Tating ,syarif osman ,pak musa dan ramai lagi..semuanya kerana menjaga kesucian agama islam..bukan kerana menjaga kepentingan sesuatu bangsa..walaupun pada hakikatnya mat salleh,Datu Tating,syarif osman,pak musa berbangsa suluk..tetapi mereka bukan memperjuangkan bangsa suluk..tetapi memperjuangkan kesucian agama..ini berbeza dengan segelintir kaum di sabah yang mendakwa sabah ini adalah kepunyaan mereka dan hanya memperjuangkan kepentingan kaum mereka..mereka kadangkala lupa bahawa mereka sebenarnya hidup dan tinggal di tenggah-tengah kepulauan melayu..yang di kelilingi orang melayu yng suka merendah diri..dan bersopan santun..tapi bukan penakut seperti mereka.. – Komen tanpa tandatangan ini diberikan oleh 124.13.33.112
wikipedia merupakan satu dokumen dinamik dan sentiasa berubah mengikut ketepatan fakta pada satu-satu masa, anda digalakkan menyunting menurut cara Ensiklopedia bagi menyatakan sudut pandangan lain, berdasarkan rujukan yang sahih. Sila berikan rujukan bagi tujuan penyemakan. Sekiranya tidak, ia akan memakan masa bagi penyelia meyemak semula. Yosri (bincang) 01:15, 30 Mei 2010 (UTC)
Mat Salleh memang seorang pejuang yang berani dan mempunyai wibawa disokong oleh karismanya sebagai pemimpin perang yang licik dan pintar. Bergerak dari Paitan ke Sandakan, kemudian ke Pulau Gaya, meredah belantara pergunungan menuju ke Ranau lalu berkubu di Kg. Sinarut Lama, Ranau kemudian bertahan di Kg. Toboh, Tambunan hingga ke titisan darahnya yang terakhir. Jika dinilai dari segi sejarah pergerakan penentangannya terhadap Syarikat Berpiagam Borneo Utara (North Borneo Chartered Company - NBCC) ketika itu, memang beliau seorang yang memenuhi kriteria sebagai pejuang.

Tapi persoalannya adakah benar beliau berjuang demi menegakkan kesucian agama Islam? Pernahkah beliau menjalankan misi dakwah ke pedalaman Sabah untuk menyebarkan agama Islam? atau adakah beliau hanya sekadar membawa kumpulannya berjuang menentang NBCC semata-mata untuk kepentingan diri, keluarga dan kroninya sahaja.

Jika benar beliau berjuang untuk semua pihak dan berjuang demi menegakkan kesucian agama Islam, mengapakah saudara-saudara kita yang berbangsa Brunei dan Bisaya yang tinggal di pesisir pantai tidak pernah terlibat dalam pemberontakannya? Hakikatnya hanya segelintir kecil saudara kita yang berbangsa Bajau dan Suluk turut serta dalam perjuangan Mat Salleh itu selain daripada sebilangan orang-orang Dusun Kg. Toboh, Tambunan yang juga turut serta bertempur di pihak Mat Salleh.

Adakah wajar kita mengikut emosi mengatakan Mat Salleh berjuang untuk kemerdekaan dan menegakkan kesucian agama Islam tanpa fakta dan bukti yang kukuh? Keberanian Mat Salleh menentang NBCC hendaklah kita hormati dan kagumi tetapi untuk mengatakan beliau pejuang kemerdekaan Sabah dan yang berjuang untuk menegakkan kesucian agama Islam, masih banyak yang boleh dipertikai dan dibincangkan. – Komen tanpa tandatangan ini diberikan oleh JQsirmana

