Perbincangan:Sinagog

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Perbincangan:Saumaah)

Nama 'Saumaah'[sunting sumber]

Selamat sejahtera,

Apa dia etimologi saumaah? Saya tidak dapat cari sumber yang ada sebutnya maka jika saudara/saudari boleh nyatakan etimologinya pasti ia lebih baik dan dapat hilangkan kekeliruan untuk kita semua di masa hadapan.

Yang benar, Haziq Faruqi (bincang) 05:56, 19 Jun 2019 (UTC)[balas]

Pemindahan rencana[sunting sumber]

@Tofeiku: Saya cadangkan Kanisah dilencongkan ke Sinagog kerana hasil carian Sinagog dalam Google sebanyak 600 ribu manakala kanisah hanya 100 ribu. Kanisah adalah sinagog Yahudi. Kanisah dalam kamus Islam. - CyberTroopers bincang/sumbangan 13:36, 3 Disember 2020 (UTC)[balas]

@CyberTroopers: Sebab saya pindahkan ialah "kanisah" merupakan istilah bahasa Melayu baku dan terdapat dalam Kamus Dewan manakala "sinagog" tiada dalam kamus. "Kanisah" pula kognat (seasal) dengan perkataan bahasa Ibrani (Hebrew) manakala "sinagog" seasal dengan bahasa Yunani. Saya pilih "kanisah" juga sebab mahu utamakan perkataan sedia ada berbanding bahasa pinjaman Inggeris mengikut seruan DBP dan untuk NPOV supaya istilah di dalam WBM tidak terlalu keinggerisan seperti yang kita lakukan dengan rencana lain seperti barah vs kanser walaupun kanser lebih umum digunakan. Kalau rasa perlu pindahkan, pindahkan saja. Lagipun 600 ribu untuk "sinagog" itu bercampur dengan bahasa-bahasa lain. -- TofeikuBincang 13:46, 3 Disember 2020 (UTC)[balas]
@Tofeiku: Saya sendiri perasan masa sunting entri "hari-hari dalam seminggu"...saudara memberi alasan sinagog "tiada dalam kamus. kanisah digunakan dlm bahasa Melayu baku." Saya menggunakan rujukan berita dari Mediacorp Suria di Singapura sebelah perkataan "Sinagog" itu, mereka pun pakai "bahasa Melayu baku" yang saudara sebutkan. Kenapa tidak pertimbangkan itu sekali? Saya pun tengok dari sumber PRPM itu "kanisah" bertindih makna iaitu "tempat sembahyang orang Yahudi dan Kristian". Salah tu, "church" mana boleh bertindih fungsi dengan "synagogue" yang jelas dari dua agama berbeza. Sewajarnya entri ini dipindahkan balik kepada istilah lebih tepat. Anumengelamun (bincang) 14:17, 3 Disember 2020 (UTC)[balas]
@Anumengelamun: Ya saya nampak juga takrifan itu tetapi dalam bahasa Arabnya memang "kanisah" itu ialah sinagog. Media Malaysia pun saya nampak juga guna "sinagog" dan saya memilih "kanisah" sebagai nama alternatif yang tidak terlalu keinggerisan dan kognat dengan bahasa Ibrani. Sama sendiri saudara selalu buat dengan entri tentang Yunani dengan memilih perkataan serapan Yunani berbanding perkataan Inggerisnya. Namun kalau rasa "sinagog" patut digunakan, boleh saja. -- TofeikuBincang 14:27, 3 Disember 2020 (UTC)[balas]
Tak samalah situasinya, @Tofeiku:. Saya ikut keutamaan jika ada perkataan yang well established dan utuh makna dulu. Kalau memang langsung tak ada ditemukan dua-dua kriteria ini, barulah saya ada kelonggaran buat istilah baru. Saya takkan buat benda semberono ni, saya sedikit sebanyak pun ikut apa penyubting terdahulu buat.
Dalam kes ni, "sinagog" yang paling menonjol mengikut bilangan carian dalam "Bahasa Melayu baku" yang disebutkan. Ya, saya mahu entri dilencongkan kembali ke "Sinagog". Tapi, saya tak ada kuasa sebagai penyelia, jadi saudaralah atau siapa-siapa lain yang layak kena buatkan. -- Anumengelamun (bincang) 15:03, 3 Disember 2020 (UTC)[balas]