Perbincangan:Sekolah Menengah Kebangsaan Syeikh Abdul Ghani

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Saya pernah menjadi Pengetua Sekolah Syeikh Abdul Ghani,Bidor daripada 1 Januari, 1972 hingga September 1977.Sebelum itu saya bertugas di Sekolah Menengah Idris Shah,Gopeng., selepas saya menamatkan pengajian di Universiti Malaya tahun 1968-1971.

      Sekolah ini saya berusaha bersungguh untuk menaik tarafnya. Saya amat bersyukur masyarakat disini memberi kerjasama sepenuhnya. Saya berjaya menukar nama sekolah ini daripada Sekolah Menengah Rendah kepada Sekolah Menengah Syeikh AbdulGhani,Bidor atas persetujuan PIBG dan Lembaga Pentadbir Sekolah.
      Kejayaan utama di sekolah ini bagi meningkat mutu pelajaran dengan meramaikan pelajar Tingkat Lima mendapat Sijil Pertama dalam SPM/SC.Saya telah berjaya mengadakan Hari Ucapan dan Pestaria. Hasilnya Perpustakaan sekoloah dilengkapi dengan Berhawa Dingin dan ramailah pelajar datang ke Perpustakaan.Surau sekolah juga dibina dengan peruntukan RM25,000.00 sumbangan Wakil Rakyat Parlimen iaitu YB.Dato'Mak Hon Kam. Sekolah inilah telah dapat surau berasing pertama di antara sekolah di Perak.
      Atas kejayaan itu saya dinaikkan pangkat menjadi Penyelia Kanan I dan akhirnya menjadi Timbalan Pengarah Pelajaran II Jabatan Pelajaran, Perak.Saya amat berterima kasih kepada  sekolah ini yang telah berjaya meningkat mutu serta keistimewaan kepada perkhidmatan saya. Terima kasih.

Datuk Dr.Haji Dzulkarnain bin Haji Abdul Rahman, 31,Lorong Gopeng, Taman Golf,31350 Ipoh,