Perbincangan:Melayu Tawau

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

sila dapatkan buku bertajuk ' Tawau : Making the Tropical Community tulisan Ken Gotlet . terbitan 2009

Terima kasih atas sumbangan anda, cuma boleh saya tahu lebih lanjut mengenai buku itu? Misalnya penerbit, tempat cetakan buku, dan kalau boleh ISBN. Sebab perlunya menyebut sumber untuk rencana ni. Boleh saya tambah dekat rencana. Semua isi dirujuk dari buku itu atau ada lagi tempat rujukan lain? Misalnya internet? Hamba Allah (bincang) 03:32, 16 September 2010 (UTC)[balas]

Tiba-tiba pula orang Melayu jadi penduduk asli Tawau, bias sangat. Siap ada Melayu Arab, Banjar, Suluk, Kokos dsb. Walhal semuanya bukan asli berasal dari Tawau. Orang Bugis pula dikira pendatang, padahal orang Bugis telah tiba di Tawau sejak abad ke-16 lagi. ruj1 Tiada penduduk asli di Tawau, jadi kenapa pertikaikan tanah Tawau itu milik kaum-kaum tertentu? --kurkur 10:30, 3 November 2010 (UTC)[balas]

tuan tanah tawau adalah kesultanan sulu yg sebelum ini dibawah kekuasaan kesultanaan brunei. kesultanan sulu (atau tausug) lah yg mmbenarkan org bugis(raja bugis) dan membina penempatan di tawau. tiada siapa pendatang pun, org bumiputra sepatutnya bersatu xperlu nak tuduh siapa pendatang. cuma tarikh bila sj, sedngkan org bugis org suluk ka org melayu semuanya bangsa melayu nusantara yg mahir dalam mengendali kapal2 so tidak mustahilpun mereka dtg dn mentap lebih lama lg, cuma tarikh penempatan rasmi tu berbeza2. 60.54.95.105 13:58, 17 Ogos 2014 (UTC)[balas]

Milik tanah adalah menurut geran tanah yang dikeluarkan kerajaan. Yosri (bincang) 23:12, 18 Ogos 2014 (UTC)[balas]

Rencana ini perlukan kemasan menyeluruh.

  1. Tona rencana macam berat sebelah, seperti kata Kurniasan di atas.
  2. Terlalu banyak perkara ditebalkan dan kurangnya pautan wiki.
  3. Rujukan perlu mengikut format yang betul.
  4. Takkan tiada satu pun rujukan dalam talian?

...Aurora... (b) 06:05, 4 November 2010 (UTC)[balas]