Perbincangan:Muhammad Indera

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rencana ini tiba-tiba menjadi perhatian sejak belakangan ini. Saya tak mampu nak tolong dari segi menambah baik rencana ini. Entahlah, saya tak pasti, nak cari kat internet bukan main susah lagi apabila hits laman sesawang yang sebenarnya sesuai dibenamkan dengan blog... Hits dalam Google Books pun tak membantu akibat Snippet View. Mungkin rencana ini perlu bantuan seorang pakar? — عبد الله (Pesanan?) 07:31, 7 September 2011 (UTC)[balas]

Ia memang memerlukan seorang pakar sejarah untuk mengesahkannya. Kebanyakan maklumat dalam rencana ini mungkin direka-reka oleh penyokong pengganas komunis kerana tiada sumber rujukan sahih yang mengesahkannya. - Hezery99 (bincang) 03:16, 9 September 2011 (UTC)[balas]

Segala fakta di atas boleh disangkal kebenarannya kerana tiada pihak yang berani membuat pengesahan apa yang ditulis adalah 100% benar dan tepat. Ditambah pula segala penjelasan tidak disertakan sekali dengan sumber rujukan. Sila buat rujukan di Pusat Sumber atau Buku Pengukir Nama Johor dari Yayasan Warisan Johor untuk mendapatkan pejelasan dan rujukan yang lebih dipercayai. Sekian, terima kasih.

Sebenarnya ada fakta bertulis yang tidak boleh disangkal lagi dan diakui oleh semua pihak iaitu:-
  1. Muhammad Indera merupakan pemimpin yang memperjuangkan pengganas komunis menentang pihak British. Berkenaan dakwaan dia memperjuangkan perjuangan sendiri adalah pendapat rekaan sendiri yang tidak disokong oleh mana-mana fakta bertulis.
  2. Muhammad Indera merupakan orang yang memimpin serangan ke Bukit Kepung yang mengakibatkan pembunuhan kaum wanita dan kanak-kanak. Dakwaan bahawa bukan dia yang mengeluarkan arahan tidak releven, kerana sebagai pemimpin dia bertanggung jawab sepenuhnya pada tindakan anggotanya dan dia mampu mengarahkan anggotanya berundur sebaik saja mengetahui terdapat kanak-kanak dan wanita di situ.
  3. Muhammad Indera mungkin merupakan seorang guru ugama pada awalnya, tetapi dia mati sebagai pejuang fahaman komunis, dan telah menolak bertolak ansur dalam perbicaraannya. Bagaimanapun, sekiranya dia mengucap sebelum perlaksanaan hukuman mati, dia masih seorang Islam. Memburuk-burukkan namanya tidak digalakkan. Yosri (bincang) 03:33, 11 September 2011 (UTC)[balas]