Perbincangan:Notepad++

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penyerlahan vs Penonjolan[sunting sumber]

Saya tidak pasti sama ada mereka yang membuat pernterjamahan ini tahu apa yang mereka terjemahkan atau tidak, atau pernah membuat perisian di dalam bahasa Melayu atau menterjemahkan sesebuah perisian atau laman web dsb. Tetapi, "penyerlahan sintaks" telah digunakan di dalam penterjemahan perisian gedit.

Tambahan lagi, tidak ada sebarang penerangan bagi highlighting di dalam istilah pengkomputeran, dan lagi, tidak wujud istilah highlight, highlighter di dalam senarai Istilah dlm bidang tersebut. Jadi bagaimana kalau kita mahu gunakan ayat yang mengandungi highlight? Gunakan perkataan lain dalam senarai istilah bidang lain? Saya rasa tidak sesuai.

Sintaksis telah ditukar kepada sintaks, walaupun kedua-duanya boleh digunapakai. kurkur 04:32, 12 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Saya kenal dia: Hasbullah bin Pit. Dia telah lama berkecimpung dalam penterjemahan perisian-perisian yang berkaitan dengan GNOME. Tapi ada banyak perkara yang saya tidak setuju dengannya. Antaranya dia mencipta istilah "cecikut" untuk "cookies".—Aviator, 12:40, 12 Oktober 2008 (UTC)[balas]
Kenapa tak sesuai? Walaupun tidak diberi penerangan, daftar istilah telah mengatakan dengan jelas bahawa padanan yang sesuai bagi "highlighting" dalam konteks komputer ialah "penonjolan". "Syntax" mempunyai dua padanan, iaitu "sintaksis" dan "sintaks", tapi dalam konteks komputer, "sintaks" haruslah digunakan. "Sintaksis" adalah untuk konteks linguistik sahaja.
Dah memang istilah yang asal ialah "syntax highlighting". Kalau tiada padanan untuk "highlight" atau "highlighter", gunakanlah kebijaksanaan sendiri untuk menterjemah bentuk-bentuk terbitan seperti "syntax highlighter" dsb.—Aviator, 12:40, 12 Oktober 2008 (UTC)[balas]
Kalau tak puas hati dengan istilah-istilah yang dikeluarkan oleh DBP, boleh daftarkan diri di Laman Pantau Tegur Bahasa DBP. Alidrus (bincang) 18:34, 3 Mei 2010 (UTC)[balas]