Perbincangan:Pengakuan Iman Rasuli

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Saya baru perasan bahawa perkataan Allah dalam rencana asal telah digantikan dengan perkataan Yahweh. Saya mengerti bahawa sahabat-sahabat Islam mungkin berasa kurang senang dengan penggunaan ini, tetapi perkataan Allah jugalah yang digunakan dalam Misa Katolik. Oleh itu diharap agar tidak tersinggung sekiranya saya meukarnya kembali kepada versi sebenar. Untuk kefahaman lanjut, boleh lihat rencana Allah wikipedia.

pengguna wikipedia

Penggunaan kalimah Allah[sunting sumber]

Walaupun saya prihatin tentang kontroversi yang sedang bangkit di Malaysia tentang penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam, namun Wikipedia sebagai ensiklopedia harus menggambarkan keadaan sebenar sambil mengambil pandang berkecuali dan tidak bergantung kepada sikap berat sebelah ataupun pegangan peribadi seseorang editor (rujuk WP:NPOV). Bob K | Jom Sembang 11:42, 28 Februari 2010 (UTC)[balas]

Terima kasih di atas keperihatinan anda, oleh itu jangan guna terjemahan bahasa lain dalam di Wiki ini. Terjemahan rasmi God adalah Tuhan, walaupun ada pihak yang mencabarnya. Sila guna terjemahan rasmi dan bukan pandangan peribadi. Yosri (bincang) 11:49, 28 Februari 2010 (UTC)[balas]
Rasmi dari pandangan siapa? Hakikatnya kalimah Allah telah digunakan oleh masyarakat Kristian di Malaysia dan Tanah Melayu sebelum ini sejak berkurun lamanya. Teks yang digunakan bukan berdasarkan pendapat peribadi tetapi dipetik terus daripada sumber-sumber asal daripada bahan bacaan ibadat yang digunakan oleh gereja-gereja di Malaysia. Jikalau hendak dirujuk kepada Kamus Dewan untuk tafsiran rasmi kalimah Allah, ia cuma berbunyi begini:

Tuhan Yang Maha Esa, Yang bersifat dgn sifat-sifat Yang Maha Sempurna dan Yang mencipta alam ini.

Tanpa mengambil kira kes tentang penggunaan kalimah Allah yang masih tertangguh sementara menunggu Mahkamah Rayuan untuk mengadilinya, saya rasa kita perlu jujur dan ikhlas dalam perihal memetik sumber serta memasuki sedutan petikan tersebut ke dalam Wikipedia. Bob K | Jom Sembang 11:55, 28 Februari 2010 (UTC)[balas]
Saya sedia untuk membawa pertikaian ini kepada penyelia Wikipedia untuk penimbangtaraan. Memandangkan Pengguna:Yosri adalah seorang daripada penyelia Wikipedia, mungkin beliau boleh memulakan proses ini. Bob K | Jom Sembang 12:21, 28 Februari 2010 (UTC)[balas]

Pada pandangan saya, terjemahan perkataan Inggeris God dalam konteks Tuhan atau Allah tidaklah penting. Daripada membuang masa melakukan undian pertikaian ini, lebih baik kita mengembangkan rencana lain. Rencana Tuhan dan Allah dalam WP MS dan EN merupakan dua rencana yang berbeza. Perkataan Tuhan merujuk kepada konteks yang lebih meluas dan tidak spesifik manakala perkataan Allah hanya merupakan terjemahan dalam bahasa Arab. Oleh itu, penggunaan perkataan Allah atau Tuhan tiaklah penting kerana kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama dalam konteks rencana Pengakuan Iman Rasuli. Diagramma Della Verita (bincang) 03:31, 1 Mac 2010 (UTC)[balas]

Ini bukan isu terjemahan. Teks Bahasa Melayu Pengakuan Iman Rasuli disalin terus daripada sumber asal secara ad verbatim. Bolehkah seseorang editor mengambil tindakan untuk mengubah salinan teks itu secara rambang oleh kerana beliau tidak bersetuju dengan istilah yang dipakai oleh teks itu secara peribadi? Tidakkah ini akan menjejaskan standard dan mutu Wikipedia? Sekurang-kurangnya, ia tidak selari dengan garis panduan induk Wikipedia (WP:NPOV). Bob K | Jom Sembang 20:26, 1 Mac 2010 (UTC)[balas]
Perubahan itu bukan dengan pandangan peribadi. Istilah yang dipakai oleh teks disebut tidak mengikut terjemahan piwai, tetapi menggunakan istilah sendiri/asing (Indonesia). Sumber asal yang dipetik merupakan terjemahan bukan piwai dengan itu bukan rasmi ("kegunaan di bawah kebenaran bersyarat terhad") Lihat http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=5683&Itemid= . Selain itu penggunaan perkataan Allah atau Tuhan dalam konteks rencana Pengakuan Iman Rasuli membawa makna berbeza kerana Allah itu esa, tidak ia beranak atau diperanakkan.
       "Karena bahwa mereka dakwa­kan Tuhan Yang Maha Pengasih itu mempunyai anak. Padahal tidaklah layak bagi Tuhan Maha Pengasih itu mem­punyai anak." Tafsir Surah Maryam ayat 91 - 92

Yosri (bincang) 07:08, 2 Mac 2010 (UTC)[balas]

Bagaimanakah dasar Kementerian Dalam Negeri Malaysia bersangkut paut dengan kesahihan dan kewibawaan Wikipedia sebagai ensiklopedia bebas? Setahu saya, teks Bahasa Melayu ini telah digunakan sekurang-kurangnya dari abad ke 16 lagi. Saya tidak keberatan jikalau nota ditampilkan bersama dengan artikel ini bahawa penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam di Malaysia sedang dipertikaikan tetapi jikalau teks asal diubah sembarangan, ianya jelas penapisan maklumat yang tidak adil dan menjejaskan kewibawaan Wikipedia. Bob K | Jom Sembang 08:44, 2 Mac 2010 (UTC)[balas]
Kewibawaan Wikipedia sebagai ensiklopedia bebas adalah dengan memastikan ia tidak dipengaruhi oleh kumpulan berkepentingan. Dengan itu sekiranya ada pertikaian, ia akan merujuk kepada sumber rasmi, dalam kes ini merupakan takrifan rasmi dalam Kamus Dewan (Malaysia). Lihat http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Gunakan_bahasa_Melayu_piawai Bagaimanapun, sekiranya berlaku perubahan takrifan rasmi, ia akan dikemaskini, tanpa mengambil kira pandangan peribadi mana-mana penyelia. Ini bukanlah tapisan tetapi sebagai perlindungan kewibawaan Wikipedia sebagai ensiklopedia bebas. Selain itu oleh kerana kes ini sedang berlangsung di mahkamah, ia juga merupakan "Sub judice". Anda boleh merujuk kepada rencana Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur lwn Menteri Dalam Negeri. Yosri (bincang) 12:46, 4 Mac 2010 (UTC)[balas]