Perbincangan:Nanoteknologi

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rencana terjemahan Nanoteknologi telah dipindahkan ke Nanoteknologi/Perincian. Perbuatan ini merupakan satu uji kaji serta percubaan sulung untuk memudahkan rencana-rencana terjemahan daripada Wikipedia bahasa Inggeris yang seringnya terlalu panjang dan teknikal, khususnya rencana-rencana esoterik seperti rencana "Nanoteknologi" dan banyak lagi rencana fizik.

Perbuatan ini juga didorong oleh pengalaman saya ketika menterjemahkan rencana "Nanoteknologi" ini. Sampai satu tahap, saya tidak faham lagi apa yang dibincangkan. Dengan perkataan lain, saya tidak dapat lagi membezakan hutan daripada pokok (to differentiate the woods from the trees). Oleh itu, rencana utama Nanoteknologi cuba memberikan pandangan mata burung (bird's eyeview) atau gambaran keseluruhan pada peringkat orang biasa, iaitu pembaca di luar bidang yang berkaitan. Sesiapa yang hendak mengetahui pengetahuan yang lebih mendalam boleh mencapai rencana perincian. Dengan kaedah itu, saya berharap bahawa kita dapat membunuh dua ekor burung (iaitu burung saya dan burung anda) dengan seketul batu ataupun dalam bahasa Melayu asli, sambil menyelam minum air. — PM Poon 08:36, 4 September 2006 (UTC)[balas]