Persoalan mat salleh berjuang demi menegakkan kesucian agama islam itu memang benar dan tidak boleh di pertikaikan...cuma misi dakwah mat salleh itu tidak pernah di catatkan di dalam sejarah.Memang ada yang mempersoalkan mengapa saudara-saudara kita yang berbangsa brunei dan bisaya tidak terlibat dalam pemberontakannya..adalah tidak benar sama sekali untuk mengatakan mat salleh tidak pernah melaukakn misi dakwah hanya kerana sejarah tidak mencatatkan beliau berbuat begitu..pernahkah anda terfikir dan cuba mencari jawapan di sebalik kehilangan misteri mat salleh itu ? pihak penjajah inggeris telah mendakwa menewaskan mat salleh dan mereka menulisnya sehingga menjadi sejarah pada hari ini bahawa mat salleh telah tewas pada tahun 1909 di tambunan..persoalannya adalah di manakah mayat mat salleh ketika itu..pihak inggeris tidak sekali pun mengetahui di mana mat salleh ketika itu apalagi menemui mayat beliau,bahkan untuk mengetahui kubur mat salleh itu kini pun adalah perkara mustahil,mana buktinya mereka telah membunuh mat salleh..mereka cuma membuat perisytiharan kosong bahawa mat salleh telah tewas..tetapi pada hakikatnya penduduk tempatan mengetahui kisah sebenar misteri kehilangan mat salleh ketika itu...tahukah anda bahawa ketika itu kaum kerabat dan sanak saudara mat salleh telah menasihati beliau untuk menghentikan penentangan terhadap inggeris yang kebetulan ketika itu sultan sulu juga mempunyai kaitan di dalam hal tersebut..persoalannya "apakah yang telah berlaku kepada mat salleh :::..kisah ini tidak pernah tercatat di dalam sejarah negeri sabah dan kisah ini hanya di ceritakan secara lisan secara turun temurun kepada cucu cicit mat salleh..Di katakan ketika itu mat salleh telah menghentikan penentangannya kerana telah sampai waktu baginya untuk menunaikan rukun islam yang kelima iaitu menunaikan haji ke mekah..
Pada zaman itu ,sesiapa yang menunaikan haji ke mekah biasanya nama mereka akan di ubah mengikut keserasian watak seseorang sebagai seorang haji..Apabila mat salleh ini telah pergi menunaikan haji tempoh masa yang di ambil oleh beliau di mekah adalah selama beberapa tahun ,tidaklah dapat di pastikan tempoh tersebut,dan selama menetap di sana beliau telah menukar namanya kepada haji Abd Salam..sekembalinya ke sabah beliau tidak lagi berpewatakan seperti mat salleh yang kita tahu..bahkan beliau di katakan seorang yang tua dengan pakaian hajinya ketika itu..tetapi sesetengah penduduk di sabah ketika itu mengenali beliau walaupun beliau menukar namanya ..kerana terdapat tanda lahir dan bekas luka serta parut yang di kenali orang ramai sewaktu mat salleh berperang menentang penjajah.Maka di waktu inilah Mat Salleh yang telah berubah nama kepada haji Abd Salam itu telah giat menjalankan misi dakwah di sabah..Haji Abd.Salam telah melawati hampir semua kampung di persisiran pantai sabah termasuk kawasan pedalaman dengan tujuan mengajar ilmu agama islam..terdapat catatan dan rekod-rekod berdasarkan cerita penduduk-penduduk di persisiran pantai sabah tentang kedatangan dan kehadiran beliau di kampung-kampung tersebut yang di buat kajian oleh pihak universiti malaysia sabah beserta dengan pengiktirafan penduduk tempatan bahawa haji Abd Salam itu sebenarnya adalah Mat salleh.
Di antara kampung yang terkenal dalam versi kisah Haji Abd.Salam ini adalah kg.Tambalang ,Mengkabong,Serusup di daerah tuaran.daerah kota belud ,tenghilan,kudat,kampung-kampung di dalam daerah telipok,menggatal ,inanam,dan kota kinabalu..tidak lupa juga terdapat rekod catatan kehadiran beliau yang misteri di dalam daerah papar di kampung benoni,buang sayang,sehingga kimanis,beaufort secara automatiknya saudara kita yang berbangsa brunei dan bisaya juga pernah menerima kehadiran mat salleh di kampung mereka tetapi di dalam bentuk dakwah islam...banyak lagi kampung yang di lawatinya termasuk kawasan pedalaman dan kawasan pantai timur sabah..Cuma kisah misi dakwah dan lawatannya ini tidak pernah di dokumenkan sebagai satu sejarah kerana ahli sejarah tidak dapat memastikan dengan tepat siapa sebenarnya haji Abd.Salam itu, tambahan pula pihak penjajah ketika itu tidak begitu mengendahkan pendekatan atau cara yang di gunapakai oleh haji abd salam. Jadi hal ini tidak menarik perhatian penjajah ketika itu untuk mendokumenkan atau menulis kisah haji Abd Salam itu sebagai satu sejarah...Tetapi bagi para kaum kerabat keluarga Haji Abd .Salam ini sangat memahami dan mengetahui siapa beliau dan apabila beliau meninggal dunia, nama haji Abd.Salam itu terus di gunapakai di atas pusaranya ..tanpa di ketahui itulah sebenarnya mat salleh yang di cari oleh penjajah..salah satu juga sebab haji abd.salam melakukan misi dakwah tersebut selain daripada mengajar agama islam,beliau telah turut memberi peringatan akan kedatangan satu lagi pihak penjajah selain inggeris iaitu tentera jepun..Adalah tidak benar jika di katakan bahawa mat salleh tidak pernah melakukan misi dakwah di sabah.