Perbincangan:Sejarah muzik rock di Malaysia

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anda mula sejarah rock malaysia dari tahun 1980an saja ke? Bagaimana dengan Teratai (1979) oleh Sweet Charity? Ismail Haron & The Vigilantes, The Guys (hujung 60an) pun rock jugak. Cuba rujuk http://riwayatrock.blogspot.com. Mungkin tak lengkap, tapi amat menarik. Di http://riwayatrock.blogspot.com/2005/11/sejarah-rock-and-roll.html ceritanya lebih mendalam. Pendekkata, media radio, tv, video telah mencorakkan rock khususnya dan muzik amnya. Semakin moden dunia, semakin bermacam ragam muzik jadinya. Yang penting saya rasa, identiti. Kalau artis/kumpulan mempunyai identiti tersendiri, dia akan maju. Kalau setakat meniru-niru, tak lama. Orang pun mencemuh. Tapi meniru untuk kemajuan saya rasa bagus untuk memperkayakan muzik Melayu. Kita lihat Rolling Stones pun meniru lagu pak itam. Lagu Knocking On Heavens Door pun di bawa oleh berpuluh artis. Dengan pelbagai cara tersendiri. Semuanya sedap belaka. Ada ke lagu Melayu macam tu? Kalau ada pun kita kata meniru. Macam Mawi bawa Gadis Melayu, yang lagu asalnya di bawa oleh Godbless dari Indonesia (80an) dan juga dibawa oleh Othman Hamzah dan Jamal Abdillah. Saya rasa, ini pendekatan yang positif.


Terima kasih atas teguran saudara. Saya memilih 1980-an kerana itu adalah zaman rock diterima umum di Malaysia, berbeza dengan dihujung 1960-an di mana hanya kumpulan tertentu sahaja memainkan muzik. Bagaimanapun, saya akan mengemaskini, sekiranya penyelidikan membuktikan sebaliknya. Mungkin saudara ingin mengendali ruangan rock ini. Sila mendaftar sebagai penyumbang.Yosri 09:55, 6 Disember 2005 (UTC)[balas]

---

Terima kasih kembali kerana menyambut jadi penyumbang. Buat masa terdekat ini, saya tak boleh jadi peyumbang. Setakat berbincang boleh lah. Masyarakat umumnya dan pemuzik khususnya, perlu ada ilmu sejarah muzik dalam minda. Barulah muzik kita ada identiti. Perkataan "rock" itu sendiri tak diketahui ramai apa asal ususlnya dan maksud asalnya. Saya dilahirkan di zaman pop yeye (60an) dan di waktu itu, istilah "rock n roll" tu memang agak lucah juga, sebab semua lagu2 rock n roll yang popular di kala itu, lirik-lirik nya berunsur lucah. Suka saya sekiranya tuan dapat menyelidiki era awal 1960an. Radio sudah ujud di Malaysia sejak awal 20an lagi. Lagu-lagu R.Azmi dan yang seangkatan telah berkemundang di udara sejak 50an. Tapi awal 60an bagaimana? Ujung 60an muncul Ismil Haron. Mungkin orang-orang lama boleh di tanya. Kalau ada rujukan Majalah Hiburan 60an lagi cantik.

Terima kasih atas perhatian saudara. Jika saudara mempunyai sumber bahan yang boleh membantu memperbaiki rencana ini, kami amat alu-alukan sumbangan saudara untuk menambah sumber tersebut. Sila rujuk format APA untuk maklumat lanjut mengenai format penulisan bagi petikan sumber saudara. Terima kasih. - Hezery99 (bincang) 03:29, 14 Jun 2009 (UTC)[balas]