Perbincangan:Mesin taip

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam zaman serba canggih ini, kita telah melupakan alat-alat yang lama seeprti mesin taip. Kita telah pun menggunakan peralatan yang lebih canggih iaitu komputer. bolehkah anda memberi pandangan kepada saya apakah perbezaan mesin taip dan komputer dari sudut peralatan, penggunannya dan sebagainya?

Mesin taip merupakan satu alat yang paling terbaik bagi kegunaan masa panjang ditempat yang tiada kemudahan asas. Mesin taip manual (tanpa eletrik) boleh digunakan tanpa eletrik, dengan itu amat berguna sekiranya anda ingin menulis novel di atas gunung yang tiada eletrik. (Tulisan anda boleh diimbas masuk kemudiannya.) Ia mudah dipakai, kebal virus, sedia guna sepanjang masa - buka dan taip, sukar rosak, maklumat yang ditulis tidak mudah rosak akibat medan magnet, tempoh hayat yang panjang, mudah dikendali dan dipelajari, murah untuk digunakan, mudah alih, boleh menaip beberapa salinan dengan menggunakan kertas karbon, menerima samaada kertas atau kadbod dan dll. Setiap peralatan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Fikirkan dan kembangkan minda.Yosri 14:17, 15 September 2005 (UTC)[balas]