Perbincangan:Program Sekolah Selamat

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

PERMUAFAKATAN RUMAH SEKOLAH DALAM MEWUJUDKAN SEKOLAH SELAMAToleh OMAR ABDUL LAJA (BPM, Hons. UUM, MEd Mgt. UMS) Dalam perkembangan pendidikan dekad ini, sekolah sentiasa menerima pelbagai kisah dan peristiwa bersabit salahlaku pelajar. Kes-kes salah laku ini telah membawa sekolah kepada iklim yang tidak kondusif iaitu menjadi tidak selamat akibat wujudnya ancaman salahlaku pelajar sekaligus melibatkan ancaman luar apabila pelajar berkongsi melakukan salahlaku dengan orang luar daripada sekolah.

    Oleh yang demikian sekolah perlu mewujudkan permuafakatan antara sekolah dengan rumah ibu bapa atau penjaga pelajar.  Hal ini perlu dalam usaha mengelakkan sekolah terus terjebak kpeada keadaan huru hara disebabkan ancaman salahlaku pelajar sekaligus untuk mewujudkan sekolah selamat.Menurut Fullan (2006), permuafakatan sekolah rumah boleh direalisasikan dengan wujudnya komitmen komuniti sekolah yang sihat dengan komuniti di luar sekolah, umumnya ibu bapa dan penjaga pelajar. Komitmen yang dimaksudkan dalam konteks permuafakatan ini ialah wujudnya rasa kepunyaan (ownership) dalam komuniti sekolah dengan komuniti luar ataupun sekolah dengan rumah. Rasa kepunyaan bersama ini akan menyebabkan kedua-dua belah pihak berusaha di antara satu sama lain untuk berkerjasama, berkongsi matlamat dan melaksanakan program-program permuafakatan.  Setelah itu program-program permuafakatan tersebut akan menjadi platform untuk mewujudkan sekolah selamat. Bagi pendapat saya, program-program permuafakatan tersebut adalah seperti berikut :-

1. Program komuniti penyayang. 2. Program permuafakatan sekolah, PIBG, Ibu bapa, Pasukan Keselamatan dan Orang Berkepakaran dalam komuniti sekolah dan luar sekolah dalam lingkungan kelompok tersebut. Walau bagaimanapun seperti kata Sergevoni (2000), apapun usaha yang dibuat di sekolah nampaknya akan sia-sia jika pengetua sekolah gagal berperanan sebagai pemimpin komuniti. Malahan segala program di antara komuniti sekolah dengan komuniti luar tidak akan berjaya sekiranya tidak dimulakan daripada pengetua.

   Kesimpulannya,  hendak seribu daya tak hendak seribu dalih,  merupakan pepatah yang menunjukkan bahawa sebarang usaha itu memerlukan usaha yang tuntas daripada pihak yang terlibat dan apapun rintangannya hendaklah diatasi seperti alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.