Perbincangan:Perakaunan

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Saya selaku pengarang artikel ini memerlukan bantuan seperti berikut:

  • Apakah perkataan Bahasa Melayu untuk stakeholder? Jangan kelirukan dengan shareholder (pemegang saham)!
Pemegang kepentingan? ...Aurora... 08:11, 13 April 2006 (UTC)[balas]

Sila menyemak istilah yang dipakai[sunting sumber]

Terima kasih atas cadangan saudara/saudari mengenai perkataan Bahasa Melayu bagi stakeholder, iaitu "pemegang kepentingan", walaupun tidak pasti sepenuhnya. Istilah BM ini akan dipakai dalam rencana ini sementara waktu, sehingga istilah yang lebih sesuai boleh didapati.

Kepada sesiapa yang mampu, sila menyemak terjemahan Bahasa Melayu bagi istilah-istilah perakaunan Bahasa Inggeris yang diitalikkan dalam rencana ini dan sumbangkan cadangan terjemahan yang anda rasa lebih sesuai, serta penterjemahan selanjutnya bagi rencana ini.

Selain itu, rencana perakaunan dalam Bahasa Melayu mestilah merangkumi informasi yang relevan dengan persada dan hal ehwal perakaunan di Malaysia.

--- balas --- istilah "pemegang kepentingan" memang betul dan digunakan dengan meluas dalam kalangan ahli akademik ekonomi, pengurusan dan perakaunan.

--Aidil Farmi Mohamad 05:49, 15 Februari 2012 (UTC)

faedah laporan kewangan standard ( FRS )[sunting sumber]

saya ingin bertanya soalan...

apakah kelebihan FRS daripada MASB

--- balas ---

MASB ialah badan yang menggubal standard perakaunan di Malaysia. FRS ialah standard yang digubal oleh MASB.

Sebelum tahun 2005, MASB mengeluarkan Piawaian Perakaunan MASB. Selepas 2005, standard itu tidak terpakai kerana FRS dikuatkuasakan.

--Aidil Farmi Mohamad 05:49, 15 Februari 2012 (UTC)

Accountancy dan Accounting[sunting sumber]

Apa perbezaan di antara Accountancy dan Accounting? Hang Li Po (bincang) 05:37, 26 Julai 2010 (UTC)[balas]

Macam sama je. ...Aurora... (b) 11:31, 27 Julai 2010 (UTC)[balas]

--- balas --- accountancy dan accounting sama saja. beza dia macam kata kerja (verb) dan kata nama (noun).

--Aidil Farmi Mohamad 05:49, 15 Februari 2012 (UTC)

menyemak terjemahan & menulis semula artikel[sunting sumber]

Salam. Saya ingin menyatakan pandangan peribadi sebelum membantu anda menyemak artikel ini. Secara jujur, saya melihat banyak kelemahan dalam terjemahan yang saudara buat.

Pada masa yang sama, saya tidak pasti samada ingin menyunting terjemahan atau menulis semula rencana yang lain. Justeru itu, mungkin isi rencana ini nanti agak berbeza daripada teks asal dalam bahasa Inggeris

--Aidil Farmi Mohamad 05:49, 15 Februari 2012 (UTC)

-- balas -- Saya telah melakukan sedikit suntingan pada hari ini. Oleh kerana artikel ini terlalu panjang, saya akan sunting pada masa akan datang.

--Aidil Farmi Mohamad 06:11, 15 Februari 2012 (UTC)

Berbeza tak apa, asalkan tetap berkualiti. Sumbangan anda dialu2kan. ...Aurora... (b) 11:31, 15 Februari 2012 (UTC)[balas]

keahlian seseorang[sunting sumber]

Adakah seseorang yang tamat belajar dalam bidang perakuanan terus diiktiraf sebagai mana-mana badan profesional dan sebagainya?

Perlu mendapatkan Association of Chartered Certified Accountants. Yosri (bincang) 12:10, 26 Mei 2012 (UTC)[balas]